Assalamualaikum.
Okay, saya tak sabar nak habiskan cerita balik kampung saya pada bulan Disember 2015 ni...sebab macam panjang sungguh.
Pada 27 Disember, hari Ahad, kami semua pun bangun, tapi hari ini lebih relax sebab hampir semua benda sudah selesai, cuma nak sempurnakan aja. Oleh kerana itu, kami bertenang dan doa banyak-banyak semoga majlis berjalan lancar.
Emak pengantin ada order makanan untuk sarapan...ada nasi lemak, dan kuih muih yang saya sudah lupa sebab dan lama sangat..mari tengok gambo...

haa, hari ini kami masih sempat makan dan bersembang.

Ahli mesyuarat tangga, seperti biasa

Bahagian ini telah disempurnakan oleh Abang Hatta dan Encik Ghaz. Jam 11.00 pagi, ada tahlil

Setting up di luar rumah. Semua dah selesai..Shuk sudah boleh bertenang di kerusi

Dari sudut yang berlainan

Tempat makan pengantin

Khemah tempat bunga telur

Orang kuat ni, abang Hab dan anak-anak daranya bertenang
Kenduri ini di adakan di kampung sahaja dan tiada dedicated photographer. Due to that, I have elected my own self to become the photographer...ekekekeekek.

Tahlil sudah mula, di imamkan oleh classmate saya dari darjah satu hingga darjah enam

Haaa...baju putih yang kiri sekali tu adalah to imam nya. Selain daripada tok imam, ada dua orang lagi classmates saya yang lama

Lepas tahlil, jemaah pun mula makan...gambar setting up tempat makan

Irfan, Imtiyaz dan Fairuz...excited jadi orang kampung

Acu dan Opah makan dulu...sebelum tetamu datang

Haaa....tetamu pertama adalah sekumpulan dari Bandar Bharu, keluarga belah emak pengantin lelaki. Kumpulan ini adalah yang pertama dan selepas itu, saya sudah tidak boleh keep track siapa yang datang....

Antara yang datang adalah pakcik ini. Saya tidak pasti sangat tetapi kalau tidak silapnya, Pakcik ini bekerja di Sekolah Menengah tempat abang2/kakak2 saya bersekolah di Chemor. Pakcik ini telah hadir dan sangat excited untuk berjumpa semua adik beradik kita orang, termasuk juga emak/opah. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, kami dimaklumkan bahawa Pakcik ini telah meninggal dunia. Alfatihah untuk pakcik ini.

Abang saya menyempatkan diri untuk melayan tetamu daripada Bandar Bharu

Encik Ghaz dan Angah...berehat sat

Anak teruna. Depa ni bosan majlis agak membosankan sebab abang saya tak bagi pasang lagu-lagu yang meriah sikit...ha ha ha...ada ke abang saya pegi letak lagu Richard Clayderman untuk kenduri kat kampung

Yay...pengantin dah mai dah. Kelakar waktu ni sebab Mekyah telah di tugaskan untuk menyambut pengantin dan "taking care of" keluarga belah sana.
Waktu pengantin sampai aja Mekyah terus panik. Ha ha ha ha ha...tapi dalam panik tu, yang pertama sekali yang dia ingat adalah, "heh, payung mana? "
Ha ha ha ha ha...pentinggg payung tuuuu.

yesss...rombongan berjalan

Sempat salam dengan ayah..

Izzat dan Fiza

Tok dan Opah
Ada ramai tetamu yang datang, tetapi saya tidak sempat nak tangkap dan letak gambar semua orang di sini. Tapi alhamdulillah, majlis ini berjaya menemukan saudara mara juga sahabat handai yang sudah lama tidak bertemu. Semoga ikatan silaturrahim dapat dieratkan, insyaa allah

Makngah dan Diah sibuk melayan keluarga pengantin perempuan

Yang ni kawan-kawan abang saya semasa di Jepun

Yang ini keluarga sepupu belah ayah saya yang lama betul saya tak jumpa

keluarga kak ina dari Kelang

Makndak yang sentiasa lawa bersama kakcik

Yang ni jiran-jiran kampung saya yang dah lama tak jumpa

Angah dan sedara mara belah emak saya

Keluarga pengantin perempuan

Abang Hab dengan Mike...

Lagi gang kawan dari Tokyo

Acu dah penat waktu ni dan Mekyah dah lega kerana kerja nya sudah selesai...well done Mek Yah

Izzat with friends

Maksud Nadimah, Makcik Fizah, Wan Endon....

Ehhh...ada satu gambo saya. Yup, kawan-kawan sekolah rendah saya yang sempat datang....tq guys

Pengantin dengan keluarga Bandar Bharu

Imran...tidur bila dah penat. Lepas Imran tidur, Angah pula ambil tempat ni untuk nap

Akhirnya, bila tetamu mula berkurangan, baru lah boleh berehat sikit.
Lepas tetamu mula berkurangan, baru lah saya makan dan lepas tu, malas dah nak amik gambar.
Alhamdulillah, majlis telah berjalan lancar dan rasanya kami happy lah buat kenduri kat Chemor ni. Rasanya, kawan-kawan lama kita orang yang masih di kampung pun excited untuk datang dan berjumpa kami sekeluarga. Baru saya perasan yang kami ni, saling mengenali kawan-kawan masing-masing, maksudnya, adik-beradik saya kenal kawan-kawan saya dan kawan-kawan saya pun kenal adik beradik saya juga. Begitu lah juga sebaliknya.
Malamnya, kaki saya rasa sakit sebab asyik ke sana sini. Semoga Allah memberkati majlis ini...aamiiin.