Wednesday, November 9, 2011

Selepas Hari Raya Haji

Yuhooooo! Yeah I am back..though I sound so cheerful, the fact is, I am not, huh, tomorrow I got to work maaaa, and my officers have been calling me since Monday and I can imagine I would be tomorrow..but then again, alhamdulillah, ada kerja untuk mencari rezeki untuk diri sendiri serta keluarga.

How's my hari raya haji?

Hmmmm...seperti biasa, hubby and I akan balik kampung. Pernah I kata dengan hubby, what if kita cuba raya di Shah Alam sekali. Apa hubby I kata?

Dia kata : "sementara emak kita hidup ni cikbib, kita balik lah. Nanti, bila mak kita dah tak de, kita raya lah puas puas kat Shah Alam" ....and ada banyak perkara yang I degil dengan hubby ni, tapi yang ni, I dengar dan patuhlah. Ye lah, jangan bila orang dah tak de, baru teringat/menyesal sebab kita tidak spent masa dengan  dia waktu kita hidupkan...

Mula-mula kami test keadaan dulu sebab kami tak pasti sama ada emak saya di Chemor akan beraya berseorangan atau tidak..sebab sekiranya dia beraya seorang, tak sanggup pula kita orang nak meninggalkan dia beraya seorang. Selalunya, dalam keadaan macam ini, ada tiga keluarga yang akan cuba membetulkan keadaan, sama ada saya, abang saya di Jepun, atau pun kakak saya di Ipoh...haaaaa, tapi kali ni, alhamdulillah, abang di Sg Buaya pula balik. Rezeki emak saya lah tu.

Saya tiba di Chemor pada jam 1 tengahari. Kami makan nasi/lunch, lepas tu saya mula masak ayam masak merah. Saya masak 4 ekor ayam, dan saya meninggalkan lebih kurang 1/4 di Chemor, selebihnya di bawa ke Ijok.

Sampai di Ijok, seperti biasa, meriah tak terkata....ha ha ha...alhamdulillah.

Kami balik ke Chemor kembali pada hari Isnin, dan balik ke Shah Alam pada hari Selasa...

Hari ini, kami lepak dan basuh kain...esok, saya akan kerja balik lah....semoga semua kerja akan dipermudahkan pada hari esok dan seterusnya, insya allah..

No comments:

Post a Comment