Assalamualaikum.
Hari ini 20 Disember 2017 (Rabu).
Menurut ramalan cuaca, KK sepatutnya menerima hujan berpanjangan sehingga hari Rabu (hari ini lah) yang berpunca daripada tempias ribut yang melanda Filipina (a tropical storm named Kai tak, not Katak).
Walau bagaimanapun cuaca dua tiga hari ini tidak lah seperti cuaca biasa di KK apabila tempias daripada ribut besar melanda negara-negara ASIA yang berdekatan.
Keadaan cuaca memang lebih sejuk terutama pada waktu malam, walau bagaimanapun, pada siang hari, suhu persekitaran adalah lebih panas, seakan berkuap. Saya berkata demikian sebab saya telah berasa lebih panas semasa berada di dalam bangunan yang berhawa dingin. Saya tidak pasti sama ada it was only me...atau memang mereka sengaja letak suhu lebih tinggi untuk penghawa dingin, atau penghawa dingin itu rosak. Saya tengok orang lain rilek saja, tapi saya memang berasa sedikit panas.
Selain daripada tempias daripada ribut yang melanda dunia, hati saya sekarang pun di landa ribut juga. Haaaa...ribut melanda kerana menunggu gaji yang tidak kunjung tiba. Bertabahlah wahai hati.
Mungkin saya boleh kongsi juga tentang satu aktiviti yang cuba saya lakukan sekarang ini iaitu mengingati satu perkara yang boleh kita shukuri setiap hari. Baru hari ini saya mula kan dengan suami dan saya tidak pasti sama ada ianya akan dapat kami lakukan secara istiqamah atau tidak.
Secara peribadi, sebenarnya saya telah mula lebih awal dan tiba-tiba suami saya ternampak nota kecil di atas kalendar saya yang berbunya "I controlled my anger".
Suami pun tanya "apa ni? ada apa masalah?"
Ha ha ha...saya pun cerita lah apa maksud sebenar nota itu dan suami terus cakap "Kenapa satu aja? kenapa kotak lain kosong? Kenapa tidak penuhkan...bla bla bla bla".
Well...sebab panjang sangat dia punya tanya, saya pun kata "okay, lepas ni kita buat sama-sama"
So, pagi ini saya bersyukur sebab saya bangun solat subuh awal sikit, alhamdulillah.
Suami pulak bersyukur sebab "hari ini hari Rabu, jadi saya boleh makan nasi kerabu".
HAH!
Saya rasa aktiviti adalah baik, bisa mengingatkan kita tentang kurniaan yang Allah berikan, juga bisa menjadi gurauan bersama pasangan/rakan2 anda.
Saya berhenti di sini dulu...semoga dipanjangkan umur kita untuk berjumpa lagi di pos akan datang.
No comments:
Post a Comment