Wednesday, April 27, 2011

baik atau bertanggungjawab?

Saya mengaku saya bukan anak yang baik, tapi saya rasa, saya bertanggung jawab sikit-sikit. Let's talk about the positive one first ya, I do think that I am a responsible daughter because :

1) Saya doakan kesejahteraan kedua-dua ibu bapa saya selepas solat
2) Saya akan balik setiap bulan untuk menggembirakan ibu saya dan bertanya khabar di samping membelikan bekalan barang runcit setiap bulan. Saya juga akan menjalankan tugas as per requested seperti tukar bulb lampu la, angkat barang la, bersihkan almari la...apa-apa saja.
3) Cuba menggembirakan seperti membawa berjalan sebab emak saya memang suka berjalan
4) Saya ada bagi sumbangan sedikit wang setiap bulan.
5) Saya cuba untuk tidak mencalar nama baik keluarga, semoga sentiasa diberi kekuatan insya allah
6) Saya cuba juga untuk tidak meninggi suara..saya akan berdoa setiap kali sebelum balik kg., semoga saya jadi baik dengan emak saya...ha ha

At the same time, I am not a good daughter sebab :

1) saya degil, keras kepala
2) saya tidak boleh bersama dengan emak saya dalam jangka masa yang lama, akan berlakulah perkelahian...tak tahu lah macam mana nak improve yang nih.
3) tak tahu kenapa, tapi saya memang tidak boleh get along dengan mak saya dalam banyak perkara. Sometimes I wonder whether my mother is treating me the same way, that's why kami tak boleh ngam. yeah, what you give, you get back kan? Hikkss...

Tapi kalau compare dengan orang lain, rasanya kami tak da la nampak macam teruk sangat. Saya kalau berjalan, masih pimpin tangan mak saya sebab dia memang tidak berapa kuat. Tapi mak saya pulak, degil, dah tua, jalan la pelan-pelan, biar aja orang lain tunggu..dia pulak, semua nak cepat...haaa, bergaduh lagi la kami.

Lagi satu, yang saya perasan, mak saya tidak berapa percaya dengan saya. Dulu, waktu saya pergi umrah sekali tu, semua yang saya kata, semua salah dan dia asyik nak ikut orang lain. Saya bengang..tapi saya ingat, fine, jaga lah diri anda sendiri...hiks..lepas tu, nak masuk kapal terbang, orang tu minta boarding pass, saya dah ke depan, dan tengok dia bagi ntah apa ntah, and tok arab tuh, tak bagi masuk..haaa, sian la pulak kan, saya pun pergi la tolong dia.

Lagi satu, saya tak larat dengan kesempurnaannya...penat. Satu yang saya ingat sekarang ialah air basuh tangan yang diletak di dalam mangkuk kaca basuh tangan tuh. Kuantiti dalam air basuh tangan tuh, mesti betul, jangan banyak sangat, kalau tak, bising. Lagi satu, kalau potong timun, mesti according to her standard, dulu saya ikut juga, sebab ingat macam betul la tuh, lepas saya dah besar ni, baru saya tahu, potongla macam manapun, kalau timun tu sikit, nak jadikan banyak, potong la nipis-nipis sikit, whichever you want!

Sekarang pun masih macam itu, dan solutionnya, jangan masak depan dia. Pernah sekali tuh, saya tengah menyapu sampah, ingat dia nak naik solat kat atas, kita pun buat je la cara kita bila menyapu tu, rupanya dia rehat pulak dekat tangga sebab tak larat, sambil tu, rupanya menengok kita bekerja dan apa lagik...banyak la komplen nya.

Hmmm, walau bagaimanapun, saya perlu bersyukur sebab saya masih ada emak kan? Kalau emak dah tak de, baru la rasa macam rindu nak dengar dia berleter kut..ha ha. Lain ada emak ni, saya ingat waktu dia pergi melawat kakak saya di UK satu masa dulu dan bila saya balik ke kg untuk melihat rumah...terbayang saya kalau mak saya tak de, mesti sedih tahap gaban.

Mungkin kehidupan yang susah pada masa lalu membina sifat dia sekarang. Dia berdisiplin orangnya and like to do things her way. Saya juga rasa dengan sifat yang ada dengan emak saya jugalah yang menyebabkan rumah dan keluarga kami menjadi lebih teratur dan kemas. Cuma kadang-kadang, bila terlampau berdisiplin, kita lupa pulak dengan sifat-sifat manusia yang biasa,.....kalau nak tahu, mak saya pernah nampak kain baju bertimbun tak berlipat di rumah saya hampir setahun lalu dan sampai sekarang perkara itu masih disebut-sebut, ha ha ha....

Lagi satu, mak saya memang tak suka dengan orang yang ponteng solat, semua cucunya, bila balik kg, waktu subuh tu, siap, opah akan pastikan semua bangun solat. Saya rasa yang itu memang telah melekat sikit dengan diri saya...okay lah kan, positive apa.

Emak saya juga selalu rindu dengan anak-anak dan cucunya...kecuali saya, sebab asyik balik aja. Tapi dia cuba untuk tidak menyusahkan anak-anaknya dengan membuat request supaya mereka balik. Sebaliknya, dia cuba untuk mengatasinya dengan cara lain. Ada kakak saya yang sangat jarang balik, tapi mak saya cuma bagi comment : Tak pe, kalau dia tidak boleh balik, kita saja pergi melawat dia...baikkan? Saya tahu ada mak orang lain yang kalau hari raya pun anak-anaknya mesti beraya di rumah dia memanjang...

Emak saya selalu menasihatkan kakak-kakak saya supaya jangan sekali-kali merajuk dengan tingkah laku anak-anak..walau seteruk mana sekalipun..yeah, seorang ibu mesti selalu memaafkan.

Saya dapat lihat emak saya semakin tua sekarang. Walaupun sihat, dia mula mudah letih dan agak susah untuk bergerak. Untuk bangun dari duduk pun adalah satu task untuk dia, malah, untuk memakai baju pun dia perlu mengambil masa yang lebih lama dari dahulu.

Kenapa ye tiba-tiba nak cerita fasal opah pulak ye? ntah...semoga kita semua dapat lebih menghargai ibu bapa kita. Cubalah luangkan masa untuk bersama mereka semasa mereka masih hidup...oh ye, saya masih hutang satu benda dengan mak saya, dia nak pergi Terengganu, insya allah, balik Jepun nanti, kita try plan g ganu pulok! have a nice day semua orang and back to work, lunch hour sudah habis

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. cikbib, entry ni byk pengajaran sgt2... sy bce ade rase nk ketawa, menangis, n mcm2 lg. rindu la dekat mak sy. rindu dekat opah jugak... <3

    ReplyDelete
  3. haha. cik bib, huda bace seyes gelak. ayah ad ikut prgai opah kowt.haha

    ReplyDelete