Thursday, December 21, 2017

Hari Gaji Beb

Assalamualaikum.

Hari ini hari Khamis, 21 Disember 2017.

Dan hari ini saya sangat bersyukur sebab dapat gaji....yippieeeee! 

Alhamdulillah. Sebelum ini diri ini kekeringan bagaikan padang pasir...kah kah kah kah....mesti ramai yang tak percaya kan? Tapi bulan ini dan bulan lepas keadaan memang agak mencabar. Saya juga rasa bulan depan akan sama cabarannya sebab kami akan balik semenanjung.

Tapiiii....kenalah positif kan...semoga allah permudahkan segala urusan kami, juga anda semua. Aamiin.

Hari ini, seorang kawan daripada S M E Corp telah datang melawat ofis saya untuk mengucapkan selamat tinggal. Dia adalah seperti saya, pegawai yang telah ditempatkan di Sabah buat sementara waktu (in his case, he spent more than 4 years in KK) dan telah sampai masanya untuk dia kembali bekerja di HQ.

Saya pula, tanpa disedari, sudah menghampiri angka 3 tahun di sini. Haaa...saya pun tak pastilah sama ada saya mahu lebih lama di sini ataupun tidak. At first I was miserable, ha ha ha, biasalah, semuanya tidak betul di mata saya. After 1 year, I grew to like Sabah. I like the laid back lifestyle, no traffic jam and less stressed people with their smiling face.

Tapi ada juga perkara-perkara yang kadang-kadang menyebabkan saya merasakan yang mungkin sudah sampai masanya saya perlu balik ke Semenanjung.

Hmmm...mungkin Allah sengaja bagi perasaan itu supaya mudah bagi saya menerima kenyataan sekiranya saya perlu meninggalkan Sabah. 

Emak saya pun sudah mula bertanya.."Lama lagi ke kamu kat sana?"...hmmm

Anyway, knowing that I may not be here forever, there are places that I hope I would be able to visit before I leave Sabah, like Semporna...I've been to Semporna, but hubby was not around...doakan semoga tercapai hajat kami. Aamiin.

Anyway, life goes on...semua yang bermula, pasti akan berakhir...just like how time flies and year 2017 is about to leave us and will never come back.

Rasa macam baru sungguh saya bermesyuarat dengan rakan sepejabat dan merancang aktiviti untuk tahun 2017...tengok-tengok, dah habisssss.

Ok people, again, I only write short one ok...doakan saya rajin, saya sihat dan panjang umur untuk terus update blog ini dan membolehkan anda ada bacaan ringan sebagai hiburan.

Bubaiiiii

No comments:

Post a Comment