Thursday, November 10, 2011

Serkup dan Baju Kurung Polka Dot Biru

Hebat tak tajuk tu?...ha ha...sape sape yang buat search Baju Kurung Polka Dot dan termasuk blog ini, sooo sorry, sila cari blog lain ye, blog ni tak de jual baju pun.

Berbalik kepada tajuk, saya mahu bercerita tentang perjalanan balik saya dan hubby dari Felda Ijok, Selama, Perak ke kampung saya di Chemor, Perak.

Ada beberapa tempat yang boleh disinggahi dalam perjalanan dari Ijok ke Chemor. Baru-baru ini kami telah singgah di dua tempat, iaitu Batu Kurau dan Taiping.

Kami singgah di Batu Kurau kerana nampak banyak petai yang cantik bergantungan, ha ha. Maklumlah, saya dan hubby dua-dua suka petai, therefore we decided to stop and buy some petai...

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan dan singgah di Bandar Taiping. Tujuan utama saya sebenarnya adalah untuk membeli 'serkup' (bukan serkap ayam) kepala. Sebenarnya saya ni fussy sikit, saya tidak suka yang terlampau tebal, dan saya suka design yang satu ni aja. Dulu serkup kepala ini ada dijual di Mydin, tapi sekarang ni saya tak nampak pulak. Saya pernah beli dua keping sebelum ni, rasa sesuai, jadi saya pun beli lah banyak sikit. Gambar serkup adalah seperti di bawah :


Waktu saya masuk ke kedai untuk membeli serkup, saya telah terpandang baju kurung polka dot...jeling-jeling, rasa macam saiz saya ada. Saya diam dulu, kena fokus beli serkup dulu kan.

Selepas dapat serkup, saya pergi pula serkup baju kurung tuh..hmmm, depa letak harga RM95, tapi adik pembantu kedai tu kata, boleh dapat dalam RM85.

Saya panggil hubby. Hubby sampai-sampai terus macam marah dan kata "kata tadi nak beli serkup, awat beli baju pulak? kan dah ada satu polka dot kat umah?"..

saya suspens, takut kena marah, saya pun kata : " satu je, saya kan suka polka dot?"

he he...dlam takut-takut, beli gak satu. Pakcik kat kauter tu bagi harga RM80 lagi, murah apa, cantik pulak tu, kat Shah Alam mana nak dapat macam tu?

Masuk dalam kereta, hubby tanya " berapa harga baju tu?"

saya jawab la " RM80 aja"

kemudian dia tanya " awat tak cari dua tiga?"

sayapun jawab " laaaa, tadi kan marah saya beli, saya pun beli satu je la, takut"

suami saya kata " la cikbib ni, itu kan berlakon, mana boleh tunjuk kita nak beli sangat baju tu...nanti orang kedai tu jual mahal"

saya : " huh? mana saya tahu"

laaaaa, kalau saya tahu, memang saya akan spend masa lagi untuk cari. Berbaloi betul la. 

Infact, walaupun hari ni saya sedih sebab kena pergi kerja, hati ini sedikit terubat kerana saya pakai baju baru, iye la, pakai baju kurung polka dot biru..ha ha...rasa macam budak kecik, tapi what the heck kan, as long as you are happy.

Hmmm, baju nya adalah seperti di bawah, plain aja, tapi saya tetap happy..

3 comments:

  1. Lawak la Cik Bib ni, murah la RM80 if it's 100% cotton, kat bawah office kita KOMIDA jual RM95, tapi tak tahu la kalau tawar bleh dapat murah ke, tak penah tawar menawar atau beli just tgk je

    ReplyDelete
  2. kain dia viscose, bukan cotton, ha ha, nanti balik kg, I pergi lagi rasanya

    ReplyDelete
  3. salam....jom singgah di http://www.kurungreadymade.blogspot.com......ada baju raya sedondon ibu dan anak dan macam2 lagi......

    ReplyDelete