Assalamualaikum.
Hari ini hari Ahad, 31 Disember 2017.
Sekarang sudah jam 8.13 pagi, pagi tadi hujan turun dan saya sedang mengadap komputer bersama secawan air coklat kerana saya lapar....teraaaasa lapaaar.
Suami tidur semula selepas subuh dan sebenarnya tadi saya tadi mahu tidur juga, tetapi mata terkelip-kelip, tidak mahu lelap. Elok juga mata tidak mahu tidur kerana boleh lah saya update sikit blog ini.
Saya ingatkan saya nak buat recap, tapi sudah beberapa kali saya buat, terasa macam tidak boleh buat pulak. Saya sudah tulis panjang-panjang, tapi saya padam semua. Saya rasa tulisan saya itu tidak natural dan agak membosankan.
Jika mahu bercerita secara terperinci, sesungguhnya banyak perkara suka duka yang berlaku pada sepanjang tahun 2017 ni. Dan saya, sebagai manusia yang lemah, ada kalanya sangat terbawa-bawa dengan perkara sedih yang menimpa diri saya juga keluarga.
Walau bagaimanapun, dengan menulis blog ini (setelah menulis dan memadam semula beberapa kali), saya dapati ianya membantu saya untuk menjadi lebih bijaksana (saya baru google translate perkataan wisdom). Saya seperti boleh melihat dengan lebih jelas mengenai isu mana yang patut diberi keutamaan. Hmm...boleh macam itu? Sebelum ini, ada masalah yang saya ingatkan besar sangat, tapi rupa-rupanya saya boleh abaikan isu itu yang petty dan saya sepatutnya fokus dengan perkara yang lebih penting.
Suami juga ada mengeluarkan kata-kata yang sebegini untuk saya "the way you face your enemies (or the people you dislike) will define you". Suami saya kata "memang normal kalau seseorang itu melayan orang-orang yang disukai/sayangi dengan baik, tetapi sekiranya seseorang itu dapat melayan orang yang tidak disukainya dengan baik, sesungguhnya dia adalah seorang yang hebat".
Hah...waktu saya pertama kali dengar suami saya punya statement ini, saya rasa macammmm... "hebatnya suami aku nih". Tapi bila saya menulis sekarang saya rasa macammmm "betul ke nih?"
Ha ha ha....sebenarnya perbincangan bermula apabila kami melihat instagram seorang celebrity ini.
Sesungguhnya sebagai manusia, kita pasti ada membuat kesilapan. Sebagai contoh, apabila kita dimarahi/dilukai oleh seseorang, apa yang patut kita lakukan?
Marah balik? Haaa, saya pun ada buat kesilapan seperti ini dan hilang rasional diri. Hilang semua perkara positif yang lah cuba di tanamkan dalam diri juga ingatan daripada rasulullah supaya "jangan marah" atau pun kata-kata hikmah yang menyatakan bahawa "sesuatu yang bermula dengan kemarahan tidak akan berakhir dengan baik".

And the sad thing is the fact that the one you hurt most is yourself. And it is worse to know that you have lowered yourself and become exactly like the person who hurt you.
Tapi bila perkara sudah berlaku, nak buat macam mana kan? Mungkin kita hanya boleh cakap, serve you right (nak cakap "padan muka" tak sanggup). Tetapi, semua perkara berlaku ada sebabnya dan pastinya hanya dengan merasai perasaan marah itu kita boleh tahu kenapa Rasulullah melarang kita supaya jangan marah.
Walau bagaimanapun, apa yang terbaik adalah kita mahu belajar daripada kesalahan lalu dan kesilapan tersebut mampu menghasilkan seorang hamba Allah yang lebih baik, insyaa allah.

Bercakap mengenai azam tahun 2017 pula, hah, hampeh. Semuanya berjaya separuh jalan sahaja. Tapi yang bagusnya, saya masih tidak putus asa berazam dan sudah menyenaraikan azam untuk tahun 2018 di dalam fikiran saya.
Sekiranya anda mengikuti blog ini, anda pasti ingat yang saya telah mengalami sakit pinggang pada suku pertama 2017. Alhamdulillah, pinggang saya juga sudah semakin sembuh dan saya cuma perlu istiqamah untuk membuat regangan setiap kali sebelum tidur dan bangun tidur.
Ehh...tahun 2017 juga telah memberi peluang kepada Encik Suami untuk berjumpa artis..
Hmm..suami saya sudah bangun dan suruh saya mandi ni...di sini dulu ye.
All and all...2017 has been a good year to me, alhamdulillah. Semoga tahun 2018 akan menjadikan saya, juga anda semua manusia yang lebih baik. Aamiin