Tuesday, April 21, 2020

Throwback : Bercuti di Terengganu

Assalamualaikum.

Hari ini hari Selasa, 21 April 2020 dan kita masih di dalam PKP. Saya letakkan tarikh ini sebagai tarikh di mana bermulanya saya menulis post ini kerana saya mungkin mengambil masa lebih daripada satu hari untuk menyempurnakannya.

Seperti biasa, saya sibuk aja dengan WFH, di tambah pula dengan urusan masak memasak. Hikss...selalunya saya meluangkan lebih kurang 1 jam sahaja, atau kurang daripada itu untuk menyediakan makanan. Walau bagaimanapun, oleh kerana hari ini saya masak menu special sikit iaitu  rendang kerang, saya telah menghabiskan masa hampir 2 jam di dapur. Adeh, lama tuu, tapi siap lah juga rendang kerang saya. 



Saya tangkap gambar tetapi gambar itu menjadi pelik seperti di atas. Tapi tak pe lah, saja nak kongsi tentang kejadian rendang kerang saya. Inilah kali pertama saya buat rendang kerang dan sedap, alhamdulillah. 

Ianya bermula minggu lepas di mana tiba-tiba saya telah teringat tentang hari raya dan rendang kerang kakak ipar saya. Suami saya telah beli online kerang sebanyak 3 kg. Saya proses kerang tu, rebus dan kupas untuk mendapatkan isi (suami tolong) dan letak di dalam peti ais sebab bahan-bahan untuk buat rendang tidak ada. Untuk proses sahaja sudah 2 jam, masak rendang lagi 2 jam...uish, inilah masakan yang paling lama saya pernah masak...hiks. 

Lepas makan (dalam jam 3.30 petang) saya mengadap komputer semula sambil makan bubur kacang, allahuakbar. Lepas tu terus berdoa "Ya Allah, kurniakanlah aku kesihatan yang baik, jauhkanlah aku daripada kegemukan, aaminn".

Saya juga ingin mencatatkan di sini di mana Keluarga Opah Chemor telah telah menerima berita sedih di mana ibu kepada kakak ipar saya telah meninggal dunia (Mariyam Che Ros). Oleh kerana PKP, tidak ramai yang boleh melepasi "roadblock" untuk hadir di pengkebumian allahyarham. Walau bagaimanapun kami telah dimaklumkan bahawa beliau telah selamat di kebumikan tengahari tadi, alhamdulillah. 

Doa kami semoga di permudahkan semua urusan akhirat allahyarhamah serta dikurniakan jannah. Aamiin.

Sebenarnya suami saya sudah hint lama untuk saya membuat post yang baharu, walau bagaimanapun, saya diamkan dahulu kerana saya tidak pasti saya ingin menulis mengenai apa. Untuk mendapat idea, saya telah browse gambar yang ada dan berjaya mengumpulkan cukup gambar untuk post ini. Yup, saya ingin menulis mengenai percutian kami di Terengganu pada bulan Oktober 2019.

Ini adalah antara percutian pertama yang kami plan betul2 selepas kami balik ke Semenanjung. Ianya hampir dibatalkan kerana suami saya telah masuk ke hospital, walau bagaimanapun, alhamdulillah, tetap ada rezeki kami pergi.

Kami bertolak pada 5 Oktober 2020 (Sabtu). Abang saya telah mencadangkan supaya kami keluar daripada rumah pada jam 7.00 pagi tetapi kami hanya keluar pada jam 7.30 pagi. Kami telah bertemu di pertengahan jalan untuk breakfast juga ke toilet..



Tempat ini adalah sebuah petrol pump yang terletak selepas Genting Sempah. Best juga tempat ini, agak cozy. Sampai di Terengganu, oleh kerana banyak kedai makanan tutup, kami pusing-pusing, jumpa tempat makan ini...sebab dah lama perkara ini berlaku, maklumat mengenai nama kedai juga lokasinya telah hilang dari ingatan saya.


Makan nasi lagi....tapi sedaplah, alhamdulillah

Lepas itu, kami check in di Primula Beach Resort. Mak saya duduk di bilik Abang Hab dan keluarga, depa duduk bilik besaq sikit, kami duduk bilik biasa aja.

Haa, gambar emak saya satu

Selepas itu, kami pun settle down, solat dan berehat. Tapi abang saya sangat aktif di mana beliau telah ke sana-sini membeli makanan...macam-macam di belinya dan dia hanya berjalan kaki...I salute you my brother.

Salah satunya adalah ikan celup tepung dan coconut shake tu. Saya pulak sudah lama tidak makan makanan yang banyak-banyak macam tu, jadi macam cultural shock pulak. But it was fun and very convenient for my mother since she can just sit down near the window, enjoying the sea view while everything was delivered to her.

Kalau dengan suami saya, perancangan memang tidak akan menjadi seperti itu. Suami saya mesti beramai-ramai ke mana-manapun...mungkin agak meletihkan untuk orang tua.

Best nya percutian kali ini ialah kerana kami tiada perancangan yang ketat. Kami cuma kata kami mahu ke Kuala Teregganu untuk bawa emak berjalan, nak tengok laut, nak pergi melawat Ecah (kakak saya), nak pergi pasar payang dan untuk saya, saya mahu makan keropok lekor.

Ahaaa...senang tu bahhh.

Jadinya kami pun telah pergi melawat keluarga kakak saya..


Lama tak jumpa depa ni, macam depa duduk jauh kat Sabah tu...anyway, mak saya sangat puas hati sebab sempat melawat keluarga kakak saya ni.

Pergi Pasar Payang..yay. Kakak ipar saya telah pinjam wheelchair dari hotel untuk membawa emak saya ke Pasar Payang. Saya pergi dengan suami saya pada lain masa, walau bagaimanapun saya tidak sempat membeli banyak barang sebab tiba-tiba sakit perut dan saya tidak jumpa proper toilet. Adoiiiii. Itu lah perancangan Allah kan, walau bagaimanapun saya tetap bersyukur sebab sempat sampai lobby hotel untuk urusan yang perlu, yeah.

Dan kami sempat enjoy laut...alhamdulillah

Suka gambar ini, abang saya dengan cucu sulungnya, Aryan



Enjoying the beach after breakfast


My mother and my brother


suami saya, dalam mengah tu, kami sempat sempurnakan 4 km pagi itu

Belakang tu ada gambar jambatan yang boleh angkat-angkat tu.

Suami saya sebenarnya tidak berapa sihat waktu ini, yup, dia baru saja keluar daripada hospital dan masih mengah...dia memang mengah sehinggalah dia buat angiogram di bulan Februari 2020.

Tapi dia tidak tunjuk dia sakit sangat, cuma di lebih banyak berehat, dan lebih banyak tidur dari biasa waktu tu...sian dia.

Lepas tu makan...inilah aktiviti yang paling kerap kami lakukan

Breakfast di hotel

Inipun breakfast di hotel juga

Dinner di Pantai Batu Buruk...sedap masakannya, memang orang Siam yang masak

Abang Ipar saya orang Ganu suruh beli keropok kat sini, memang sedap dan berbaloi. Kami juga ada beli satar...sedap juga. Rasanya rezeki kami waktu cuti yang ini memang dapat makan benda sedap ajalah.

Kami tinggal di KT 2 malam dan balik ke KL pada hari Isnin
  
 Bergambar di lobby hotel sebelum balik. 

Dapat lah family photo. Suami saya nampak okay dalam gambar, dia memang okay pun, tapi kena banyak bertenang sebab kadang-kadang susah bernafas.

Rasa macam boleh bercuti dengan Abang Hab and family lain kali. Cumanya Abang Hab kami ni terlampau cekap dan efficient, sampai kami tak boleh nak catch up...

Tapi secara keseluruhannya we enjoyed the trip and my mother has even suggested that we buy a house in Terengganu, next to the beach...hiks. Kami cuma janji yang kami akan bawa emak bercuti lagi, tepi laut juga....

Sebelum berpisah, saya nak tambah satu lagi perkara yang berlaku kepada kami selepas Shuk hospitalized adalah kami telah mendapat kereta baru(Toyota Yaris) pada 25 September 2020..

Mmmm...warna merah. Ini namanya kereta cari makan sebab kereta ini memang kereta untuk saya bekerja. Semoga di murahkan rezeki kita semua di sebalik semua cabaran yang bakal kita hadapi selepas selesainya isu Covid 19. Insyaa allah di setiap kesusahan, pasti ada kesenangan. Semuanya daripada Allah.

Hokeh, di sini dulu...jumpa lagi

Tuesday, April 14, 2020

Throwback : 17-23 September 2019

Assalamualaikum,

Hari ini 13 April 2020, di mana sudah hampir sebulan kita mengharungi PKP. Sama-sama kita doakan semoga keadaan akan menjadi lebih baik, insyaa allah.

Di dalam post ini, saya akan menyambung cerita saya mengenai satu tempoh di dalam kehidupan saya dan suami yang telah berlaku pada 17 - 23 September 2019. Sesungguhnya tempoh yang mencabar ini telah menambah pengalaman hidup kami berdua, mengubah mengenai cara kami melihat kehidupan ini dan semoga ianya akan menjadikan kami insan yang lebih baik.

Pada 17 September, selesai makan malam, saya beserta suami saya telah ke Hospital Avisena, Shah Alam. Tujuan kami pergi ke hospital berkenaan adalah kerana kami agak "concern" dengan tekanan darah suami yang agak tinggi dalam seminggu kebelakangan. Kerisauan kami bertambah apabila berjumpa dengan abang kepada suami di satu kenduri kahwin di mana beliau telah bercerita mengenai tekanan darahnya semasa beliau diserang strok 6-7 tahun dahulu. 

Berdasarkan input yang kami terima itu, kerisauan kami telah memuncak maka kami kuatkan hati dan memberanikan diri untuk ke hospital. Tiba di hospital, apabila di periksa, tekanan darah suami saya memang tinggi dan dia telah di letakkan di di bawah pemantauan di mana tekanan darah beliau di ambil setiap 3 @ 5 minit .


Ini adalah gambar suami semasa sesi pemantauan selama 1 jam. Sepanjang masa pemantauan, tiada perubahan ke atas tekanan darah suami saya dan doktor yang bertugas telah bertegas untuk tidak melepaskan suami saya pulang ke rumah. Menurut doktor tersebut, sekiranya kami tidak mahu untuk masuk "ward" di Avisena, kami perlu pergi ke hospital yang lain, tetapi keadaan suami saya memang perlu dipantau di hospital.

 Kami berdua agak terkejut dan tidak pasti bagaimana untuk menghadapi keadaan tersebut. Kami tidak bersedia kerana suami saya memang tidak pernah makan ubat untuk tekanan darah tinggi selama ini. Sepanjang kami di KK, suami saya tidak pernah pergi berjumpa doktor kecuali sekali, itu pun atas sebab yang agak kelakar. Shuk juga agak yakin yang dia sihat dan jika ada kerisauan pun adalah sebab dia seorang perokok tegar sejak berumur 19 tahun. 

Malam ini juga menjadi sejarah kerana ianya menjadi permulaan hidup baru buat Ahmad Shukri tanpa rokok...alhamdulillah.

Apa yang berlaku telah membuat kami melihat kembali cara kehidupan kami sejak kami balik Semenanjung. Kami tidak nafikan yang kami telah menjalani cara hidup yang agak melampau lebih-lebih lagi sebab waktu itu adalah musim durian. Kami memang makan agak banyak/kerap buah durian. Mungkin atas sebab inilah tekanan darah suami telah mencanak naik. Pada malam 17 September 2019, tekanan darah suami saya ada masanya mencapai 190/110. Allahuakbar. Tapi kami tetap bersyukur kerana tiada apa-apa kesan buruk yang "permanent" telah berlaku.

Suami saya terus di masukkan ke ward pada malam itu dan kesemua proses hanya selesai dalam jam 1.30 pagi. Saya sampai di rumah dalam jam 2.00 pagi, dan keesokan harinya saya telah bangun awal, singgah di hospital dengan membawa beberapa barangan keperluan suami dan terus ke ofis.

Petang/malam selepas kerja, saya akan singgah untuk melawat suami di hospital. Itulah jadual hidup saya selama hampir seminggu. Saya akan singgah di mana-mana kedai makan terlebih dahulu untuk membeli makanan (waktu itu saya rajin berpuasa) dan akan makan di bilik suami. Kami tidak bagi tahu sesiapa pun mengenai situasi suami sehinggalah apabila doktor yang merawat suami saya telah mencadangkan supaya suami saya menjalani angiogram kerana suami saya tidak dapat menyempurnakan "stress test" yang dijalankan untuk mereka membuat "conclusion" sama ada ada "abnormality atau blockage" di jantung suami saya.

Berita ini agak merisaukan. Kami jadi takut dan merasakan yang kami perlu memaklumkan orang lain supaya mereka boleh berdoa untuk kami. Suami saya mula memaklumkan emaknya, juga adik beradik yang lain. Begitu juga saya.

Saya ingat lagi pada pagi Sabtu, 21 September 2019, apabila saya melawat suami saya, tiba-tiba dia peluk saya lama sikit dan waktu itu rasa macam sayu sikit, hah. Moment semacam ini jarang berlaku di dalam hubungan kami, jadi bila ianya terjadi, ianya memang memberi kesan kepada saya. Tidak dapat diterjemahkan dengan perkataan apa yang terjadi, tetapi ianya adalah luahan perasaan risau/sedih/takut/keliru suami saya. Saya yang di peluk pula adalah seperti biasa adalah keliru dan kosong, mungkin sebab itu, saya boleh menerima semua rasa risau/ sedih /takut /keliru suami saya itu...haaa...hebat nya saya menceritakan apa yang berlaku..kih kih kih


Selepas waktu itu barulah saya perasan yang suami saya diletakkan di HDU (Level 5). HDU ni macam kira elok sikit daripada ICU lah, maksudnya agak kritikal juga keadaan suami saya tuh. Sepanjang suami saya di ward, mesin tekanan darah sentiasa mengambil tekanan darah beliau secara automatik. Nurse juga sentiasa memantau tekanan darah setiap jam. Saya juga rasa yang suami saya sentiasa ada aktiviti semasa beliau di hospital.


Pernah sewaktu saya pergi melawat pada hari Sabtu dan beliau berada di Gym, untuk buat stress test. Kadang-kadang ke sini, kadang-kadang ke situ, sampai saya agak risau sekiranya saya mengganggu aktiviti-aktiviti rawatan yang beliau perlu lalui.

Walau bagaimanapun, oleh kerana suami saya masih boleh berjalan, selera makan juga masih bagus, kehidupan di hospital adalah agak menyeronokkan. Pekerja/nurse juga doktor adalah ramah dan mereka memang saling bergurau senda. Makanan yang dihidangkan juga adalah sedap dan memenuhi selera suami.

Tengok tu, seronok aja dia makan.

Haaa, sesi minum teh tarik pun ada juga sebab suami saya kata, doktor memang galakkan dia berjalan sikit-sikit di keliling hospital.

Ini gambar Mekyah dan Encik Ghaz datang melawat. Abang Hab bersama keluarga juga sempat datang dan kawan saya Azhana juga ada datang melawat, tetapi tiada gambar lah pulak. 

Pada 23 September 2019, suami saya telah dibenarkan keluar daripada hospital bersama-sama satu beg plastik ubat. Keadaan suami saya selepas itu memang berubah di mana beliau tidak boleh membuat kerja berat dan ada ketikanya agak sukar bernafas. Suami juga agak sukar untuk bangun pagi.

Selepas keluar daripada hospital, kami perlu membuat keputusan sama ada untuk menjalani angiogram dan sekiranya kami ingin menjalankan angiogram, kami juga perlu mengambil keputusan sama ada untuk membuat ujian tersebut di Avisena, ataupun di IJN kerana ianya melibatkan kos yang berbeza.

Ada pelbagai perkara yang difikirkan dan menambahkan tekanan kepada kami...hikssss.

Suami saya juga telah berusaha mencari rawatan alternative yang boleh menyelesaikan masalah "blockage" di jantung selain daripada stent/balloon/bypass sekiranya angioplasty dijalankan. 

Kehidupan diteruskan, tetapi saya memang rasa kehilangan pembantu terbaik saya kerana suami saya tidak berapa boleh berjalan jauh (dia cepat mengah) juga tidak boleh membuat kerja-kerja berat (angkat beg berat pun tidak boleh)...

Shuk juga perlu berjumpa doktor selalu, mula-mula dalam setiap 2 minggu dan selepas itu setiap bulan. It was quite a challenging period for us, tapi banyak perkara lain telah dipermudahkan, alhamdulillah.

Walau bagaimanapun, semuanya telah berlalu, selepas ini saya akan bercerita mengenai bagaimana kami cuba mencari rawatan alternative yang sesuai buat Shuk. 

Kita jumpa lagi


















Tuesday, April 7, 2020

Throwback : Hello Semenanjung (8 Julai - 16 September 2020)

Assalamualaikum,

Hari ini 7 April 2020. Saya ingat nak berpuasa, tapi tak jadi. Walau bagaimanapun saya tetap bangun awal, goreng mihun (dah lamaa tak goreng mihun) awal-awal sebab sepatutnya ada online meeting jam 9.30 pagi. 

Lepas goreng mihun, saya bersiap, buka laptop, tiba-tiba meeting postpone. Haihhhhh....

Saya sempat pergi Guardian tadi sebab nak beli toiletries sikit juga air mineral. Kami juga terserempak dengan lori roti yang menghantar roti Gardenia di salah satu kedai, maka apa lagi, kami pun pergi lah beli roti juga. Selepas itu kami balik ke rumah, dan saya buka laptop semula, buat kerja.

Ok, mari kita bercerita mengenai memori saya kembali hidup dan bekerja di Semenanjung yang telah saya tinggalkan selama lebih daripada 4 tahun.

Pada hari pertama bekerja, kami telah bangun awal dan bergerak ke pejabat dalam jam 6.30 pagi. Kami sampai awal, dalam jam 7.00 pagi dan terus mencari tempat untuk sarapan. Saya hanya ingat LG1, tapi saya telah menghadapi masalah untuk berjumpa dengan lift untuk ke LG1...huh, saya rasa lost sungguh.

Ada kawan saya yang bagi remark macam ini "Alah Cikbib, baru duduk Sabah dah lost". Hah...saya bukan buat-buat, memang saya lost. Sampai sekarang ada perkara-perkara yang saya masih lost dan ramai juga orang yang saya tidak kenal.

Lagi satu, saya juga dapati ramai orang yang berubah dan kebanyakkannya kelihatan lebih tua, lebih-lebih lagi yang lelaki. Ye lah, rambut nampaknya ramai yang putih, tapi orang perempuan kan pakai tudung, jadi tidak nampaklah.

Ehh, melalut ke perkara lain pula, berbalik kepada breakfast di LG1 tadi, suami saya makan nasi lemak dan rasanya selama lebih kurang satu bulan, itu lah menu suami saya, tidak bertukar-tukar. Selepas sarapan, saya telah ke pejabat Pengarah HR untuk mendapatkan arahan seterusnya mengenai "Bahagian" baru saya.

Mengenai "Bahagian" baru saya ni, sebenarnya saya memang telah berdoa supaya saya ditempatkan di "Bahagian" yang terbaik untuk saya. Saya mahukan bahagian yang boleh membuat saya senang bekerja, mempunyai team yang baik, gembira, be able to develop myself...apa sahaja yang Allah rasa adalah terbaik untuk diri saya kerana saya sendiri tidak pasti apa yang sebenarnya terbaik untuk diri saya. Oleh kerana itu, sewaktu saya menerima berita penempatan saya itu, saya redha dan terus memaklumkan suami saya. Selepas itu, semuanya menjadi sejarah kerana segala-galanya berjalan dengan pantas.

Saya nak share juga gambar saya bersama dengan team saya..

Ada dua orang lagi Deputy yang tiada di dalam gambar, tapi ini sebahagian daripada orang kuat team saya. 

Nak share gambar ni, frame gambar lama yang saya jumpa di dalam kotak...kenangan betul.

Oleh kerana pada waktu ini kami hanya mempunyai satu kereta (kereta kami belum sampai daripada KK), suami mengambil keputusan untuk meneruskan aktiviti menghantar juga mengambil saya daripada pejabat. Walaupun aktiviti ini menyebabkan kos minyak/tol kami meningkat, saya berasa agak gembira kerana tidak perlu memandu, juga ada teman sewaktu menghadap trafik jam. Secara tidak langsung, ini memberi ruang untuk saya "adapt" dengan kehidupan fasa baharu saya.

Kehidupan sosial kami pula adalah sangat sibuk. Tidak seperti di KK di mana kami akan pergi ke Shopping Mall, di Semenanjung, hujung minggu kami sentiasa ada aktiviti. Kami pasti dapat jemputan sama ada untuk kenduri kahwin atau pun aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan keluarga/kawan-kawan.

Aktiviti-aktiviti ini juga menyebabkan badan kami agak terkejut kut, asyik makan aja kan, makan nasi minyak lah, nasi beriani lah, durian lah, ikan bakarlah, cendol lah....

Yang ini bersama ex-state directors (ladies)..first time saya makan makanan korea.

Suami saya ambil kuih lopes di Restoran Cili Merah...kami memang tidak masak langsung pada 8 bulan pertama kami di Semenanjung.

Pergi makan setelah selesai melawat cucu saudara di IJN...makan tengah-tengah panas ni memang lain sikit...

Cendol Jalan Bellamy. Kami pergi makan ikan bakar jalan Bellamy hampir setiap hari Sabtu, tanpa jemu. Balik aja daripada makan, bau belacan daripada kuah asam tidak akan hilang daripada tangan kami sehingga petang.

Makan durian. Ini satu gambar makan durian di rumah Abg Hab, tapi saya dan suami saya ada banyak sesi makan durian kami sendiri, memang kemaruk sedikit.

Lagi family gathering di luar, makan makanan Pantai Timur

Kenduri, ada banyakkkk kenduri. Ada di KL, ada yang di luar KL.

Kami juga ada mendapat khabar menyedihkan seperti perginya kakak kepada kakak ipar saya di Seksyen 18 Shah Alam, juga seorang Adik di Pejabat saya yang meninggal dunia di Phuket Thailand.

Saya berkesempatan untuk menunaikan solat jenazah untuk kedua-duanya, alhamdulillah. Tapi being a blogger sempat juga saya berlari-lari untuk menangkap gambar...hiks.

Kami juga telah menjual kereta Pesona kami..

Gambar terakhir bersama Pesona pada 25 Ogos 2019, syahdu aja rasa, tapi kehidupan perlu di teruskan.
 
Kami menyambut hari raya haji di Ijok. Rumah saya di Chemor memang tidak ada orang waktu ini...sedih.


Saya cuba istiqamah untuk exercise setiap hari Sabtu dan Ahad....alhamdulillah


Antara perkara yang buat kami rindu KK adalah urutan kaki di Wisma Karamunsing. Di Shah Alam, ada kedai urutan kaki oleh mereka yang cacat penglihatan, kami ada pergi ke situ.

Rumah kami masih berterabur, dengan barang-barang daripada KK yang telah sampai pada 26 Julai 2019.

Suami saya tetap cuba yang terbaik di mana dia telah membawa segala kotak masuk dalam bilik supaya ruang tetamu lebih kemas. Walau bagaimanapun, kami tetap stress sikit-sikit...hah

Sesungguhnya kehidupan kami masih tidak settle waktu ni, cuma kami terus berusaha untuk bertenang...

Oleh kerana keadaan rumah yang kurang semenggah, kami tidak dapat mengajak emak kami untuk bermalam, tapi kami cuba bawa emak keluar makan, bawa balik kampung, juga keluar melawat saudara mara. 

Ini boleh lah di katakan transition period. Rumah berterabur, nak cari barang tak jumpa, toilet tidak boleh guna, rumah pun macam nampak lusuh sungguh. Tapi kami teruskan...berdoa juga semoga Allah mudahkan dan semoga akan ada pengakhiran yang baik.

Dan...kadang-kadang, Allah bagi kami hadiah untuk tenang kan hati..

Sewaktu stress memandu, kadang-kadang kami boleh nampak sunrise atau sunset yang cantik, cuma kami tidak berkesempatan untuk menangkap gambar dengan sempurna.....


Kehidupan tetap diteruskan.

Sunday, April 5, 2020

Throwback : Selamat Tinggal KK ( Julai 2019)

Assalamualaikum Semua,

Semoga semuanya selesa di rumah bersama keluarga masing-masing. Hari ini, saya telah menukar lokasi saya bekerja daripada meja makan di dapur, kepada meja di ruang makan. Semenjak kami ubah suai rumah, kami dapati kami mempunyai lebih pilihan lokasi untuk meluangkan masa, alhamdulillah. Saya letak satu gambar ye...

Selalunya berselerak juga, tapi sebab nak ambil gambar, saya kemaskanlah sikit kan..hiksss

Hari ini 5 April 2020, dan saya akan membuat "throwback" mengenai perpindahan saya ke Semenanjung yang berlaku pada 6 Julai 2019 (Sabtu, genap 9 bulan). Sebenarnya terlalu banyak perkara yang berlaku pada sepanjang minggu terakhir saya di KK (1 - 6 Julai) dan saya harap saya dapat menyimpan memori tersebut dengan baik di blog ini.

Pengarah Baru yang akan menggantikan saya di Sabah telah mula bertugas pada 1 Julai 2019 dan saya memang sudah membuat perancangan supaya akan ada penyerahan tugas juga sedikit "latihan sambil bekerja" dalam minggu terakhir itu. Pada sepanjang minggu terakhir itu, kebanyakan kerja memang sudah saya serahkan kepada pengarah baru, dan saya juga telah merancang untuk mengadakan Majlis Networking untuk memperkenalkan pengarah baru dengan mereka yang berkenaan di Sabah. 

Majlis telah di adakan pada hari Selasa, 2 Julai 2019. Oleh kerana tarikh tersebut masih di bulan Syawal, maka konsep Aidil Fitri telah kami serapkan. Ehh, Majlis ini juga macam farewell untuk saya sebab saya telah menerima hadiah farewell saya ...

Haa, ini hadiah farewell saya yang di lukis oleh anak kepada Asmah. Mereka tahu yang saya sangat suka sunset...jadi mereka hadiahkan gambar ini...I was touched (still do).

Selain daripada itu, saya juga telah menerima hadiah ini daripada Dayang. Dayang adalah pembantu saya yang sangat berpengalaman di Sabah. Kehadiran beliau telah memudahkan banyak urusan kerja saya di Sabah, terima kasih Dayang.

Group photo...saya dapati gambar saya waktu jamuan ni semuanya sedih...ha ha ha....langsung saya kurang berminat nak meletakkan gambar-gambar tersebut. But I guess it reflects the truth lah kan, I was sad sebab abg hatta baru meninggal dan kena balik KL pulak.

Setting tempat makan. Memori saya mengenai menu yang disediakan memang sudah hilang, kalau tidak silap, saya belanja sate kut...

Tapi saya ingat yang suami saya telah buat surprise dan menyediakan rojak ini, and my colleagues love it

Ramai kawan-kawan saya daripada industri yang telah datang bertujuan untuk berjumpa dengan pengarah baru...terima kasih semua.

Dengan rakan-rakan daripada Syarikat Yanmar

Bersama-sama rakan-rakan daripada Hotel/Association/KKIP/POIC dll

Ini pulak gang supporting staff daripada MITI, SMECorp dan MATRADE, mereka juga banyak membantu memudahkan urusan saya di KK...tq guys.

I consider the networking session as a success. The turnout was good, food was nice/enough and Wong was able to meet the industry players in Sabah. My team has done a good job in arranging the whole thing as always, I was blessed.

The next day, 3 July 2019, the mover came to help me pack my things. 

When we first moved to KK in 2015, our moving process took only half a day and the amount of stuff that we brought was not that much. With that idea in our mind, we were so confident that the process to pack our things in KK would be the same. 

However, the situation was totally different and apparently we have bought and collected so many things during our more than 4 years stay in KK. 

It took us a almost 12 hours to pack our things and one lorry was not enough that the company had to call for additional transport...hah...

Lori syarikat, they have done a good job. Tengok gambar rumah tu, rasa rindu pulak...

Rindu juga dengan laman di belakang rumah saya, dengan pokok pandan yang kakak saya tanamkan ini...

Rumah berselerak waktu ni. Azah dengan anak-anak siap datang tolong. Kalau tanya saya, Azah ini adalah individu yang sangat penting dalam memastikan Ofis Sabah teratur. Tanpa dia, ofis kami pasti berterabur.

Gambar kotak-kotak kami. Jumlah kotak adalah 86...pengsan 

Anyway, semuanya selesai dalam jam 9.00 malam dan kami terus ke hotel untuk check in. Oleh kerana kereta kami juga telah diambil oleh mover untuk di hantar ke Semenanjung, Alimi dan Azah telah menghantar kami ke hotel. Terima kasih banyak-banyak Alimi dan Azah.

By the time we reached the hotel, we were already so tired and hungry. Kami mengambil keputusan untuk order makanan daripada bilik, dan selepas mandi dan solat, kami terus tidur.

Menu makanan yang kami pesan dari bilik, kalau tak silap, menunya adalah nasi dengan sup ekor. Kami kongsi saja, seperti biasa.

The next day, saya kerja seperti biasa tetapi saya tidak berapa ingat apa yang buat tapi mesti lebih kepada mengemas-ngemas dan tangkap gambar sebab bila saya scroll, ada gambar...

Depan bilik saya...I love this room

Saya ambil gambar Wong dengan Dayang melihat schedule kerja untuk bulan Julai. Waktu tu Wong risau, tapi saya rasa sekarang ini dia sudah semakin "adapt"...

Kenangan saya dengan Tuan Pengarah Baru

Dgn Asmah. Asmah ni bersihkan bilik saya, basuhkan cawan saya, belikan saya goreng pisang, buatkan saya air, jahitkan baju saya yang retas atau koyak dan dia juga akan basuh telekung saya sehingga telekung saya sentiasa wangi...semoga allah permudahkan semua urusan Asmah dan keluarga, di dunia dan akhirat.

Bila balik ke hotel selepas kerja, kami sempat juga "playing tourist" sebab kami tinggal di Le Meridien.

Haaa...tak pernah di buat ambil gambar di sini kan...

nak capture gambar hotel di belakang tu

Of course kami tunggu sunset

I miss this moment

After sunset...

Kami juga sempat ke sini sebab kami berjalan kaki. Kalau naik kereta, memang kami tak pergi sebab susah nak cari parking

Kami minum ini...

dan makan ini...saya perasan waktu di KK kami selalu betul makan nasi kerabu.

Dan hari akhir bekerja adalah pada hari Jumaat, 5 Julai 2020.

Saya tidak ingat kenapa kami pergi ke MIT (Ministry of Investment and Trade, Sabah) tapi kami telah terserempak dengan Menteri MIT.  Bagusss, boleh lah saya memperkenalkan Wong kepada team MIT Sabah.

Bergambar di tempat saya yang telah 90% kosong dan bakal diserahkan kepada Pengarah Baru.

Akhirnya, saya punch out buat kali terakhir.


6 Julai 2019 akhirnya sampai..

Kami bangun pagi dan pergi breakfast. Staff hotel yang memang kenal kami siap wish kami goodbye lagi.

Lepas tu kami balik ke hotel dan sambung berkemas.

Ini luggage kami...jenuh menyumbat barang ke dalam beg.

Shuk menung sementara menunggu saya bersiap

Pemandangan daripada bilik kami (arah ke kiri)

Yang ini pula pemandangan ke arah kanan 

Lepas itu kami check out. Gambar ini di ambil sewaktu kami menunggu Safri datang ambil kami, nampak beno sedihnya kan.

Alhamdulillah, semua orang berkesempatan untuk datang mengucapkan selamat jalan untuk saya kecuali ZMY.

Ini adalah keluarga saya sepanjang saya di Sabah. Saya bersyukur sebab dapat team yang bagus, terima kasih kepada mereka.

 
Final goodbye. Sedih sebenonya, tapi alhamdulillah saya menangis sikittttttt aja.

Kami dapat masuk lounge business class kali ini tapi sebab Shuk sedih, dia duduk aja dan tak larat nak buat apa.

Saya sempat juga amik makanan dan air sikit, orang kuat makan memang macam tu, walaupun sedih, nampak aja makanan, terus on.

Kami mengerjakan solat dan selepas itu kami naik kapal terbang.
 
Ehh, dua-dua pakai pink...baru perasan

Ini menu makanan saya

Ini makanan suami saya.

Maka dengan itu, berakhirlah fasa kehidupan kami di Kota Kinabalu Sabah.  Berakhirlah kehidupan tanpa traffic jam kami.

Banyak kenangan manis kami di Kota Kinabalu, alhamdulillah. Terima kasih Dayang, ZMY, Azah dan Saf. Anda semua adalah rakan pejabat juga keluarga buat saya sepanjang saya di sana. Panjang umur, kita jumpa lagi insyaa allah.

Sebelum saya menutup post ini, saya selitkan gambar saya yang paling menarik....


Jumpa lagi di post yang akan datang guys...