Sunday, December 24, 2017

Antara Cerita Disember 2017

Assalamualaikum.

Hari ini hari Ahad, 24 Disember 2017, jam 7.44 am. Tanah di luar masih basah dan matahari tidak kelihatan kerana hujan telah turun pada sepanjang malam bersama-sama angin seperti yang diramalkan oleh Jabatan Kajicuaca. Sabah seperti biasa telah terkena tempias ribut Kai tak yang menghala ke Thailand dan negari2 pantai timur Semenanjung Malaysia.

Dalam post ini, saya akan menulis mengenai perkara-perkara random yang berlaku pada sekitar 4-14 Disember 2017. Kebanyakannya adalah berdasarkan gambar yang saya terima dari suami/adik beradik yang lain kerana saya tidak berada di tempat kejadian

Semasa saya balik untuk kenduri Aiman, saya telah menerima gambar abang saya yang balik ke Chemor sempena cuti maulidur rasul. Kebetulan pula Angah saya pun ada sama. Aktiviti yang mereka buat adalah, makan rambutan.


Abang saya ambil rambutan dan Angah tolong kutip...tapi rasanya Angah boleh kutip sedikit sahaja kerana pinggang dia tidak berapa kuat.


Hah...sesi bersembang di atas buai sambil menunggu rambutan.

Seterusnya, saya mahu selitkan sedikit kisah kerja saya pada 6-8 Disember 2017.

Saya nak share gambar sunset yang di ambil pada 6 Disember, senja sebelum seminar berlaku di mana preparation di buat.



Kami buat aktiviti seperti di atas. The last time we carried out the same programme was on 9 December 2015. Saya rasa seminar kali ini telah di buat dengan lebih baik, walau bagaimanapun, memang adalah cabaran di sana dan sini yang membuat saya terlompat lompat. 


Antara cabaran apabila kita menganjurkan program seperti ini adalah untuk memastikan ada orang yang hadir...kami punya, penuh dewan, alhamdulillah.

Pada 10 Disember 2017, ada lawatan dan selepas lawatan, bila saya balik ke rumah, saya memang terlena dan ianya adalah antara lena yang paling nikmat pernah saya rasa.

Group wassup keluarga saya mula meriah pada hari Khamis (7 Disember 2017) kerana ada kenduri kahwin di Chemor pada 9 Disember 2017. Saya cakap meriah sebab group keluarga saya tu most of the time adalah senyap sunyi.

Bila meriah, seronoklah sikit kan..

Abang Hab saya update group mengenai status dia singgah minum di mana ntah....

Yang dua ni dah sampai dan di kerah bekerja

rasanya gambar ini di ambil lebih awal..mungkin hari Khamis.


Lunch pada hari Jumaat



Gadis dan rambutan, tidak boleh dipisahkan

Malamnya ada makan malam untuk meraikan keluarga sebelah lelaki yang datang dari Terengganu. Suami saya kata makanannya adalah sangat sedap dan antara menunya adalah sup daging, daging masa apa ntah (Shuk yang cakap ni), sambal belacan dan lain-lain. Tidak dilupakan ikan masin yang kami bawa dari KK.

Esok, 9 Disember 2017, agenda bermula dengan majlis akad nikah yang dijalankan di rumah.

Antara gambar yang menggambarkan suasana...hmmm, warna tema adalah coklat rasanya. Saya tidak tahu keluarga belah terengganu tu keluarga besar atau tidak, tapi kalau saya dan suami, untuk akad nikah ni, tak payah ajak orang lain dah, kita orang saja dah cukup ramaiii.

Father of the bride performed the aqad nikah...berapa kali yeee...lupa pulak nak tanya. Haa, baru tanya, 3 kali, tak tahu lah siapa yang gelabah lebih, pengantin ke, bapak pengantin ke.

Satu pos bersama-sama cousin perempuan. Alhamdulillah ramai yang dapat hadir dan meluangkan masa walaupun ada yang sedang menghadapi peperiksaan.

Selepas itu adalah acara makan dan tangkap gambaq lah, apa lagi...

Uwaaa...John Lennon pun ada kat kenduri ni

Gambar mereka yang saya sayangi...familyyy

Budak-budak yang memeriahkan keadaan...tak lama lagi, depa ni pulak la yang akan kahwin

Lagi, flower girls

Kalau kita ahli keluarga tuan rumah, kita boleh la makan makanan pengantin, yayyyy

Suka pulak gambo ni

mak saya, mak kakak ipar saya dan acu. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur mereka. Aamiin

Abang dan Abg ipar

One with Makndak...teringat saya dekat Andak yang sudah meninggal dunia pada bulan Mei 2016

bersama makngah

antara tetamu yang makan/hadir.

Dengan Lina, cousin kami

Kak Maton and gang pun datang

And the pengantin with cousins...saya pun lost count bilangan anak-anak sedara saya, ada 30 rasanya

Selepas itu, saya menghitung hari sahaja bila suami saya akan balik KK...ha ha ha

Suami saya balik KK pada 12 haribulan Disember dan dia telah mengalami keadaan yang agak mencemaskan sebelum kapal terbang mendarat. Sempat lah suami saya buka handphone dan baca quran dan makcik yang duduk di sebelah, apabila takut sangat, siap paut lengan suami saya...nasib baik mak cik kan...kalu anak dara kalu.

Tapi, alhamdulillah suami selamat mendarat.

Antara ole ole yang suami saya bawa untuk orang Sabah adalah...

Petaiii...lots and lots of petai

 dan pada 13 Disember, kami ke Borneo Paradise Resort.  Saya masak sambal tumis ikan bilis dan petai...kih kih kih


Haaa...kami makan banyak juga sebab lepas tu tersandar kekenyangan. 

Okay lah people...di sini dulu. Semoga allah panjangkan umur kita untuk post seterusnya.

Happy weekend!!!
















































No comments:

Post a Comment