Assalamualaikum
Mari kita sambung cerita Pijah's KK trip.
Pada 12 September 2018 (hari Rabu petang, waktu hampir Maghrib), saya telah menerima message yang meminta saya menyertai mesyuarat pada 13 September. Saya terpaksa membatalkan cuti saya pada 13 dan 14 September kerana perlu menyertai mesyuarat tersebut juga turut sama menyertai lawatan ke Sipitang pada hari Jumaat.
Sedih juga saya, tapi ye lah, kita merancang, Allah yang menentukan, jadi saya mengambil positif perkara ini. Mungkin ini adalah masa yang baik untuk Pijah menghabiskan masa dengan keluarga serta memberi mereka peluang untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman baru.
Jadi, esoknya saya pergi ofis (saya lupa apa yang saya sediakan untuk breakfast) dan Pijah dapat peluang berdangdut dengan keluarganya.
Saya di maklumkan yang mereka re-visit Dataran Todak untuk tangkap gambar. Selepas itu, mereka lapar dan telah google tempat makan dan dapat nama restoran "Lengkuas". Mereka pun pergi Lengkuas untuk makan nasi campur...
Mula-mula saya marah juga sebab mereka tidak bertanya dengan kami mengenai tempat makan yang sesuai. Tapi saya rasa kelakar pun ada sebab saya fikir, baru lah interesting sikit kan, sebab kalau kami yang bawa, semua tempat yang elok-elok aja.
Suami saya pula telah gelak berdekah-dekah bila tahu Pijah pergi Lengkuas. Untuk orang Sabah, Lengkuas tu kira ok, tapi untuk orang Semenanjung, mungkin banyak sikit soalannya.
Selepas makan, mereka ke Teluk Likas kerana budak-budak tu mahu main pasir dan minta untuk pergi playground. Pantai Teluk Likas adalah pilihan yang tepat kerana pantai ini memang well maintained serta ada kemudahan playground. Walau bagaimanapun, air lautnya adalah agak keruh kerana muka bumi yang berteluk itu.
Pijah pun kata they had a good time at Pantai Teluk Likas.
Ahaa, mereka ada singgah juga membeli air teh sedap, yang mereka kata boleh laaa, kira sedap laaa.
Haaa...muka gembira main, yup, this is Irfan
Iman
Imran. Waktu ini Imran punya glasses sudah hilang
Main pasir.
Mereka terpaksa balik bila saya call dan minta mereka fetch saya di ofis.
Mereka pergi masjid untuk solat dulu
Selepas itu kami pergi ke Tanjung Aru, menengok kapal terbang berlepas dan mendarat. Ini adalah aktiviti yang sangat best sebab airport KK ni sibuk, dalam jarak setiap 5 minit, akan ada kapal mendapat/berlepas.
Walau bagaimanapun, gambar aktiviti kapalterbang tu susah untuk di ambil. Saya letakkan saja gambar budak-budak ini lepak tengok kapal terbang dari belakang kereta mereka.
Selepas itu, kami pergi ke Pantai Tg Aru untuk melihat sunset. Malangnya, hari hujan, jadi kami terpaksa masuk kereta semula dan balik rumah.
Malam itu, kami telah ke Anjung Senja untuk makan malam.
Kami order ini...and they like it
They ordered lobster...
Ikan steam dan ada menu lain yang saya sudah hilang dari memori saya, ha ha ha.
Esok paginya (14 September) saya telah keluar awal daripada rumah untuk ke SIPITANG.
Pijah and the gang pula pergi ke Pulau Manukan.
Hah, gambar di jeti menunggu bot.
Dalam bot...Imran tak nampak pulak dalam gambar ini.
Sampai di Manukan
Yay, pakaian macam hebat betul
Tapi mereka enjoy main pasir
These two went for a snorkelling.
Pijah pergi island hop tu agak lewat, hujan pulak, oleh sebab itu, mereka balik ke tanah besar lambat lah sikit. Saya sempat sampai dari Sipitang, ambil mereka daripada Jesselton Point dan pergi makan.
Kami belanja mereka goreng pisang cheese yang ini pulak, yang menjadi favourite ayah Fizah (abang ipar kami, abang hatta). Bagi kami, ini adalah goreng pisang terbaik di KK sebab meggunakan brown sugar dan tidak terlampau manis.
Selepas makan, kami balik ke rumah, rehat, mandi.
Budak-budak sempat main di luar rumah...
Malamnya Pijah dating dengan Aznor pergi Filipin market. Bawak budak-budak tu pun tak de pekdah nya kan. Budak-budak tinggal dengan Tok Chu dan Wan Chu di rumah.
I took this photo from Pijah's facebook.
Esok paginya, saya bangun awal pagi dan masak asam pedas kosong seperti di bawah :
Saya masak nasi juga sebab mereka akan bertolak balik ke Semenanjung selepas zohor. Kenalah makan nasi kan, ye lah, ikut cakap orang tua-tua.
Sebelum pergi airport, mari tangkap gambar di depan rumah kami.
Bag yang telah beranak pinak. Untungnya dapat check in semua bag, jadi adalah agak mudah untuk Pijah bergerak tanpa bag di tangan.
Tangkap gambar dulu sebelum mereka masuk ke dalam. Waktu ni sedih jugak..
Dan gambar kami yang ditinggalkan....saya pakai baju merah saya sebab saya perlu pergi event pula (ada kerja).
Budak-budak tu di airport, asyik nak buat small love tu aja kan.
Dalam flight
Dan sayaaa...kena pergi kerja lepas itu. Tapi boleh gelak kan, kira ok lah tu.
Seperti biasa, selepas menghantar tetamu kami balik, suami dan saya akan terdiam untuk adapt balik dengan keadaan rumah yang sunyi. Kalau budak-budak tu ada, mereka akan sentiasa naik turun tangga rumah tanpa rasa letih.
Saya pun tak pasti siapa yang tangkap gambar di atas. Tapi itu lah pemandangan biasa sepanjang kehadiran mereka.
Untuk Aznor, Pijah, Irfan, Imran dan Iman, semoga percutian di Sabah menjadi kenangan indah di dalam hidup masing-masing. Sekiranya ada kekurangan, ampun dan maaf di minta. Semoga panjang umur dan ada rezeki kita untuk travel bersama-sama satu hari nanti.
No comments:
Post a Comment