Monday, December 25, 2017

Orang Ipoh Datang KK hari ke 5 -8


Assalamualaikum.

Hari ini hari Isnin, 25 Disember 2017 dan seluruh Malaysia bercuti sempena Krismas. Saya pun bercuti dan apabila bangun pagi tadi, saya telah berusaha mencari gambar-gambar semasa orang Ipoh datang ke KK untuk hari ke 5, 6, 7 dan 8, selepas kembali daripada Kundasang. 

Walau pun tidak semua gambar yang saya jumpa, tapi saya rasa ianya cukup untuk saya membentuk satu post...saya telah export dan convert gambar, import semula masuk ke blog ini dan simpan dahulu kerana kami perlu keluar untuk breakfast dan ke Metrojaya di Suria Sabah. Semalam saya beli baju, tetapi pekerja di Metro tu lupa untuk tanggalkan tag yang akan berbunyi kalau kita lalu melalui scanner di pintu masuk/keluar.

Balik ke rumah, kami solat dan saya menyediakan makanan tengahari.

Haaa...itu dia. Nampak kurang menarik pula di dalam gambar, tapi kami berselera aja makan. Saya masak gulai lemak pucuk ubi kayu yang saya tambah petai (maklum lah, petai banyakkkk), goreng ikan dan tumbuk sambal belacan. Sambal belacan itu tidak merah sebab kami tiada cili besar tu, jadi saya ganti saja dengan ikan bilis...sedap. 

Sekarang ini, lebih kurang jam 4.40 petang, saya telah solat asar dan mandi, suami pula sedang tidur, jadi saya berhajat untuk menyempurnakan post saya mengenai lawatan orang Ipoh ke KK pada bulan Mei lepas.

Hari ke 5 ada lah hari Jumaat,  19 Mei 2017.

Menurut perancangan, ianya adalah hari untuk berehat. Saya ingat saya bangun pagi dan masak laksa...dannn...mungkin cucur kut, atau roti celup telur tu. Saya sudah lupa yang mana satu sebab sudah lama bebeno.

Anyway, we had breakfast, my kakak did her laundry and as usual, busy clening up the house. Dia tu memang cergas. Ooo...ada gambar...

Haa...jumpa gambar cucur ni...mesti untuk breakfast

Anddd, my laksa which was a little cair...tapi inilah makanan pagi dan tengahari kami.

Alhamdulillah, ada rezeki abang Hatta pergi bersolat di Masjid Negeri Sabah.

Petangnya, kami ke Pasar Filipina. Banyak juga orang Ipoh shopping, mereka membeli tshirt, bracelet, ikan bilis dll. Banyak juga shoppingnya.

Malam nya kami pergi melihat air terjun berirama dan seterusnya makan malam di Grace Point. Seingat saya kami makan goreng pisang cheese sampai dua set sementara Abang Hatta dan Tiha makan benda lain.

Esoknya, kami bawa gang Ipoh buat refleksologi.

Saya tangkap gambo orang lelaki aja dan tidak ambil gambo orang perempuan.

Balik daripada berurut, mereka ke pasar Filipin lagi sekali untuk tukar pulak dan tambah bracelet yang dibeli. Saya pula, pulang ke rumah dan masak makanan tengah hari.

Menunya...ikan tiga rasa, sup sayur dan telur dadar kut.....

Alhamdulillah...seronok kan, menjamu orang makan, walau pun ngeri aja takut tak memenuhi cita rasa

Selepas itu semua orang tidur.

Petangnya kami ke Pantai Tanjung Aru serta pergi ke kawasan tepi airport untuk melihata kapal terbang berlepas serta mendarat. Seronok tau, sampai rasa tidak mahu balik.

Malamnya kami ke Imago supaya orang Ipoh boleh rasa macam mana orang KK shopping, hiks. Kebetulan pula esoknya adalah hari jadi Tiha...jadi kakak saya telah beli kek...

Tiha sudah 19 tahun...

Bday girl...happy bday Tiha, semoga beroleh segala kebaikan di dunia dan akhirat.

Esoknya, kami pergiiii....

Haaa,,,makan dulu di Gayang. Cantik gambar ini, semoga dipanjangkan umur kakak dan abang Hatta dan semoga kekal bahagia hingga ke jannah. Aamiin.

Hmmm...naik buai

Nama tempat ni Gayang dan tempat ni memang famous. Tapinya tempat ini  adalah agak jauh dan kalau kami berdua sahaja, tak strategik lah nak makan. Kena ramai-ramai baru best..

Alamak...lupa nak tangkap gambar menu...kami order ikan siakap masak nyonya, soft shell crab goreng tepung, sotong ikan masin dan sup sayur. 

Kami meneruskan perjalanan ke sini...yup, Karambunai. Kami sewa bangalow dua bilik dan ini adalah pemandangan di belakang bungalow

Selepas solat dan berehat, kami ke pantai. Siapa yang pernah ke Karambunai mesti dapat bayangkan pantai putih bersih yang panjang. Angin juga agak kuat.

Cuaca adalah sedikit gelap walaupun tidak hujan, jadinya, tiada rezeki untuk kami melihat keindahan sunset di Karambunai kali ini

Kosong...kami aja yang mandi

Cik Tiha

Kami...

Balik ke Bungalow, kami sambung masuk pool.

Lepas itu, kami mandi, solat dannnnn...saya pakat tidoq. Abang Hatta lagi, tidoq tak bangun dah. Saya bangun jam 9.00 malam kut dan layan suami makan. Orang lain rupanya sudah makan sendiri..masak maggi ajapun.

Shuk minum kopi tenum tunggu saya masak maggi

Ha ha ha...maggi...

Lepas makan, saya tak boleh tidur pulak dan sambung tengok tv sampai pukul 1.00 pagi kut.

Esok pagi, saya buat sandwich telur untuk breakfast dan sambung mandi kolam

Shuk dengan abang hatta breakfast.

Lepas itu, kami lepak, sembang, mandi dan check out

Satu gambo di depan bungalow kami

Shuk dengan saya.

Balik daripada Karambunai, kami singgah di restoran China Muslim ni untuk makan..



Kami order tomyam, peria telur masin, udang goreng butter dan sayur...(rasanya lah, sudah lupa).
Lepas itu kami balik ke rumah.

Pada hari Selasa, 23 Mei 2017, mereka pulang ke Semenanjung. Pagi nya, saya masak asam pedas yang tak berapa nak menjadi sebelum saya pergi kerja.

Ada flight delay di mana sepatutnya flight bertolak pagi telah di tukar ke jam 1.00 tengahari. Mereka selamat sampai dalam jam 3.30 di KLIA dan terus menaiki bas ke Ipoh.

Saya nak tulis di sini yang kami agak puas hati dengan perancangan lawatan orang Ipoh kerana kami yang plan semuanya dan oleh kerana itu masanya adalah lebih lama. Kami bawa orang Ipoh ke semua tempat tumpuan dan semuanya tanpa tergesa-gesa sebab masa memang banyak. 

We hope they were happy because we were really happy. Waktu menghantar mereka balik tu, rasa sedih macam menghantar orang pergi haji pulak.

Okay orang Ipoh..semoga allah kurniakan kita kesihatan yang baik, rezeki yang baik dan dipanjangkan umur kita untuk kita berkongsi banyak lagi kenangan yang indah. Aamiin.












































No comments:

Post a Comment