Tuesday, April 26, 2011

khenduri

Laaa, dah pukul 12.41 already? masa untuk tidur? soo happy.

nak cakap fasal apa? I like to allocate 10 minutes for this blog, after this, gue would like to sleep.

hmm, sempat tak nak cakap fasal kenduri kahwin? cukup tak untuk buat kenduri kalau ada 10 K? untuk zaman sekarang?

Seingat saya, waktu saya kahwin dulu, sometimes in year 2006, total perbelanjaannya dalam 16K. Itupun kenduri itu diadakan di rumah saya yang terletak di Ipoh where generally everything is cheaper.

Saya juga banyak menerima sponsorship :

1) kad kahwin : mekyah and pokli : 1k
2) bunga telur : kakak : dalam 1k
3) khemah : abang hab : yang ni ada 2K kut
4) makananan : abang top up : berapa ye? ada dlam 1-1.5 K

Hantaran saya, 6 K je. Duit Mas kahwin 1K

Saya ada keluar duit dalm 4K dari simpanan untuk belanja2. Saya juga telah menerima hadiah dalam bentuk cash berjumlah 2-2.5K. Hadiah duit ni kemudiannya digunakan untuk bayar balik credit card yang telah digunakan.

Setelah selesai, yang saya tahu, saya tidak berhutang apa-apa, begitu juga adik beradik yang lain. Walau bagaimanapun, saya tahu saya sangat terhutang budi.

Tapi bagaimana kalau anda ada 10 K sekarang? cukup tak?

Hik Hik..mcam tak cukup, macam cukup kan?

Saya rasa, kalau anak saya hanya ada duit sebnyak itu, saya akan menghadkan angan angan ke had tu juga lah.

Maksudnya, buatlah simple simple..saya cadangkan buat akad nikah di mana-mana masjid di KL nih dan terus buat makan-makan sikit...panggil saudara terdekat. Cukup lah tuh.

Sebab, kalau mahu buat di dewan akan ada kos lain seperti :

1) makan : dalam RM15 satu kepala? berapa nak jemput? RM15* 500 = RM7,500.

2) decoration dewan lagi?

    - jangan lupa sewa dewan juga (dalam 3K semua)

3) pakaian pengantin lagi? makeup pengantin lagi? (kalau yang beriya, mahu 2 K nih)

4) photographer lagi? (1 K)

5) ada entertainment? kena bayar tau (5 ratus)

6) DJ? nak ada? suruh cikbib je la. (kalau cikbib jadi DJ, free, confirm)

Hikss...pening kepala lah parents yang ada hajat nak buat besar-besaran. Buatnya pulak, anak tu anak sulung, ye lah, nak la buat istimewa sikit. Budak tu pulak, student, belum lagi bekerja, macam mana nak tolong ibu bapa, diri sendiri pun belum stabil.

Yang baiknya, kembali lah kepada Islam. Buat lah yang wajib, itu yang sepatutnya. Tapi jangan lupa saudara mara, lebih lebih lagi yang rapat, kerana waktu kenduri kendara macam inilah masanya untuk berjumpa saudara mara.

Buat juga lah solat hajat sebelum kenduri itu, minta pertolongan supaya semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Saya ingat waktu saya kahwin dulu, emak saya solat hajat supaya tiada banyak lalat sewaktu hari kenduri, dan alhamdulillah, maqbul!!

Haaa, itu kalau anak kita perempuan, kalu anak lelaki kalu? ha ha ha...saya tak nak fikirlah!!

3 comments:

  1. cik bib , kalo ima kawin nanti , ima nak buat simple2 je .. kuangkuangkuang =P

    ReplyDelete
  2. ha ha ha...memang la ima, itulah yang terbaik...tapi ima benarkan cikbib menyibuk sikit nanti ye..sebenarnya seronok buat kerja kawin ni

    ReplyDelete
  3. hehe ,, mestila boleh .. ima nak cik bib jadi dj boleh ? kalau boleh , cik bib sponsor la sekali .. huahuahua =P SPM pun tak habis lagi =P

    ReplyDelete