Saturday, January 12, 2019

6,000 Langkah

Assalamualaikum.

Hari ini hari Sabtu, jam 8.15 pagi. Suami saya masih tidur dan saya pula tidak tidur semula selepas subuh tadi. Nope, tidak tidur semula selepas subuh bukanlah azam tahun 2019 saya, saya cuma tidak tidur semula hari ini, itu sahaja.

Hari ini saya mahu berkongsi mengenai aktiviti yang baru kami amalkan beberapa bulan lepas. Ianya bermula setelah kami  mengetahui tentang wujudnya satu application di dalam telefon kami yang namanya Samsung Health. Antara perkara yang application ini boleh buat adalah measure  the number of steps you make in a day. 

Application ini telah menjadi motivasi kepada kami untuk lebih berjalan pada hari minggu (hari minggu sahaja pulak unfortunately). Kami punya target adalah 6,000 langkah pada satu hari dan oleh kerana itu, kami mesti sekurang-kurangnya mencapai 12,000 langkah dalam satu minggu.

Saya cuba juga untuk mencapai target 6,000 itu pada hari lain, tapi saya tidak nafikan ianya adalah agak susah. 


Gambar di atas adalah gambar di mana kami telah mencapai lebih daripada 6,000 langkah. Bila tengok kami sudah achieve target, memang kami akan jadi sangat gembira, hiksss.

Bagi mencapai target 6,000 langkah itu, kami perlu lah pergi ke shopping centre di KK ini kerana kami perlu berjalan. Kami elakkan tempat panas , hikkksssss. Jadiii, kami akan pusing shopping centre ini pada setiap level sehingga kami sampai target.

Bila letih, kami cari tempat duduk dan berehat. Tidak lupa juga, kami cuci mata dan ada juga masanya, tershopping, ha ha ha. 

Kami juga selalunya lebih uptodate mengenai kedai apa yang baru buka, atau kedai apa yang sudah tutup di shopping centre di KK ni. Agaknya kami baru nak mengangkat diri sendiri jadi Datuk Bandar Simpanan KK kut....walau pun sedar diri tidak layak. Anyway, gambar di atas adalah gambar Tokbomo makan aiskrim Godiva, antara kedai terbaru di Imago KK. Sedapppp, tapi mahal. Boleh lah juga makan sebab kami kongsi kan.

Dan ini adalah gambar hiasan krismas di Imago KK. Cantik sebenarnya hiasan di Imago dan gambar ini does not give justice to it. 

Ini pula gambar anak Azah yang saya ambil di satu masa yang lain....yup, aktiviti hari Jumaat tengahari.

Yang ini pula hiasan krismas di Suria Sabah, lebih sederhana. Saya tidak pasti kenapa saya bersilat di dalam gambar itu. Selalunya kami tidak kisahpun nak bergambar, tapi mengenangkan yang tahun 2018 akan menjadi tahun terakhir kami melihat hiasan krismas di KK, kami pun ambil lah gambar ni.

SURIA Sabah memang tempat kami lepak di KK sebab kami akan bersarapan pagi di Mc Donalds yang terletak di sini pada setiap hari minggu. Setelah breakfast, kami akan memulakan program 6,000 langkah kami. Kami selalunya akan melakukannya di sini, dan kadang-kadang ke Imago.

Ada juga satu kali itu, kami telah berjalan kaki daripada Suria Sabah ke Kedai Jamilah, yang menjual mutiara untuk menunaikan pesanan orang.

Kami pergi dan beli...



Masaalahnya, bila nak beli orang punya, kemungkinan saya akan terbeli saya punya tu adalah tinggi.


Ok lah people...saya nak mandi, dan akan pergi breakfast di McDonalds and continue with our 6,000 steps program.

Have a good weekend!



Thursday, January 10, 2019

Percutian Singkat di Kuching, Oktober 2018

Assalamualaikum.

Hari ini hari Rabu, 9 Januari 2018. Saya bekerja seperti biasa, ada mesyuarat pada petangnya dan pada waktu pagi kami sibuk menguruskan beberapa program yang akan diadakan pada minggu ke 4 bulan Januari. Keadaan masih tidak terlampau sibuk, tetapi saya menjangkakan keadaan akan kembali sibuk (full swing) pada bulan 3.

Seperti yang kami telah putuskan di dalam mesyuarat kami pada hari Isnin, kami akan buat program kami seperti biasa dalam bulan Jan dan Feb kerana pada bulan-bulan seterusnya, kami mungkin terpaksa lebih memberi penumpuan keatas program yang datang daripada HQ. Kami menjangka yang akan ada lebih lawatan dan program-program kecil, yang mungkin akan diadakan di ofis kami sahaja.

Sewaktu saya scroll gambar yang ada untuk post-post sebelum ini, terdapat agak banyak gambar percutian kami di Kuching (semua gambar dari handphone sayalah, yang dari handphone suami saya tidak nampak pulak). Saya saja-saja mulakan nama fail gambar dengan "Kuching" agar senang untuk saya mencari dan susun kemudian. And yup, since the photos are all there, sorted, I decided to import it in, sort again and make a post out of it. 

Sebenarnya bercuti ke Kuching, Sarawak memang ada di dalam perancangan kami semenjak kami tinggal di Sabah, maklumlah, jaraknya sudah menjadi hampir separuh perjalanan jika di bandingkan dengan perjalanan daripada Kuala Lumpur. 

Sebenarnya saya menghadapi masalah untuk  merancang percutian kerana ada banyak urusan kerja yang di luar jangka. Walau bagaimanapun, pada satu hari Jumaat yang syahdu iaitu pada 19 Oktober 2018, saya simply decided untuk pergi ke Kuching pada hari esoknya, 20 Oktober 2018. Saya book tiket untuk ke Kuching dan minta tolong Azah untuk book hotel. Konon nak duduk Pullman, ohhh, mahal bebeno, dekat 1k. Kalau RM600 tu boleh lagi saya fikirkan. 

Check juga Hilton, tapi akhirnya kami mengambil keputusan untuk tinggal di Hotel Margherita. Itu adalah keputusan yang sangat betul kerana lokasinya sempurna dan lain-lainnya ok, lebih-lebih lagi kerana kami end up tidak sempat untuk menikmati hotel sangat sebab penat berjalan. 

Kami juga ada meminta rakan satu agensi di Kucing untuk menguruskan kereta sewa. Malangnya mereka tidak dapat untuk memberikan harga yang sesuai. Kami pasrah aja, kami fikir worst case, kami akan naik grab...hiks...it is about time to brush up our "Grab" skill. 

Hmm...setelah selesai membuat preparation sikit-sikit tu (hubby was requested to find out information on places to go and also places to eat), pada pagi Sabtu, kami telah bangun subuh dan tidak tidur balik lah. Kami terus ke airport dan park kereta di airport.

We had breakfast at the airport lepak dan naik flight.


Ahaaa...dalam flight. Itu muka excited keee...saya pun tak pasti. Sebab dah lama sangat, saya pun tak ingat sama ada kami ada order makanan atau tidak, tapi saya ingat keadaan adalah agak sejuk dan rupa-rupanya memang cuaca adalah hujan di Kuching.

Sampai di Kuching Airport, kami memang tiada arah tujuan, tapi kami nampak tempat kereta sewa jadi kami terus menuju ke kaunter tempat kereta sewa itu.

Saya tanya apa kereta sewa kereta termurah yang auto dan aircond nya baik. 

Mereka terus jawab "ada puan, kereta proton auto, RM80 sehari". Ahaaa, set...terus ambil (semalam kami dapat offer Myvi RM140 sehari baahh).

Lepas itu, saya minta inputs daripada mereka on places to go since suami saya macam lost sikit waktu tu. Based on their advice, we decided to go to Sarikin that day and we will be going to Cultural Village on the next day.


Gambar di atas adalah gambar saya menunggu kereta sewa di airport Kuching yang di ambil oleh seseorang yang terpaksa berada dalam jarak sekurang-kurangnya 3 meter untuk merokok .

Perjalanan daripada airport Kuching ke Sarikin adalah lebih kurang 1 jam setengah. Tapi perjalanannya adalah agak menarik kerana kampung-kampung di Kuching adalah lebih kemas dan kurang tinggi lalangnya, hiks.

Sarikin adalah pasar minggu yang dibuka hanya pada hari Sabtu dan Ahad. Saya rasa penjual di sini adalah rata-rata orang Indonesia.


Ini adalah antara barangan yang dijual. Baju batik dan barang tekstile yang lain. 

Juga barangan hiasan rumah seperti ini

Buah-buahan dan kerepak-kerepek juga. Perjalanan sepanjang pasar di Sarikin ini adalah lebih kurang 1.5 km. Oleh kerana itu, di Sarikin sahaja, kami telah berjalan kaki hampir 3 km.

Di hujung pasar, ada orang yang menjual sayur mayur yang segar bugar. Kalau boleh memasak memang akan saya beli sayur mayur ini. Tapi kami beli juga ada satu sayur tu...

Yup...nampak petai segar, tidak boleh tahan, beli juga seikat.

Banyak ni harganya RM4, murah tuuu. Kami tidak lah membeli banyak sangat, tapi saya ada beli kain batik dan minyak angin roll on Indonesia tu, bagus tu untuk hilang-hilang sakit kepala ke apa.

Bila sudah selesai, kami merasa lapar dan adik di kaunter kereta sewa di airport Kuching memang sudah berpesan untuk kami makan kedai makan yang terletak di luar pasar Sarikin.

Makan nasi ayam...not bad. Mula-mula kami beli satu set aja sebab suami saya tak pasti sama ada dia boleh makan atau tidak. Bila lulus, kami minta satu lagi nasi tambah, tapi memang waktu makan ni dan suami saya habiskan 90% daripada portion nasi tu. Saya tidak berapa perasan sehinggalah pada petangnya bila saya merasa pelik sebab saya memang rasa lapaqqqq. Haihh.

Balik daripada Sarikin, kami terus ke Kuching untuk check in hotel. Kami guna google map ye, senang aja pun.

Sampai, kami pun masuk hotel dan kami sangat gembira sebab bilik kami menghadap Sungai. Alhamdulillah.

Kami berehat, solat (suami sempat lena) dan lepas itu kami keluar berjalan.

Hotel kami, kami boleh keluar ikut swimming pool dan berjalan di sepanjang sungai.

Antara mural yang ada

Hah..bangunan ini....lupa dah namanya

Kami juga memanjat jambatan yang di belakang tu. Berpeluh-peluh ketiak lah kami berjalan. 

Kami mahu mengambil boat ride dan telah membeli tiket. Perjalanan hanya akan bermula pada jam 6.00 petang jadi kami telah pergi makan dahulu.

Kami makan ini. 

Cucur ikan bilis rasanya. Waktu ini lah saya berasa sangat lapar dan suami tidak faham dengan tahap kelaparan saya. Saya tengok cucur ni rasa nak menangis sebab rasa memang tak cukup...ha ha ha, teruk bahana lapar ni.

Bila tiba masanya, kami telah naik bot ini

Kami awal, jadi kami boleh memilih tempat


Depa hidang kek lapis ini dan kami terus makan sampai habis sebab lapaqqq lagi.

Sudut lain. Tengok kek tu dah habis semuanya.

Hampir 2 jam trip naik bot ni, sampai mengantuk-ngantuk juga lah. Sebab cuaca hujan, panorama matahari jatuh tidak kelihatan.

Ada pertunjukan tarian kebudayaan juga atas kapal ni, tapi kami dah kurang mood sebab penat dan lapar.

Lepas turun kapal, kami cari tempat mahu makan, tapi orang macam terlalu ramai dan semua tempat adalah penuh. Ada live show juga di satu tempat tu, tapi hanya akan bermula pada jam 9.40 malam. Gila ke apa kan, kami dah penat tahap gaban waktu tu.

We decided not to wait for the show and go back to the hotel. Tiba-tiba hari hujan pulak. Hmmm...kami pun berlari pergi ke kaki lima kedai untuk mengelakkan basah, sambil tengok-tengok t-shirt dan beli juga. Lepas tu kami berjalan balik sambil berlari-lari di dalam hujan.

Sampai hotel, saya terus mandi, solat dan duduk dalam selimut. Suami saya sudah tidur terus pun waktu tu. Kami ingatkan nak tengok Gegar Vaganza, tengok dalam lena sajalah rupanya.

Rupanya suami saya bangun dalam jam 12.00 malam, mandi, solat dan buat kopi dan rasa lapar. Dia makan ada satu keropok ni, yang memang saya buat bekal.

Dan saya...boleh bangun pula dan join dia minum sebab lapaq. Rupa-rupanya kami telah berjalan lebih 13 km hari itu. Dengan cuaca panas lagi, itu lah yang membuat kami pengsan dua-dua orang. Tapi okay lah juga sebab kami tiada masalah nak tdoq malam tu. Legaaaa

Esok pagi nya kami bangun breakfast dan pergi berjalan-jalan di tepi sungai. Banyak aktiviti di tepi sungai ini seperti jog, naik basikal, lepak ataupun menjalan ikan/udang. Maksudnya, sungai ini memang sangat penting dalam kehidupan seharian rakyat Kuching.

Selepas itu kami naik kereta dan kali ini suami in charge. Dia kata, jom pergi ke Port Marghareta yang terletak di seberang sungai. Perjalanan ke seberang sungai tu sangat menarik dengan kampung-kampung di tepi sungai yang cantik. Jalannya juga besar malah round aboutnya juga sangat besarr.

 
Kami belajar sejarah di Port Marghareta.


Baru saya tahu bagaimana Brooke boleh menjadi Raja. Saya pelik juga sebenarnya bagaimana penduduk tempatan boleh menjemput orang asing seperti Brooke untuk menjadi raja. Mesti hebat mengayat Brooke ni.

Tapiii, berkat kepimpinan Brooke, saya boleh katakan yang keseluruhan Kuching adalah cantik, kemas dan well maintained, seperti tempat orang putih. Yup...Kuching adalah bandar yang lebih bersih.

Selepas itu kami guna google map untuk ke Kampung Budaya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.


Naik jambatan buluh..gambar saya ada di kamera Shuk...

Kawasan ini di kelilingi gunung di belakang itu, jadi ianya adalah menarik

Ada banyak rumah seperti di belakang itu. Setiap rumah itu ada banyakkkk tangga. Oleh kerana itu, orang tua mungkin tidak sesuai datang kerana aktiviti memanjat tangganya bukan sikit-sikit. Lagi satu, sila pakai kasut yang sesuai. Saya ada nampak wanita yang akhirnya terpaksa membuka kasut tingginya sebab sakit kaki.

Dengan suku kaum Penan


Hah...lagi contoh tangga. Rasanya Shuk naik hampir semua tangga. Saya naik juga, tapi yang menakutkan seperti ini saya kurang berani.


Ahaaa, ada satu rumah tu, Shuk naik ke atas siling macam ini dan dia kata dia rasa seram. Rumah yang lain okay aja dia kata, cuma rumah yang itu saja dia rasa meremang sikit.

Berjalan di Kampung Budaya ni pun telah menyebabkan kami berpeluh sakan. Yup, naik turun tangga di sini.

Selepas itu kami telah ke seberang jalan ke Pantai Damai. Kami makan nasi goreng dan minum air yang sedap di situ. Seperti biasa, kami berkongsi makanan, tetapi saya pastikan saya makan hari ini supaya tidak kelaparan seperti semalam. 

Lepas itu kami balik, park kereta di hotel, solat, dan turun semula untuk pergi naik bot seringgit untuk ke seberang sungai.

Dalam bot seringgit...tak sempat nak feeling dah sampai.

Kami pergi beli kek lapis dan minum/makan di gerai. Saya makan laksa sarawak yang saya rasa sedap. Di gerai itu juga ada karaoke di mana orang-orang tidak putus-putus menyanyi. Ramai yang suka menyanyi lagu Indonesia yang panjang dan sedih2 tu kan. Saya paling suka bila seorang lelaki ni, pakai jubah siap janggut lagi, sekali dia menyanyi lagu "Johnny came lately"...haaa....lagu tu aja yang saya suka. Yang lain tu saya buat gelak-gelak aja.

Lepas tu kami naik semula bot RM1 untuk balik ke seberang sungai dan menikmati pemandangan senja. Cantik lah juga suasana sunset nya, tapi saya sudah malas untuk cari gambar yang telah di ambil. Sebelum balik Shuk pulak makan di salah satu gerai tepi sungai. Saya rasa makanan di Sarawak not bad, boleh makan semuanya.

Lepas itu kami balik ke hotel dan sekali lagi kami telah berjalan dalam 11 km. Due to that, kami tak tunggu lama, mandi, solat, zoom...tidoqq lenaaa.

Esoknya kami bangun dan breakfast. Saya sempat merasa makan mee kolok sewaktu breakfast di hotel. Shuk kata mee kolok tu rasa macam maggi goreng. Heee, betul juga kut. Saya cuma berpendapat yang rasa laksa sarawak adalah lagi sedap. Hikss.

 Selepas breakfast, kami berjalan di tepi sungai, dan pergi bergambar di depan patung kuching yang tidak jauh daripada hotel kami menginap.




Lepas itu kami lepak sat, check out dan pergi ke kedai menjual pasu. Kami ada beli satu pasu Sarawak untuk kenangan.

Sampai di airport, kami mengalami keadaan kelakar di mana kami terpaksa susun barang betul-betul supaya tidak exceed our 15 kg punya had berat barang. Pening kami untuk bawa barang keluar dan masuk beg, haihhh.

Di airport, kami solat, makan dan minum kopi dan balik KK.

We had a good time in Kuching indeed. Kami juga baru faham tentang sejarah pemerintahan Raja Brooke di Kuching. 

Okayy...di sini dulu people. Kita jumpa lagi di lain post.

Tuesday, January 8, 2019

Mimpi

Assalamualaikum.

Hari ini 8 Januari 2018.

Semalam, tidak tahu kenapa, saya dan suami tidur awal di depan tv, seperti kena tembak, seorang di atas sofa, seorang di atas lantai.

Saya rasa saya tahu kenapa saya rasa penat. Walau bagaimanapun juga hati rasa berdebar-debar, bagai kan ada sesuatu yang tidak kena. 

Bila tidur di atas sofa, saya tahu saya mimpikan sesuatu yang membuat saya tidak senang, tapi saya tidak boleh recall apa mimpinya, sebab ianya tidak jelas.

Walau bagaimanapun, dalam jam 1.00 pagi semalam, saya telah terjaga dari tidur saya di atas sofa dan telah mengambil keputusan untuk naik tidur di bilik. Haaa...bila tidur di tempat yang selesa, baru lah jelas sikit masalah yang di hadapi di dalam mimpi saya.

Rupa-rupanya saya bermimpikan yang saya telah balik ke HQ dan berasa sangat keliru dan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri. Saya juga telah sesat dan tidak pasti saya di tingkat mana di ofis saya di KL.

Haihhhhh...itu kah perkara yang meresahkan saya selama 2-3 hari kebelakangan ini? Saya memang ada masalah di mana jauh di sudut hati, ada kerisauan yang mendalam, tetapi saya tidak sedar dengan kerisauan itu.

Saya telah bercerita dengan Tokbomo mengenai mimpi saya itu dan turut berkongsi mengenai kerisauan/keresahan saya. Tokbomo relax aja. Dia kata "Dulu nak datang ke Sabah pun Cikbib takut juga kan? Tapi lepas tu okay aja kan? "

Mungkin suami saya betul. Saya ni memang saspens lebih. Tak pe, ubat untuk kerisauan ini adalah berdoakan kepada Allah, minta ketenangan dan permudahkan semua urusan. Senang aja bila tahu puncanya.

Dan pagi tadi, suami saya dengan bersemangat telah memanaskan lauk semalam, juga nasi semalam dan goreng telur mata kerbau dua bijik.

Untuk pengetahuan semua, saya telah masak asam pedas ikan merah yang suami saya kata "perfect". Hikssss.

Suami saya baru belajar makan asam pedas, sebelum ini dia tidak pandai untuk menikmati kesedapan asam pedas. 

Saya share gambar breakfast pagi tadi yee...



Okay people...di sini dulu.

Selamat Datang 2019

Assalamualaikum

Hari ini hari Isnin, 7 Januari 2019. 

Saya di ofis dan hari ini sempat buat mesyuarat pertama sempena tahun 2019. Kami bercakap mengenai program tahun lepas, juga perancangan untuk program tahun ini. Saya hadkan perbincangan sehingga bulan Mac sahaja sebab kalau plan panjang sangat pun, susah nak follow up pulak kan.

Tapi, pada tahun lepas, itu jugalah yang telah berlaku di mana pada mesyuarat pertama saya telah berjanji untuk mengadakan mesyuarat ke 2, 3 dan 4. Hah, tapi itu lah, sebab sibuk, langsung tidak sempat meeting. Tapi, saya sering saja mengambil kesempatan untuk berbincang sewaktu minum pagi. Sampai budak-budak tu pun risau agaknya kalau saya join mereka minum pagi di pantry...habis ganggu sesi membawang mereka kan.

Saya ingin bercakap mengenai resolusi, yup, apa resolusi saya untuk tahun 2019.

Tapi sesungguhnya saya tiada resolusi. Tiada ghairah pun untuk ada resolusi (uwaa, guna perkataan ghairah tu).

Tapi saya mengharapkan/mendoakan tahun yang lebih baik buat saya, suami, keluarga, kawan-kawan, organisasi tempat saya bekerja, rakyat Malaysia seluruhnya serta rakyat di seluruh dunia. 

Saya mengharapkan/mendoakan kesihatan yang baik buat saya dan suami, juga adik-beradik/keluarga/kawan-kawan, semoga dikurniakan rezeki yang baik, minda yang baik juga ibadah yang istiqamah bersama-sama iman yang meningkat.

Saya nak gembira. Saya nak bahagia. Saya mahu tenang dan dapat redha dengan segala cabaran yang mendatang. Saya mahu fikiran yang matang/bijak. Saya mahu jadi baik. Saya mahu menyumbang kepada kesejahteraan orang lain, sekurang-kurangnya dengan doa.

Dan saya mahu menjadi seseorang yang bisa membawa kebahagian/kegembiraan kepada orang lain.

Bila saya tengok balik apa yang saya mahu ini, ianya sangat kurang berkait kepada career saya kan. Risau pulak, tak berminat sungguh ke saya untuk bekerja ni...kena doa ni, semoga dipermudahkan semua urusan kerja saya, dan semoga semuanya dapat ditangani dengan lebih baik.

Dan semalam, kami mendapat berita yang keluarga kami sekali lagi menerima seorang baby lelaki yang telah dinamakan Abid Dayyan. Tahun lepas kami ada menerima 3 orang baby lelaki. Seorang bernama Aryan Mikail, yang dua lagi saya tak boleh recall pulak la waktu ni.

Semoga akan ada anak saudara yang akan berkahwin tahun ini, insyaa allah. 


Okay lah people, di sini dulu saya berhenti.

Sunday, January 6, 2019

Goodbye 2018

Assalamualaikum.

Hari ini 6 Januari 2019 dan facebook telah remind kami tentang apa yang berlaku pada tarikh yang sama tahun lepas. Yup, pada hari ini di tahun 2018, kami beramai-ramai telah berarak di hari pernikahan Adli dan Adila di Melaka. Alhamdulillah, sudah setahun mereka kahwin dan bakal menerima anak dalam tahun ini.

Sudah 6 hari kita di tahun 2019 dan rasanya masih tidak terlalu lambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru, juga selamat jalan 2018. Please be kind 2019. Saya mengharapkan 2019 juga tahun-tahun seterusnya sebagai satu tahun yang membahagiakan buat saya, keluarga, rakan2 juga para pembaca semua. 

Sebelum saya pergi lebih lanjut ke tahun 2019, saya ingin membuat ringkasan/penutup sedikit mengenai tahun 2018. 

Tahun 2018 telah dimulakan dengan percutian kami di Semenanjung sempena perkahwinan Adli dan Huda. Selepas itu, kami ada balik pada hari mengundi dan hari raya puasa. Tiket kami untuk balik semasa hari raya korban tidak dapat kami gunakan kerana bos besar saya datang pada minggu selepas hari raya korban tu.

Boss saya datang pada bulan September dan sesungguhnya, dalam tempoh lebih 3 tahun saya di KK, inilah kali pertama boss saya menjejakkan kaki Sabah. Ada beberapa perancangan untuk beliau datang melawat Sabah dalam tahun 2015, walau bagaimanapun ianya terhenti kerana sebab-sebab yang memang tidak dapat dielakkan.

Dan, oleh kerana boss mahu datang, saya telah menyambut hari raya aidil adha tahun 2018 dalam keadaan kurang semenggah. Hah...bukan lah tidak semenggah macam mana sangat, tetapi membuat perancangan juga menyediakan semua inputs adalah memenatkan. Jadinya, pada hari raya itu, saya telah buat diam sahaja di rumah, tidak menjemput kawan saya datang dan saya tidur. Yup...tidur untuk mendapatkan semula tenaga yang telah keluar, juga tidur untuk menyimpan tenaga yang perlu di gunakan pada minggu selepasnya.

Tapi alhamdulillah, all went well. Kedatangan boss juga telah memberi peluang saya pergi ke Pejabat CM Sabah, perkara yang belum pernah saya lakukan semasa kerajaan terdahulu. 

Ada gambo you allss..

Ahaaa...dalam tahun 2018, saya berpeluang berjumpa dengan YAB Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sebanyak 4 kali. Saya tidak pasti YAB ingat dengan saya atau tidak, tapi saya ingatlah yang saya pernah pergi berjumpa YAB 4 kali...hiks.

Yang ni pulak bergambar dengan boss. Kawan-kawan ofis yang lain ada bergambar selfie dengan boss, saya segan. Dah la tak pandai selfie kan, mahu senget benget gambo kalau saya yang selfie, so, tak payah lah selfie.

Ahaa, selepas boss datang, kami memang bertambah sibuk dengan makna saya bekerja hampir 7 hari seminggu. Ini berlaku kerana Menteri baru Kementerian kami berasal dari Sabah serta Menteri MTI di Sabah juga sudah berubah, jadi ada hanyak perkara baru.

Oleh kerana ada Menteri baru dari Sabah, maka mesti lah ada gambar dengan Menteri kan...soooo..

Gambar di atas diambil semasa Seminar Industri Aeroangkasa di KK pada bulan Oktober.

Yang ini pula gambar muka melengas kerana aktiviti kami bermula sejak pagi dan berakhir hampir hampir 11.00 malam. Ada kawan-kawan dari MTI, Matrade dan MITI. Yang ini di ambil dalam bulan September 2018.

Ini di ambil dalam upacara makan malam yang sama seperti di atas. Kami ambil gambar dengan officer minister yang ex TV3 tu.

Gambar di atas pula adalah bersama-sama Menteri MTI Sabah, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau. Gambar ini masuk local Sabah newspaper...

Saya juga paling banyak travel di sekeliling Sabah tahun ini. Saya rasa macam airport2 di Sabah tu macam rumah ke 4 la pulak.(rumah ke 2 ofis, rumah ke 3 shopping centre, hiksss). But yeah, I did travel around Sabah a lot.

Saya sempat re-visit Kudat yang cantik dann...

Yup, terjoin kerja-kerja kempen BN waktu ni. A good experience, tapi saya singgah sekejap sahaja, bila saya perasan agendanya telah bertukar, lepas tu terus belah.

Saya sempat pergi Semporna, alhamdulillah..

Ini antara gambar yang saya ambil di pulau yang saya lupa namanya...saya mahu ambil a kelibat Sipadan Island, pulau yang nampak kecil di sebelah kanan tu. 

Gambar yang saya ambil tidak mampu menggambarkan kecantikan Semporna. Air lautnya jernih seakan kita berada di dalam akuarium. Insyaa allah saya akan pergi lagi ke sini.

Saya juga beberapa kali pergi Labuan.

Pergi Labuan kena lah ambil gambar di atas kapal..

Ahaa, berpeluang pakai baju ni kat Labuan juga. Alhamdulillah celus masuk bajutu, kalau tak, hmmm...

Datuk Ahmad Maslan masak mee di Labuan...ini berlaku pada bulan Feb 2018.

Saya ada pergi Sandakan, untuk beberapa program dan mesyuarat...

kenalah bergambar di sini

Yup, bersama-sama kawan-kawan Sabah saya, kami buat lawatan kilang di Sandakan.

Dan gambar ini, yup, tiba-tiba mereka ada buat birthday celebration untuk HOD yang lahir bulan Jan-Mac...merasalah...hiks

Seterusnya saya ada buat presentation...saya share a few pictures lah ye..

Presentation for a programme called "Creating Millionaires Among Young Women Entrepreneurs"

Bersama participants

Programme ini baru saja berlangsung pada 17 Disember 2018, ada lebih kurang 200 participants.

Sempat bergambar dengan separuh daripada team yang datang daripada HQ

Yup, program 17 hb tu telah masuk Sabah local Newspaper

Ada juga program kecil-kecilan yang kami buat di ofis macam yang ini...

Program ini ada lah program bersama Hotel Players di Sabah.

Dan banyak lagi sebenarnya...saya dah penat ni, jenuh scroll cari gambo.

Anyway, 2018 was an interesting year. Walaupun penat, saya tetap bersyukur sebab di beri kesihatan juga wisdom dan team yang baik untuk menghadapi segala yang mendatang. Anddd...jangan lupa...Tokbomo saya. Yup, Tokbomo saya yang sentiasa cuba memahami kerja saya, sentiasa membantu juga dan sentiasa memudahkan.

Satu lagi, doa...saya rasa doa ni memang sangat penting dan sangat membantu lebih-lebih lagi dalam menangani stress. Kita juga mesti belajar memaafkan diri sendiri, juga orang lain dan cuba menjadi positif (walau pun dalam hati tuhan yang tahu).

Saya sudah tidak larat untuk mencari gambar dan bercerita...saya nak share gambar-gambar menarik sikit..

Saya dengan kawan-kawan baik saya di Sabah...di kiri sekali tu, Mr Patrick, Azizi, Hijri, saya, Rashid, Mr Melvin dan Sudirman. They are my good friends, yang selalu membantu saya dalam menjalankan kerja-kerja saya di Sabah.

Oh ye dalam tahun 2018 saya sempat jumpa.....

Cik Min...dua kali jumpa sebenarnya, yang sekali lagi tu tak jumpa pulak gambonya.

Ahaaa...saja letak, saya dengan kakak saya, berjumpa satu malam tu di the Gardens...sebab saya perlu pergi melawat lembu esoknya di Pahang

Jumpa juga dengan Dr Nora, kawan baik saya dari form 1- form 5.

Ohhh...ini gambar lembu jantan (bull) yang saya lihat di Bandar Muadzam Shah, Pahang.....oh myyy...baru saya tahu macam mana jantannya mereka. They are soooo proud dan menakutkan. 

Makanan yang dihidangkan sewaktu saya melawat Pahang....ada ikan patin dan udang galah. Saya memang menyinsing lengan makan.

Saja nak letak kenangan dengan kawan-kawan MITI untuk satu program di Politeknik KK. Waktu ni BN masih memerintah.

Haaa...gambar naik bot di Semporna...sakit montot naik bot ni

And last, but not least...sunrise di Kudat

Ok you alls...itu sahajalah dulu. Have a happy weekend.