Sunday, November 25, 2012

Hukum Karma?

Saya baru baca satu blog hiburan ni, saya baca fasal aktres A.Aida yang telah membuat lapuran polis mengenai kes dia didera oleh suaminya ...yup, secara fizikal.

Penulis blog juga telah menambah statement mengenai hukum karma, yup, sebab menurut pemilik blog, aktres ini juga pernah mengenakan suaminya Ameng...(saya tidak pasti dengan ketepatan berita ini).

Baru-baru ini, telah keluar juga berita mengenai Ameng, ex-hubby A.Aida yang telah memenangi pertandingan lagu nasyid di dalam penjara.

Kenapa saya berminat dengan cerita ini? Haaaa...kerana saya suka suara Ameng. Saya tak suka lagu tangkap sayu yang banyak disampaikan oleh kumpulan rock kapak satu masa dulu, tapi kalau Ameng yang nyanyi, lagu tu jadi sedap...bagi saya lah.

Heee, sebab mereka celebrity, gambar mereka dulu memang selalu keluar majalah. Heeee, pernah satu ketika dulu, mereka ni sangat suka pergi gym, jadi keluar lah gambar mereka untuk dengan kedua duanya memakai baju yang sleveless untuk menunjukkan muscles masing masing ... haaaa...tapi memang waktu tu saya rasa A.Aida macam tak sesuai pakai macam tu. Waktu tu they have one beautiful daughter, sekarang mesti dah besar dah.

Lepas tu, mereka bercerai. Saya ingat ada satu statement Ameng yang berkata dia menyesal kerana terlalu memanjakan A.Aida semasa mereka senang, kerana apabila mereka susah selepas itu, A.Aida tidak lagi dapat menyesuaikan diri, lalu meminta bercerai.

Saya juga ingat A.Aida kemudiannya kahwin dengan polis, lepas tu dia ada cerita yang kurang enak tentang Ameng....lepas tu tu, Ameng masuk penjara...

Sekarang ni, A.Aida tinggal di luar penjara, berjaya dalam kerjayanya, tapi adakah dia gembira/tenang?

Juga Ameng, dia duduk dalam penjara, sentiasa merindui isteri dan anak kecilnya, merindukan kebebasan, dan berazam untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan? Adakah dia kurang gembira/tenang dari A.Aida?

Hmmm...mana kita tahu kan? Tapi sebab saya minat Ameng, saya buat conclusion yang bias lah...ha ha ha..

Tapi tuhan tu adil kan, dan setiap perkara itu terjadi mesti bersebab...Ameng duduk di tempat yang hina, tapi tempat yang hina itu mungkin boleh mengangkat dia menjadi seorang yang lebih baik, insya allah.

Itu saja, untuk renungan bersama...sebenarnya saya nak upload gambar, ada cerita yang ceria ceria sikit, tapi google kata kapasiti saya untuk upload gambar is fully utilised. Apakah maknanya itu? Nanti minta Mr Hubby tengokkan...okay, chow chin chow







2 comments:

  1. kami pun ingat sangat kat gambo tu especially part "sleeveless" dan dia n anak pakai banyak barang emas. mesti kaya sekarang sebab harga emas naik

    ReplyDelete
  2. ha ha ha...kami tau benda yang ni kami boleh share dengan kome aja mek yah...I know you will remember

    ReplyDelete