Friday, September 16, 2016

Eid ul Adha 2016

Assalamualaikum.

Hari ini hari Jumaat, 16 September 2016, cuti hari Malaysia. Saya di rumah saya di Sri Kepayan, sambil update blog dan sambil menonton tv.

Saya ingin berkongsi mengenai pengalaman kami berhari raya haji di KK baru-baru ini kerana kami tidak balik kampung. Ini adalah kali pertama kami tidak balik berhari raya di kampung setelah 10 tahun berkahwin, walau bagaimanapun, untuk diri saya sendiri, ini adalah kali ke 4. 

Kami okay aja pun cuma secara peribadi saya agak sedih dengan diri sendiri kerana mengabaikan pengisian sebenar hari raya haji. Dengan adanya banyak maklumat yang disebarkan mengenai makna sebenar hari raya haji ini dan ibadah-ibadah sebenar yang sepatutnya dilakukan selain daripada solat hari raya, memakai pakaian baru serta makan, saya merasakan diri saya ini amat kecil dan terlalu mementingkan perkara-perkara yang lebih trivia.

Semoga saya boleh membaiki diri selepas ini, juga semoga ada rezeki saya untuk mengerjakan haji tahun hadapan, aamiin.

Berbalik kepada cerita hari raya haji saya di mana saya mahu mulakan cerita pada hari Ahad, hari di mana persediaan dilakukan. Saya dan suami berpuasa pada hari itu dan kami mula menerima berita-berita dari kampung kerana keluarga Chemor dan Ijok memang berkumpul.

Alhamdulillah kedua-dua keluarga ada buat qurban. Di Ijok, lembu diletakkan di rumah awal-awal lagi dan oleh kerana itu, sessi berkenalan dapat lah di adakan. Gambar di atas adalah salah satu gambar perkenalan dengan lembu tersebut.

Ibu mertua saya juga telah memasak halwa maskat. Bukan senang nak masak halwa maskat ni dan kami hanya dapat melihat gambarnya sahaja.

Oleh kerana kawan-kawan ofis saya akan datang beraya pada esoknya dimana semua orang kena bawa makanan (potluck) dan saya masak tumis ikan bilis petai.

Suami saya baik, walaupun letih puasa, dia tetap tolong saya proses petai tu walaupun masih peluk bantal

menu berbuka puasa kami adalah ikan bakar, gulai lemak kacang buncis dan air asam (ala jalan Bellamy yang tak jadi)

Yang atas ini pula adalah juadah berbuka puasa keluarga di Chemor. Tak boleh la compare dengan menu kami di KK kannnn

Esok paginya, kami bangun awal, solat dan saya terus turun untuk vaccumn rumah. Lepas tu kami pergi ke Masjid Negeri untuk solat Raya.
Ini gambar Masjid Negeri

Ini gambar hubby solat. Kami datang lambat rupanya sebab orang KK solat raya awal. Depa solat raya jam 7.40 pagi. Saya sempatlah menyelit celah-celah orang kat luar masjid tu dan sewaktu solat tu, tiba-tiba bau lembu, kih kih kih, rupanya kat belakang kami ada lembu yang terikat.

Saya terpaksa berdiri sewaktu mendengar khutbah raya sebab tikar yang dihamparkan di atas jalan itu adalah basah. Saya rasa rindu pulak dekat Khutbah Raya Masjid Chemor waktu ni sebab Khutbah Raya Masjid Chemor lebih interesting.

Lepas solat raya, kami balik rumah dan minum dulu. Kami makan biskut ajapun sementara menunggu yang lain datang.

Gambar raya kami...maklum lah, tiada siapa nak tolong ambilkan gambar

Kami juga ada menerima gambar dari kampung, yang ini adalah gambar Abang Hab dengan lembu kita orang

Ini anak-anak sedara saya selepas solat raya

Yang ini adalah emak, kakak2 dan kakak2 ipar saya. Mereka siap breakfast di Masjid lagi

Kami juga menerima gambar ini...keluarga Chemor di dapur, memproses tulang kut...

Keluarga Ijok juga sibuk  memproses daging

Sementara itu, di KK, kami punya pertemuan raya sepatutnya diadakan pada jam 11.00 pagi, tetapi 3 keluarga telah datang lewat...jadi sementara menunggu, kami pun tangkap gambar

ini Daniel, bila dia merajuk...super cute

 bersembang, beginilah ruang tamu saya, ada sofa 3-seater tu dengan carpet sahaja


Encik Rashid, Shikin dan hubby

Akhirnya, dekat jam 12.00 baru kami mula makan. Ini adalah sebahagian daripada meja hidangan, sampai meja bekerja hubby pun terpaksa guna untuk letak hidangan.

yang ni sepenuhnya..ada sambal tumis petai, ayam masak madu, ikan cencaru bakar dan sup tulang yang sedap. Saya juga sediakan buah-buahan dan Azah sediakan puding roti dan sayur. Ehh, ada spaghetti juga yang dibawa oleh Encik Rashid.



Terus makan sebab memang lapaq semua orang


Haa...baru mula makan


Makan lagi...jumlah tetamu adalah dalam 26 orang...he he he...penuh rumah den. 


Rumah ni tiada aircond, jadi panaslah sikit. 


 Andddd...tadaaaa......group photo

Lepas semua orang balik, kami pun solat zohor, makan dan tidoq. 

Okay lah, begitu lah cerita saya, bagaimana pula hari raya anda?...
































Saturday, September 10, 2016

Jamuan Hari Raya di Ofis Saya Tahun 2016

Assalamualaikum

Sekali lagi saya melihat-lihat gambar yang telah suami saya transfer ke PC dan ternampak banyak sungguh gambar sewaktu kami membuat jamuan raya di ofis Sabah. Saya rasa saya nak share lah di sini walau pun sudah lama perkara ini berlaku.

Jamuan kami ni simple aja pun, kecil-kecilan juga sebab budget nye pun limited. Tapi kami beruntung sebab ada seorang staff tu, husband dia memang terlibat dalam perniagaan makanan ni, makanya, senang lah kami nak berkira kan, alhamdulillah. 

Kerjasama staff juga adalah sangat baik, semuanya ringan tangan dan kreatif. Jumlah tetamu yang datang sebenarnya adalah lebih daripada yang kami jemput sehingga perut kami jadi sedikit sakit sebab takut makanan tak cukup, tapi itulah, dengan izin Allah, cukup juga makanan tersebut, itulah berkat namanya.

Sebab dah lama sungguh perkara ini berlaku, banyak juga fakta yang telah saya lupa, tapi saya akan bercerita mengikut gambar yang saya adalah ye...

 Mereka telah menghias tempat ini pagi-pagi lagi dan saya suka. 

 Close up...rasanya yang paling banyak makan rambutan itu adalah saya

 Safri, dia ni pandai setting meja lah, pinggan mangkuk lah

 Asmah di dapur, harga nasi impit itu sekejap 60 sen, sekejap 80 sen, akhirnya seringgit. Harga naik sebab GST kut.

 Meja dessert, ini memang Azah punye contribution lah...

 Close up

 Tempat tangkap gambar, yang ini Saf punye contribution. Saya pun tak tahu dari mana dia dapat frame semua tu. Tapi, hiasan kertas yang berkilat-kilat tu sudah di re-cycle 5 tahun ku dan sebab nampak sudah lusuh sangat, saya kata kat Saf, tahun depan kita beli lah baru, dah buruk sangat kertas tu

 ehhh, meja dessert sudah tukar sebab ada tambah cocktail tu dengan agar-agar lengkong yang dikanan sekali tu

 Di dapur, depa ni rajin dan ceria

 Haaaa....main dish...saya sudah lupa menu nya apa, kalau tak silap ada udang goreng yang sedap, rendang daging dll...Saf buat sumbangan tambahan yang menjadi tumpuan iaitu sambal ikan bilis petai. Dayang pulak buat ayam masak madu, habih juga, saya order satay dan Zainah menyumbang soto...

 Ini adalah antara tetamu paling awal

 Ada surprise buat Azah.....

 Yay, Happy Birthday Azah
 
 Kami....ada banyakkkk gambar sampai tak larat nak tampal semua. Warna tema sepatutnya hijau, tapi saya punya terbiru... 

  Tengok tu, tak pernah saya posing sampai macam ini, kih kih kih  
  
 Haaa...guna props yang Saf sediakan  

 Dengan Asmah, juga orang kuat ni

 Ini antara tetamu yang penting. 

Sewaktu tetamu ramai, kami semua pun kelam kabut dan tidak sempat nak tangkap gambar 

Tapi sempat pulak selfie...

  Lagi gambar tetamu yang hadir, raya pun bincang kerja kan
  
 Bila semua tetamu official balik, kami terima tetamu yang tidak official pulak petangnya...

 Yay...depa ni excited nak hembus lilin

All and all, jamuan telah berlangsung dengan baik, alhamdulillah, Well done team Sabah!

Wednesday, September 7, 2016

Alor Setar dan Pulau Pinang

Assalamualaikum

Hari ini hari Rabu, 7 September 2016 dan saya ingin berkongsi cerita sewaktu saya dan suami bercuti di Alor Setar dan Pulau Pinang sewaktu cuti hari raya baru-baru ini.

Saya sebenarnya sudah malas untuk bercerita tentang percutian ataupun apa-apa aktiviti lain sebab proses untuk update gambar adalah renyah. 

Walau bagaimanapun, baru-baru ini prestasi handphone saya telah menurun dan menurut suami saya, ini adalah disebabkan oleh jumlah gambar yang tersimpan di dalam memori telephone adalah terlampau banyak. Bagi mengatasi masalah tersebut, suami saya telah tolong transfer gambar-gambar tersebut ke laptop.

Setelah di transfer ke laptop, senang lah sedikit untuk saya buat kerja-kerja blog, walaupun kami sempat juga bertekak apabila saya tidak faham dengan sistem yang suami buat apabila dia save semua gambar di desktop menggunakan nama yang saya tidak faham.

Saya ni, kalau on my personal laptop, saya ada sistem yang saya ajar juga kepada officers saya untuk gunakan. Saya mesti ada nama folder saya dan di bawah folder saya, baru ada nama folder lain mengikut jenis kerja/event. Saya buat begini kerana pernah pada satu waktu, apabila saya perlu menukar PC/laptop, saya terpaksa menggagau mencari di mana saya simpan files kerana it was scattered all over. Tapi bila semuanya di simpan di bawah satu folder, kita hanya kena save folder itu sahajalah, yang saya rasa sangat senang.

Tapi, perkara begini saya tidak boleh bincang dengan suami, saya cakap sikit aja pun boleh kelahi 3 bulan, hi hi hi. Bagi saya, kalau you sudah ada folder picture, letaklah gambar di bawah folder itu dan namakan dengan nama yang orang faham dan boleh menjadi reference untuk masa hadapan. Ini pergi namakan dengan kod number yang could mean anything dan marah pulak bila orang tak  faham. ...hah...begitulah...

Tetapi, baru sahaja sekejap tadi, saya telah menerima kata-kata ini : JUST BECAUSE YOU ARE RIGHT, DOES NOT MEAN, I AM WRONG. YOU JUST HAVEN'T SEEN LIFE FROM MY SIDE.

Ha ha ha...memang saya terasa.

Saya tahu cara kami berfikir dan membuat keputusan adalah berlainan. Ini saya nampak dengan jelas apabila saya tengok suami main Candy Crush. Heee, mungkin nampak macam budak-budak, tapi bagi saya ianya adalah indicator. Priorities dalam hidup suami juga adalah berbeza dan kami memang perlu banyak bertolak ansur sebab kalau asyik bertekak dan jangkamasa untuk merajuk untuk setiap perkara yang kami tidak setuju itu adalah 3 bulan, masalah besar lah jadinya.

Anyway, dalam berteka-tekak tu, I must thank hubby because since the photos were transfered, I am able to browse them and have spotted some photos taken when we were in Alor Setar and Penang for our jalan-jalan cari makan session during hari raya break. 

On 12 July, we started off from Chemor, and arrived at Alor Setar around 1.00 pm. I have actually contacted my friend in Alor Setar to seek his advice on interesting places to eat. Unfortunately, the places suggested were all closed for hari raya break so we finally decided to have laksa at one of the gerai near the street.

Tapi ye lah, rezeki juga lah rasanya sebab cendol dan laksa di gerai yang kami makan itu memanglah sedap...sesuaiii dengan selera saya. Ada gambar..


Cendol


Laksa. Laksa dia pedas, sebab tu saya suka. Saya juga menghargai keadaan kedai yang kemas dan bersih, semoga murah rezeki tuan kedai ini, aamiin.

Selepas itu kami ke Hotel Grand Alora. Menurut suami, dia telah memilih hotel ini kerana di Hotel inilah MB Kedah terpengsan baru-baru ini...

quite a nice hotel with reasonable price

I love the view from our room, paddy field


From a different angle


and sunset...love it

Walau bagaimanapun sesuatu telah berlaku pada malam itu di mana saya telah sakit kepala sampai muntah. Haih, sudah lama betul saya tidak mengalami sakit kepala yang sebegitu, rasanya dekat 10 tahun. 

Sebab sakit kepala, mood makan pun tiada. Yang kelakarnya, suami saya cakap macam ni kat saya "Saya memang selalu suruh Cikbib kurang kan makan, tapi bila Cikbib tak lalu makan macam ni, tak best nyaaa". 

Heee...memang lah kan, mana seronok kalau bercuti tapi makan sorang-sorang. Saya takut nak makan waktu tu sebab takut muntah balik. Oleh kerana kepala pun dah pusing waktu tu dan penat sebab muntah, sampai aja di bilik malam nya, saya pun terus tidur. 

The next day, we woke up early and went for breakfast. Saya pun sudah tidak ingat menu breakfast di hotel hari itu tapi saya memang lapar waktu tu, jadi menu apa pun memang rasa sedap aja lah.

Lepas tu, kami berjalan-jalan kat hotel

Pergi swimming pool dan muka saya nampak macam baru lepas sakit kepala kan? Saya teringin nak mandi, tapi hubby tak interested. Lepas tu kami balik ke hotel. Rasanya kami tidur balik kut dan lepas tu baru check out untuk ke Penang

Ini nombor bilik

Kami pun ke Pulau Pinang dengan excitednya. Tak tahu lah kenapa, tapi kalau nak Penang, rasa happy aja.

Kami beria-ia mencari Restoran Nasi Kandar yang satu nii...lupa pulak nama dia (baru dapat namanya, nasi kandar kg Melayu), tetapi lokasi adalah di Air Itam. Tapi sebab sampai lambat, kedai dah tutup dan hanya buka di tempat lain pulak pada malam/petang. 

Pakcik yang bagi tahu kami tu telah mencadangkan supaya kami pergi ke satu restoran yang satu ni pulak (sebab dah lama, semua fakta telah hilang dari memori ingatan saya). Tapi pakcik tu telah bagi statement macam ni kepada saya :"Boleh la cuba restoran yang ni pulak, tapi rasanya biasa-biasa sajalah". Hiksss

Ini lah makanan kami di restoran yang rasanya biasa-biasa saja tu. Boleh tahan la juga rasanya tapi saya kurang puas hati sebab dia ada letak sambal yang agak manis di atas nasi tu, langsung hilang rasa kari. Saya nak makan nasi dengan kuah kari, apa hal letak sambal manis tu pulak. Tapi, saya tengok, ada seorang budak ni, dia makan nasi dengan ayam seketul bersama sambal manis tu dengan kuantiti yang banyakkk...saya rasa sambal tu memang famous, cuma tidak sesuai dengan selera saya aja. 


Kami terus ke hotel yang terletak di Teluk Kumbar, lebih kurang 30-40 minit juga jaraknya dari Georgetown. Saya pelik aja kenapalah jauh sangat hotel yang suami saya tempah ni. Saya sebenarnya teringin nak tinggal di E&O ataupun G Hotel, kan dekat kalau nak makan pasembor. But anyway, kena percaya dengan pilihan suami lah kan.

Sampai aja di hotel, kami pun check in dan.....tadaaaaa

Hebat hotel ni, tapi kalau ada anak-anak lagi best kan sebab dia bagi dua king size bed

Hmmm...mula-mula ingatkan seluruh screen tu adalah tv...ghopenya tv kecik aja, 40 inci

Dari sudut lain

Yang ini bilik air...tak sempat pun berendam dalam tub tu

Shower...boleh shower dan termenung sebab ada tempat duduk...macam di Hong Kong

Seperti biasa, suami melihat apa yang ada

And this was really a surprise sebab ada kolam. Kalau dulu saya macam tak suka kolam kecil macam ini, tapi mungkin kolam kecil macam ini sahajalah yang sesuai dengan saya yang tidak pandai-pandai nak berenang. 

And this is what I like best, pemandangan kampung juga the fact yang kami boleh mendengar suara azan dengan jelasnya, alhamdulillah.

Dari sudut lain...

Ohhh...ini pemandangan daripada bilik air yang besar sangat tu, yang menghubungkan bilik ke balcony/kolam.

Saya pun solat, dan berendam dalam kolam lepas tu, rasa excited macam budak kecik pun ada.

Malamnya, kami keluar untuk  makan pasembor

Tengok-tengok, di tepi jalan di luar hotel, ada orang jual durian, tapi kami tak beli pun sebab suami tak sabar nak makan pasembor

Nama hotel kami...

Di Padang Kota, suami saya order ABC. Saya order air kelapa...

Pasembor...sedap, but I just wish that they can improve the cleanliness of the gerai...

Lepas tu lepak tepi laut...lepas tu balik hotel

Pagi esoknya, saya bangun awal dan berendam sorang-sorang sebab suami tdoq lagi. Kami breakfast dalam bilik saja pagi itu. Sebab hotel ni best sangat, kami stay sampai jam 11.45 pagi baru check out. 

Masuk highway, sampai hentian Bukit Gantang, kami pekena nasi lemak ini...

Nasi lemak nya simple sangat, tapi ada waktunya suami boleh habiskan 3 bungkus sekaligus.

Lepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Chemor sebelum balik ke Shah Alam dan seterusnya ke KK. Semoga ada rezeki kami ke Kuala Terengganu selepas ini, sementara kawan saya masih di sana..aamiin.

Okay...nanti saya cari gambar untuk aktiviti lain pulak...kalau ada...