Tuesday, December 26, 2017

Tamu Besar Kota Belud, 21 & 22 Oktober 2017

Assalamualaikum.

Semoga semuanya sihat.

Saya ada satu lagi post yang saya mahu buat sebelum tahun 2017 berakhir iaitu aktiviti kami (suami, saya dan kawan-kawan ofis) pergi ke Kota Belut, bersempena dengan Tamu Besar pada 21 & 22 Oktober 2017.

Saya dan suami memang sudah lama mahu pergi ke Tamu Besar Kota Belut. Tapi biasalah,  oleh kerana Tamu Besar hanya di adakan sekali setahun, kami asyik terlepas tarikh aja kerjanya. 

Pada cuti hari Merdeka, saya dan kawan-kawan ofis telah bersama-sama pergi bercuti ke Bogawan (malangnya tiada gambar). Kami book 6 bilik, bawa bekal, lepak dan mandi kolam. We had a good time dan terus merasakan yang kami perlu buat trip/aktiviti lain bersama-sama lagi.

Sewaktu di dalam perjalanan pulang ke rumah dari Bogawan, saya dan suami tiba-tiba teringat mengenai perancangan kami untuk ke Tamu Besar Kota Belut. Waktu di dalam kereta itu juga, saya telah Google tarikh Tamu Besar dan yeah, kami merancang untuk mencari tempat penginapan supaya kami boleh bermalam di sana.

Bagi menambah kemeriahan, saya bertanya kepada rakan ofis sama ada mereka berminat untuk pergi juga. Haaaa...Azah dan Zainah mahu ikut. Set.

Kami telah menempah 3 bilik di Tang Dynasty Hotel (satu-satunya hotel yang ada star rating di KB).

Kami bertolak pagi, singgah makan di Mc D dan terus ke KB. Jarak daripada KK ke KB adalah lebih kurang 75 km dan sesampai di KB, kami tengok pekannya agak meriah kerana ada berbagai acara. Kami tidak singgah di Pekan, sebaliknya meneruskan perjalanan ke Tapak Tamu Pekan Kota Belut.

Encik Suami bergambar di depan tapak Tamu KB.  Tapak Tamu ini memang beroperasi pada setiap hari minggu. Yang membezakan Tamu Besar dengan Tamu biasa adalah upacara tambahan seperti kereta berhias, acara berkuda dan pernah juga ada acara lumba kerbau (kami tak nampak pun kali ini).

Ada bermacam kerepek juga kuih muih di jual di sini.

Juga barangan kraftangan. Encik suami sedang mencium kulit kayu manis di sini kerana yang kami beli dari Pasar Besar KK tu, tiada bau langsung. Kami ada beli beg anyaman di sini, kononnya untuk meletakkan makanan bila travel. Kami kan sentiasa membawa bekalan apabila travel di Sabah ni.

Tempat ini adalah tempat orang berehat (tumpang duduk) juga melihat pameran daripada Jabatan Pertanian Kota Belud.

Haaa...ada pertandingan buah-buahan dan buah ini adalah antara pemenang...besaq buahnya

Ada juga tempat ini...but there's nothing much in there

Dan ini adalah kali pertama saya melihat bagaimana para peniaga memasak kuih ini walaupun sudah banyak kali makan. Sebab kenapa saya tidak pernah lihat adalah kerana saya selalu mengelat tidak mahu keluar dari kereta dan masuk ke pasar untuk membeli, sebaliknya saya duduk sahaja di dalam kereta.

Rasanya orang kampung saya panggil kuih ini apam jawa, tetapi di Sabah namanya  penyaram. Kuih ini perlu di makan semasa panas kerana sekiranya sejuk, ia akan menjadi liat.

Tempat menjual sayur mayur. Saya suka tempat ini sebab barangan yang dijual adalah segar dan murah.  Bila saya lihat tempat ini rasa teringin pula saya mahu pergi lagi ke Kota Belut.

Haaaa...parang. Ini adalah salah satu sebab utama kenapa kami mahu ke Tamu Besar KB. Kami di beritahu yang berbagai jenis parang ada di jual di sini. Memang banyak dan kami agak rambang mata untuk memilih. Harganya pun boleh tahan....

Kami beli dua, satu besar, satu kecil. 

Pada malamnya (Sabtu malam Ahad), kami berjalan daripada hotel ke area khas di mana mana upacara yang lebih kurang seperti pertandingan kereta berhias. Gambar di atas adalah peserta yang mewakili kampung mereka.

Ini adalah antara kereta berhias yang dipertandingkan. Kami tak tunggu lama pun, habis menonton persembahan kampung pertama, kami pun balik ke hotel. Buat pengetahuan semua juga, hotel TD Kota Belut adalah penuh malam itu. 

Gambar kami berpeluh-peluh...

Selain daripada kereta berhias, tidak jauh daripada hotel kami, ada funfair.

Haaa...kami terima gambar ini di mana Azah dan anak-anaknya naik ferris wheel. 

Kami seronok sebenarnya apabila turut sama berkongsi kemeriahan pekan KB dengan penduduk sekitar. Warga KB keluar dengan bersemangat untuk melihat kereta berhias, pergi funfair, makan, minum serta bershopping hanya sekali setahun.

Kami berjalan semula ke hotel selepas itu, makan malam dan bersedia untuk tidur. Sewaktu saya sudah mahu lena, tiba-tiba ada bunyi lembu/kerbau...ha ha ha...rupanya ada lembu/kerbau di tepi hotel.

Esok pagi, kami bangun, breakfast dan pergi semula ke Tapak Tamu untuk menemankan Zainah membeli orkid. 


Kami nampak Gunung Kinabalu dari sini.

Kami balik semula ke hotel dan request for late check out kerana kami ingin solat dan pergi melihat persembahan kuda. Kami terpaksa pusing banyak kali pekan KB untuk mendapatkan tempat meletak kereta sehinggalah akhirnya kami meletakkan kereta di Masjid dan Perpustakaan KB.

Perarakan kuda

Upacara rasmi untuk memulakan perlawanan ...frankly I don't really know whether there was a game or only a horse parade...I did not pay attention. 


Hah....kawan-kawanku makan aiskrim.

Sebab hari terlampau panas dan ada yang sudah lapar, kami mengambil keputusan untuk balik dan cari tempat makan. 

Kami ada jumpa tempat makan yang sedap dan selepas itu, masing-masing balik ke rumah. We enjoyed the trip and are planning for another one, insyaa allah.

Dan sebagai penutup, saya letak lah gambo saya sebagai tuan tanah sekeping..


Ada nampak mami happy?...

No comments:

Post a Comment