Assalamualaikum.
Saya bersendirian di rumah saya di KK sebab suami saya masih di Shah Alam. Kami balik ke Semenanjung minggu lepas untuk menghadiri majlis pernikahan serta kenduri kahwin anak saudara sebelah suami, Aiman.
Menurut perancangan asal, saya sepatutnya tidak boleh balik manghadiri majlis Aiman kerana ada program di KK pada 7 Disember dan pastinya ada banyak persediaan yang perlu dilakukan. Walau bagaimanapun, oleh kerana keadaan adalah agak terkawal, dan tiba-tiba saya baru perasan ada cuti Maulidur Rasul pada hari Jumaat, 1 Disember, dan sesungguhnya saya memang sangat rindu untuk balik ke Semenanjung.
I was having doubt at first, but after I consulted my colleague, I decided to redah saja and balik. Kawan-kawan pejabat pun semua suruh saya balik sebab mereka pun perasan saya sudah lama tidak balik. Kali ini saya dan suami telah mengambil penerbangan yang berlainan di mana saya naik MAS, dan suami naik Air Asia. Masa penerbangan adalah hampir sama, jadi saya telah menaiki ERL untuk berjumpa suami di KLIA 2 dan kami seterusnya menaiki teksi bersama ke Shah Alam. Sangat mudah.
Di Shah Alam, kami asyik makan aja. Kalau di KK kami makan nasi sekali sehari, di Shah Alam, kami pernah makan sampai 3 kali, haaaa....dahsat sungguh.
Kami sempat ke Cili Merah, Aeon Shah Alam, Restoran Syed dan Restoran Nasi Ayam Pak Mal...kih kih kih. Makan durian pun sempat...alhamdulillah.
Uits...mari teruskan dengan cerita Aiman ye..
(Saya ada masalah malas ambil gambar jadi semua gambar saya ambil daripada facebook adik ipar saya, Ida Joe).
Aiman dan pasangannya, Atikah telah bernikah selepas asar di rumah Atikah pada hari Jumaat 2 Disember 2017. Alhamdulillah mereka telah sah dinikahkan dengan sekali lafaz sahaja...syabas Aiman...
Ini adalah gambar Aiman bersama Tok, emak, adik beradik serta separuh daripada saudara mara yang hadir. Separuh lagi ada di luar (termasuk lah saya)
Saya nak mention menu sewaktu kenduri akad nikah ni la. Saya makan nasi, gulai nangka, sambal belacan dan ayam goreng. Terbaik lah. Suami saya pula makan satu lagi lauk ni (dia kata macam paprik) dan dia siap tambah nasi lagi walaupun dia sudah makan nasi dengan kari kepala ikan di Cili Merah pada tengaharinya...balunnnn.
Ini adalah pasangan pengantin bersama ibu Aiman, Kak Maton. Bapa Aiman, Abang Assmad telah meninggal dunia pada tahun 2016.
Kami tiada aktiviti malam itu sebab ahli keluarga datang daripada jauh, ada yang penat, ada yang kurang sihat. (Macam lah kami dari KK tu dekat kan, walhal kami lah yang paling jauh). Saya pun sebenarnya balik saja daripada kenduri, telah mandi dan kononnya nak lena lah sekejap kerana suami ajak pergi makan roti canai. Tengok-tengok, haaaa, lelap sampai ke pagi.
Esok pagi nya, kami bangun, pergi breakfast untuk alas perut, balik semula ke rumah untuk bersiap dan seterusnya ke Bangi semula. Upacara kenduri di adakan di dewannnn...(lupa nama) di UKM. Lokasi dewan tersebut adalah berhadapan dengan padang kawat UKM dan sewaktu kami sampai, saya boleh lihat pelajar-pelajar UKM sedang berlatih kawad. Adoiii, nostalgia pulak, langsung teringat kenangan saya sewaktu menjadi ahli KESATRIA....ha ha ha....
Sewaktu kami sampai, pasangan pengantin belum sampai lagi, jadi kami pun berlegar-legar lah di lobi dewan.
Suami saya dan adik beradiknya melepak di luar...
Pengantin datang dalam jam 12.15 pm macam tu dengan menaiki Mercedes Benz lama berwarna biru tua. Cantikkk...tapi saya tidak tangkap gambar pulak.
Pengantin mengenakan baju berwarna biru dan Aiman kelihatan lain...rupa-rupa jambangnya telah di "Wak Doyok" kan, itu yang boleh jadi lain tuh...
Family photo...it is always nice to capture one with the whole family kan....
And yeah, one with my in laws...Shuk with his brothers and sisters in law. Saya pakai baju office je tu seperti biasalah kan
Selepas kenduri, kami balik rumah semula, sempat tidur, mandi dan bertolak semula ke Bangi selepas Isyak untuk makan-makan.
Tapiii, dalam perjalanan ke Bangi, kami telah singgah makan Musang King. Haaaa, mula-mula ambil sebiji aja, tak cukup, jadi tambah lagi sebiji...baru lah okay.
Upacara di adakan di homestay di mana keluarga daripada Utara berkumpul dan makanan adalah di taja oleh abang sulung keluarga, Abang Halim.
Menunya adalah nasi goreng kampung, satay willy, KFC dan air teh tarik dan nescafe tarik yang terlampau sedap...tapi memang tidak boleh menjadi amalan....nanti sugar level boleh naik
Gambar....waktu ni sedang menunggu makanan sampai
Upacara bersembang selepas makan yang dipanggil bergebang. Kami hanya balik ke rumah dalam jam 1.15 pagi rasanya.
Esok paginya, saya telah terbangun awal pagi sebab sakit perut. Haaaa...berlakulah keadaan di mana saya terpaksa ke bilik air beberapa kali. Saya punya lah risau kerana saya perlu naik kapal terbang untuk balik ke KK pada jam 2.05 petang.
Makkk...saya berdoa banyak-banyak semoga dipermudahkan semua urusan saya untuk balik ke KK.
And alhamdulillah, doa saya makbul. Walau pun tetap ada aturcara ke bilik air semasa di KLIA dan KKIA, ianya tetap dipermudahkan.
Sekarang, saya di KK dan suami di Shah Alam. Waktu di ofis, saya tidak lah rindu sangat, tapi bila di rumah, waktu tengok tv sorang-sorang, juga makan minum sorang-sorang, rasa sedih juga. Tapi insyaa allah esok saya akan sibuk, jadi mungkin saya jadi kurang sempat untuk rindu-rinduan.
Okay lah..di sini dahulu. Selamat pengantin baru Aiman dan Atikah. Selamat mengharungi cabaran hidup berumahtangga. Semoga berbahagia hingga ke syurga.
Salam, nampak meriah kenduri kali ini, saya pun baru hadiri kenduri, dapat hadiah door gift apa?
ReplyDelete