Assalamualaikum
Hari ini hari Isnin, 7 Januari 2019.
Saya di ofis dan hari ini sempat buat mesyuarat pertama sempena tahun 2019. Kami bercakap mengenai program tahun lepas, juga perancangan untuk program tahun ini. Saya hadkan perbincangan sehingga bulan Mac sahaja sebab kalau plan panjang sangat pun, susah nak follow up pulak kan.
Tapi, pada tahun lepas, itu jugalah yang telah berlaku di mana pada mesyuarat pertama saya telah berjanji untuk mengadakan mesyuarat ke 2, 3 dan 4. Hah, tapi itu lah, sebab sibuk, langsung tidak sempat meeting. Tapi, saya sering saja mengambil kesempatan untuk berbincang sewaktu minum pagi. Sampai budak-budak tu pun risau agaknya kalau saya join mereka minum pagi di pantry...habis ganggu sesi membawang mereka kan.
Saya ingin bercakap mengenai resolusi, yup, apa resolusi saya untuk tahun 2019.
Tapi sesungguhnya saya tiada resolusi. Tiada ghairah pun untuk ada resolusi (uwaa, guna perkataan ghairah tu).
Tapi saya mengharapkan/mendoakan tahun yang lebih baik buat saya, suami, keluarga, kawan-kawan, organisasi tempat saya bekerja, rakyat Malaysia seluruhnya serta rakyat di seluruh dunia.
Saya mengharapkan/mendoakan kesihatan yang baik buat saya dan suami, juga adik-beradik/keluarga/kawan-kawan, semoga dikurniakan rezeki yang baik, minda yang baik juga ibadah yang istiqamah bersama-sama iman yang meningkat.
Saya nak gembira. Saya nak bahagia. Saya mahu tenang dan dapat redha dengan segala cabaran yang mendatang. Saya mahu fikiran yang matang/bijak. Saya mahu jadi baik. Saya mahu menyumbang kepada kesejahteraan orang lain, sekurang-kurangnya dengan doa.
Dan saya mahu menjadi seseorang yang bisa membawa kebahagian/kegembiraan kepada orang lain.
Bila saya tengok balik apa yang saya mahu ini, ianya sangat kurang berkait kepada career saya kan. Risau pulak, tak berminat sungguh ke saya untuk bekerja ni...kena doa ni, semoga dipermudahkan semua urusan kerja saya, dan semoga semuanya dapat ditangani dengan lebih baik.
Dan semalam, kami mendapat berita yang keluarga kami sekali lagi menerima seorang baby lelaki yang telah dinamakan Abid Dayyan. Tahun lepas kami ada menerima 3 orang baby lelaki. Seorang bernama Aryan Mikail, yang dua lagi saya tak boleh recall pulak la waktu ni.
Semoga akan ada anak saudara yang akan berkahwin tahun ini, insyaa allah.
Okay lah people, di sini dulu saya berhenti.
No comments:
Post a Comment