Thursday, August 7, 2014

Raya 2014 - Part 1

Saya demam. Encik suami pun demam. Sebab demam, kami bad mood sikit dan saya malas/tak larat nak update blog ni.Tapi ada yang tertunggu cerita raya saya...so, let's update.

Hari Jumaat terakhir sebelum raya tu, adalah hari yang sedih buat saya...tak tahu kenapa, tapi saya rasa sedih sepanjang di ofis...heeee.

Balik rumah, hubby sudah masak nasi, tapi dia suruh saya buat juice tembikai sebab dia teringin. Bila saya dah siapkan, saya pun hidang la air tu dalam mug, macam biasa, tapi encik suami tiba tiba bawa keluar gelas cantik...ha ha ha ha ha ha...sooo...saya tangkap gambar macam di bawah :


Malamnya, seperti biasa kami telah keluar bersiar siar di Shah Alam... Saya rasa 
semacam ajaaa, rasa sayu...sempat singgah di Restoran Syed Seksyen 4, minum dan makan roti canai...selamat tinggal Shah Alam

The next day, kami bangun sahur, mandi, solat dan terus bertolak ke Chemor dalam jam 7.00 pagi. Tapi kan, jalan punye lah jam. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa kurang dari tiga jam telah menjadi 6 jam...erggggh. 

Infact, bila sampai di rumah saya, jam di pekan Chemor tu telah melarat sehingga ke depan rumah saya...saya ada tangkap gambar seperti di bawah :


Heeee....sampai di rumah, abang saya dah ada...depa semua dok pakat tidur tengahari dah waktu tu. 

Bila depa bangun, kita orang pun mula masak. Kami masakkk....lupa la saya kami masak apa hari Sabtu tu. Tapi saya ada snap gambar waktu kami memasak tu ...meriah...ketuanya adalah kakak ipar saya...yang lain-lain tu adalah askar askar kami yang cekap..yup...anak anak sedara saya


The next day...kami bangun awal dan masak pelan pelan. Mula-mula kakak ipar saya masak rendang kerang untuk esok.

Lepas tu saya masak udang tumis petai

Lepas tu saya goreng 3 ekor ikan siakap...kak ina lepas tu masak sauce sweet sour untuk ikan tu...ada gambar ikan dan udang...seperti di bawah.


Makanan-makanan lain yang kami tempah pun tiba secara pelan-pelan. Lemang, rendang ayam dan kek coklat....semua nya home delivered...kami bayar duit aja..he he he..daserrrr

Dalam pukul 5 petang, saya keluar pergi Mydin di Meru...beli barang barang yang dah habis...Bila balik, most of the things are siap already. Anak-anak sedara perempuan saya sudah cekap and realiable  kalau fasal mengemas dan bersiap. Tapi dalam soal memasak....belum la lagi. Sambil bersiap, sambil bersembang, sambil bergurau....itu yang seronoknya kan...



Buka puasa...di bawah ni, gambar kami baca doa buka puasa yang saya ambil dari atas...hanya tiga keluarga aja yang ada sewaktu ni...kalau ada semua, separuh dari kami perlu makan di atas tangga...atau buat 2 shift






 

Buka puasa...solat berjemaah



Lepas Isyak...kami bertakbir



Malamnya, kami sembang-sembang, dan ada sesi main mercun sikit. Kami tidur lewat tau, dalam jam 2 pagi, langsung la saya bangun lewat untuk masak ayam masak merah esoknya...haih.

Okay....di sini dulu...nanti saya sambung..udah mengantuk saya ni


Monday, August 4, 2014

It's a Family Thing...Untuk Anak-Anak Sedara Saya

Baru-baru ini, saya telah menonton program Meletop Raya di Astro. Antara segmen yang adalah apabila host rancangan telah bertanya kepada artis-artis jemputan tentang perkara yang mesti ada sewaktu mereka menyambut hari raya.
 
Ada banyak jawapan yang telah di berikan, ada yang bagi jawapan baju raya, ada yang bagi jawapan kuih raya, Fizo Omar telah bagi jawapan bahawa isteri dia yang paling penting...dan banyak lagi lah.
 
Tapi saya suka jawapan yang telah diberikan oleh Aaron Aziz, yup, Aaron telah memberikan jawapan "keluarga saya".
 
Kalau kita tengok iklan-iklan hari raya yang disiarkan pun, memang banyak berkisar mengenai keluarga. Mengenai ibu bapa yang merindui anak-anak, datuk/nenek/opah/tok/tokwan yang merindui cucu...yup, kita memang digalakkan untuk berhari raya di kampung supaya boleh bertemu ibu bapa dan saudara mara serta jiran tetangga yang setahun berpisah. Membaharui hubungan itu memang digalakkan.
 
Saya juga mengaku, sekiranya tiada kenduri kendara, jarang sekali saya berpeluang untuk melawat pakcik/makcik saya yang rata-rata tinggal di Ipoh dan semuanya memang sudah berumur (sekitar 76-82 tahun).
 
Saya dapati, semakin saya dewasa, semakin saya menghargai pakcik/makcik saya ini. Semua kenangan bersama mereka, jasa baik mereka membantu ketika saya dan keluarga sewaktu kami di dalam kesusahan, kasih sayang mereka, perhatian mereka...Ikatan dengan pertalian darah ini memang sangat erat dan tidak akan putus walaupun kita mungkin pernah bersengketa, berjauh hati dan tidak sependapat.
 
Saya bersyukur sebab dapat sekali lagi menyempurnakan ibadah puasa di bulan ramadhan dan seterusnya merayakan aidil fitri tahun ini bersama keluarga. Walaupun tahun ini adalah tahun sunyi di mana hanya saya dan keluarga kakak dan abang yang beraya di kampung kerana yang lain beraya di kg suami/isteri masing-masing, ianya tetap cukup meriah buat kami. Kami yang berkesempatan balik bersyukur kerana kami berpeluang menemankan emak kami beraya, menggembirakan dia walaupun sebentar.
 
Saya berharap/berdoa semoga anak-anak sedara saya, juga cucu-cucu/cicit-cicit seterusnya dapat meneruskan ikatan kekeluargaan yang ada. Berkenal-kenal lah antara satu sama lain, allocate masa untuk berjumpa dan untuk "catch up" mengenai cerita cerita lama dalam kesibukan kita dengan urusan dunia.
 
Bagi yang tidak tahu, cikbib nak bagi tahu yang kita ada "family fund" di mana semua anak-anak opah menyumbang setiap bulan (erkkk...cikbib dah lamaaa tak menyumbang sebenarnya). Duit dalam family fund ni tak banyak, tapi kami semua memang terasa akan  "berkatnya". Kami gunakan duit ini untuk membantu ahli keluarga yang di dalam kesusahan, juga membaiki rumah Chemor yang beso tuuuu...
 
Bila you all dah bekerja satu hari nanti, you all boleh contribute juga. Cikbib harap, cucu-cucu opah dapat bekerjasama sebab memang ada di antara kita yang memerlukan lebih pertolongan. Kesusahan yang di hadapi, pastinya akan menjadi lebih ringan sekiranya ia dapat di kongsi dengan orang lain.
 
Huh...this is becoming too personal already...
 
Sebelum berhenti, cikbib nak refresh sikit lah yang rumah di Chemor tu, dan opah, sentiasa menanti kepulangan semua ahli keluarga. Umur opah dah 80 tahun, dan dalam kita sentiasa mendoakan semoga dipanjangkan umur opah, kita juga pasti sedar dengan kerja-kerja "nature". Soo...yang dekat, kita eratkan, yang jauh kita dekat kan.
 
Selamat hari raya, maaf zahir batin.

Sunday, August 3, 2014

Selamat Hari Raya!

I am now back in Shah Alam, home sweet home.

It's good to be home, tapi malasnya nak kerja esok.

Raya was fun, and alhamdulillah, kami berkesempatan untuk melawat sanak saudara. Saya nak kemas rumah sekarang ni dan tengahari nanti kami akan ke rumah Mekyah untuk lunch raya...sebagai penutup, saya titipkan gambar kami membaca doa berbuka puasa di hari terakhir ramadhan...selamat hari raya semua, maaf zahir batin!

Friday, July 25, 2014

Last Working Day in Ramadhan

Hari ini saya pergi kerja naik kereta baru. Kereta baru tu on the road memang best, tapi sebab saya masih belum biasa, saya rasa sedikit stress bila terpaksa buat sharp turning dan masuk lorong-lorong kecik di parking lot office. But I made it lah...alhamdulillah, kereta dengan pemandu, dua dua selamat.
 
Hari ini sampai awal, dalam jam 7.15 pagi. Sebab awal, saya pun sempat lelap sekejap.
 
Bila nak mula kerja rasa tak de mood nya...and somehow, saya rasa lonely sangat...rasa sedih pun ada. Saya pun tak pasti la kenapa...mungkin sebab kawan baik dah cuti kut...saya try call encik suami, dia tak angkat pulak...haihhhh.
 
Waktu lunch, tiba-tiba, saya jadi terajin nak keluar. Saya pergi kat bazaar ramadhan di bawah ofis dan terus ke KL Sentral dan Nu Sentral. Saya pusing ajaaa...tapi sempat gak menghabiskan duit...sikit...
 
Sempat juga telefon encik suami balik...rasa nak bercakap. Saya ceritalah saya punya masalah..hikss...cakapla yang saya macam rasa sedih and kind of lonely...hubby cakap macam ni "nape, min dah balik ye? cikbib ni memang tak ramai kawan baik kan? Kawan ramaiii, tapi yang baik tuuuuu tak ramai"
 
Saya fikir balik...iye ke? Teruk sangat ke saya ni?
 
Lepas pusing sekali Nu Sentral tu, saya balik ofis and blog hop sat. Bila saya baca orang lain, saya dapati, bukan saya aja yang rasa lonely, ramaii blogger lain yang rasa lonely juga. Rasa ditinggalkan...rasa kosong...hmmm...jiwa kabott. Bukan saya sorang la yang berperasaan sedih dan keseorangan tu
 
Saya akan balik ke kg esok. Kalau ikut perancangan, saya akan bertolak selepas subuh. Tapi tengok lah macam mana, sebab kami belum pack pun lagi..
 
Disini, saya ucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua pembaca blog ini.
 
Saya menulis tentang apa yang berlaku di sekililing saya, dan sekiranya ada cerita mengenai anda yang saya sentuh, maknanya anda adalah mereka yang dekat dengan saya. Walau bagaimanapun, sekiranya ada yang mengguris hati, saya mohon kemaafan. Saya cuba belajar daripada kesilapan dan membaiki diri.
 
Selamat pulang ke kampung, dan hati hati ketika memandu.

Ramadhan ke 27 : Update on Imran

Assalamualaikum!

Ada kawan yang tanya kat saya tentang Imran. Saya ada received gambar Imran baru-baru ni, soo...let's update.

Ada gambar :



Yay...Imran pakai cermin mata. Tapi ye lah, baby kan, manalah dia tahan nak pakai glasses lama lama. Tapi memang ada improvement lah mata Imran sekarang, dia boleh la nampak orang di sekelilingnya. Tapi sebab dia tidak boleh bercakap lagi, kita tidak boleh lah nilai quality penghlihatan dia. 

Kami sekeluarga terus berdoa untuk Imran. Semoga ada progress, insyaa allah. Semoga Allah pulihkan penglihatan dia, semoga Imran dapat melihat ibu, ayah, abang dan adiknya. Semoga Imran boleh membaca, boleh membaca al-quran, boleh melihat gunung, boleh melihat lautan....semua itu adalah mudah bagi Allah sekiranya dia menghendaki. Amiiiin.

Thursday, July 24, 2014

Mimpi di Pagi Ramadhan

Saya suka bulan Ramadhan tetapi ada satu cabaran yang agak besar buat saya iaitu : saya asyik mengantuk! Especially while driving. Infact, saya pernah terlena sekali tu waktu memandu. Bila tersedar, mak tuan, berdebar rasa hati...terus call encik suami. Dah la saya bawak kete baru pulak waktu tu.
 
Encik suami sian kat saya kut, jadi dia adalah hantar dan ambil saya a few times waktu puasa ni. Contohnya, macam semalam, yup, dia hantar saya pagi semalam. Sebab tidak perlu memandu, saya pun sempat la lena lena ayam semasa dalam kereta...heee, kalau memandu, jenuh saya nak hilangkan mengantuk tau, siap menjerit la, basuh muka la....memang rasa macam nak tongkatkan mata tu bagi tidak tertutup.
 
Anyway, setelah sampai ofis, saya masuk bilik dan sambung tidur. Saya duduk kat kerusi saya dan tidur dengan mengadap ke dinding cermin tu (macam tingkap la).
 
Entah macam mana, saya mimpi macam ini :
 
  • tiba-tiba, saya nampak salah sorang abang ipar saya tengah membersihkan cermin tingkap pejabat.
  • Saya tengok dia, tapi lepas tu, saya sambung tidur..posisi sama macam tadi, kat kerusi saya, facing the glass wall
  • Lepas lepas tu, entah macam mana, saya terjumpa abang ipar saya tu. Dia tegur saya dan kata :"Lain kali, jangan tidur mengadap glass wall macam tu, muka tu bukannya cantik sangat bila tidur ".
  • Saya waktu tu rasaaaaa....saya pun kurang pasti lah...dalam mimpi kan...ghase macam kelat kelat macam tu kut
  • Lepas tu ada sambung lagi, tapi tak ingat...
  • Tiba tiba, saya terjaga dan terkejut, ehhhh...mimpi rupanya...macam real aja.
 
Heh...dalam bulan puasa ni tak de syaitan kan...mimpi setakat mainan tidur ajalah tu.
 
Ok..itu aja pun ceritanya. Hari ni, saya berdoa semoga dipermudahkan urusan suami saya untuk berpuasa sebab kami tak bangun sahur pagi tadi...buat pertama kalinya tak bangun sahur setelah kahwin selama lebih daripada 8 tahun...di tahun pertama suami gastrik pulak tu....rasa bersalah sungguh.
 
Anyway, kalau Allah mahu mempermudahkan, semuanya akan berjalan lancar. Yakin dan berdoa!
 
Ok...jumpa lagi di lain post.

Wednesday, July 23, 2014

Hari Ini...23 Julai 2014

Hari ini.

Hari ini, seperti biasa, saya busy.

Dapat berita yang buat saya rasa saya nak lari jauh jauh. Tapi seperti biasa, cuba lah menjadi rasional dan doa semoga semuga boleh lupakan perkara tu cepat cepat. Mungkin terlebih emosi kut...wrong day

Ada meeting juga...huh...what a meeting.

Hmm...tapi ada juga perkara yang tak berapa baik berlaku, tapi perkara tu buat saya rasa lega.

Tengaharinya, saya rasa tak larat...tak larat...tolonggg.

Tapi kerja banyak.

Saya stop sat update blog ni...short one.

Satu peringatan untuk diri saya sendiri : What you give, you'll get back. Allah bayar cash sekarang...kena bersihkan hati saya ni....jiwa kacau

Hmmm...nak kena cari Primrose Oil lah...stock saya dah habis.

Ok...see you later alligator...