Wednesday, August 3, 2016

RAYA 2016

Assalamualaikum.

Hari ini 3 Ogos 2016, hari Rabu. Hari ini, ada jamuan hari raya di ofis, alhamdulillah, everything went on well. Seronok makan, seronok jumpa ramai orang, seronok sebab semua kawan-kawan ofis sangat-sangat sporting dan tidak berkira bila buat kerja...

Oh, kembali kepada kisah yang terjadi pada hari raya pertama 2016.

Saya bangun dalam jam 6.00 pagi macam itu. Leganya rasa bila tidak perlu bangun awal sebab saya sudah masak ayam masak merah saya pada malam sebelumnya. Bangun pagi, iron baju dan saya tengok kakak dan kakak ipar saya sudah menyiapkan sarapan pagi. 


Hmm...tengok tu, ini orang-orang dewasa yang sudah mandi belaka. Budak-budak pada waktu ini sedang menunggu giliran untuk mandi. Bilik air bawah, budak-budak lelaki conquer, bilik air atas, budak-budak perempuan conquer. 

Alhamdulillah, kami siap awal dan pergi ke masjid awal. Tahun ini ada seorang saja anak dara yang tinggal di rumah sewaktu kami semua ke masjid dan dia telah diarahkan untuk mengemas rumah. 

Sebab kami pergi masjid awal, kami telah dapat saf di depan sekali dan sempat bertakbir hampir 40 minit, sampai mengantuk juga lah. Tapi saya nak tulis di sini yang saya suka imam yang mengimamkan solat raya kali ini. Saya suka cara dia menguruskan bilangan jemaah yang ramai (sewaktu beliau mengarahkan jemaah masuk ke masjid dan sebagainya). Rasa macam professional sungguh Imam masjid Chemor ni. Dan, yang bestnya, rupa-rupanya imam itu adalah classmate saya waktu darjah 1 hingga 6...heee...tumpang bangga sebab ada kawan jadi imam kan...alhamdulillah.

yang atas ni gambar kami sebelum solat raya

Gambar yang ini pulak, suami saya minta tolong seorang Bangla ambilkan gambar

Gambar ini diambil selepas solat, sedikit kabur sebab diambil dari dalam kereta

Balik semula ke rumah, kami makan lagi satu pusingan...he he he he he

Selepas tu, bersalam-salaman

Mak saya bagi saya duit raya pulak kali ni...alhamdulillah

Lepas tu, kami ada sesi bergambar di luar rumah...ini adalah gambar rumah kesayangan kami daripada sudut kiri

Ada banyakkkk gambar sebenarnya, tapi saya ambil yang saya rasa menarik sajalah ye..yang atas ni, waktu kami sedang menyusun kerusi untuk ambi group photo

saya ambil yang ini ajalah...semoga allah kurniakan kami semua kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur kami untuk bersama-sama lagi pada hari raya yang akan datang, aamiin

hah...saya tak suka sebab gambar saya besar sangat di sini, tapi saya suka pemandangan di belakang tu, salah satu tempat kami bergambar adalah di depan pokok bunga kertas itu

Kami..

ha ha ha...rezeki buah pelam banyak sangat tahun ni, alhamdulillah

Kami, di depan pokok bunga kertas itu..

Lepas itu, kami nak bergambar di depan tangga ini...ini gambar sewaktu nak setting..

Akhirnyaaaa...

Haaa...yang ini gambar belakang tabir...bukan senang nak buat setup tu

Lepas itu kami pergi ke Ipoh, rumah pakcik/makcik kami. Saya sudah malas untuk ambil gambar waktu ni..adalah satu sewaktu di rumah Angah..



Selepas berjalan, kami balik, solat dan tidur sampai rumah boleh jadi sedikit gelap pada petang raya itu. 

Okay...di sini dulu...



No comments:

Post a Comment