Monday, December 24, 2018

Pijah's KK Trip, Kundasang dan Ranau

Assalamualaikum...yup, sambungan kepada cerita Pijah's KK Trip. 

Setelah balik daripada Karambunai pada hari sebelumnya, mereka siap boleh tengok wayang lagi pada malamnya, yup, mereka pergi menonton Munafik 2 di Suria Sabah kalau tidak silap. Pagi esoknya, apabila saya bangun untuk menyediakan makanan, sekali lagi budak-budak tu sudah bangun, tv pun sudah buka...salute lah budak-budak ni, berdisiplin, bangun awal (belum tengok depa buat perangai lagi kan).

Pagi itu saya masak nasi dan sambal ikan bilis. Kami makan dan sebab ada sedikit lebihan, saya tapau sebagai bekalan.

Haaa, gambar budak-budak tu lepak dengan Tok Chu, semua belum mandi lagi tu.

Yay, kami bertolak ke Kundasang pada jammmm...lupa lah saya jam berapa. Anyway, gambar ini di ambil untuk melaporkan kepada orang-orang di Semenanjung yang kami ada program ke Kundasang hari ini. Ada beberapa gambar yang telah di ambil, tapi ini lah yang terbaiknya. Yang lain tuuuu...goyang lah, saya tak lawa lah...ha ha ha.

Seperti biasa juga, kami akan singgah di Nabalu.

Snap lah gambar sikit. Pada waktu ini gunung memang tidak nampak langsung.

Lagi satu

Haaa...ini tempat wajib juga ni. 

Saya suka gambar yang ini, jadi saya nak letak juga.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan dan singgah pula di Kinabalu Park. Kami singgah untuk tangkap gambar, juga menggunakan toilet sebab toilet di sini semenggah sikit, walau pun boleh terkejut bila terkena air yang sejuk macam ais tuh.

The boys

A family potrait.

Lagi satu, Allah belum lagi beri rezeki untuk saya nampak gunung Kinabalu daripada sini...

My Imran...he loved it here, Imran juga telah membuat saya confuse apabila dia tiba-tiba membuat statement "eiii, awan tu bergerak laju lah".

Masyaa allah. Imran boleh melihat awan. Pada siapa yang telah mengikuti blog ini sejak awal, anda pasti tahu yang Imran mengalami sedikit masalah penglihatan. Masalahnya, Imran masih baby dan dia belum boleh communicate untuk memberitahu tahap penglihatan beliau. 

Saya cuma perasan, Imran boleh melihat sesuatu yang berwarna cerah seperti putih. Walau bagaimanapun, Imran kurang boleh nampak sekiranya objek itu berwarna gelap, seperti gunung Kinabalu.

Saya ingat lagi di mana antara doa saya untuk Imran adalah semoga dia bisa untuk melihata gunung, lautan, awan. Saya bersyukur kerana walaupun tidak semua, tetapi Imran ada idea tentang dunia ini. Saya redha dengan perancangan Allah, semoga Irfan, Imran juga Iman, sentiasa di dalam peliharaan Allah. Aaamiin.

Ohhh...ada gambar tuan tanah di sini..mana boleh tiada langsung kan.

Kami meneruskan perjalanan ke Ranau. Kami ke Sungai Luanti, tempat ikan tagal tu. 

Sewaktu mula-mula sampai, budak-budak itu macam takut, juga geli-geli. Walau bagaimanapun, selepas mereka sudah warm up, mereka siap pergi kejar pula ikan-ikan tu, sehingga basah-basah seluar. Mereka juga marah apabila siren untuk menyuruh mereka keluar dari sungai kedengaran. Merungut masing-masing cakap masa tak cukup.

Tapi saya legaaa...kalau dibiarkan dalam air tu, mahu basah lencun pulak budak-budak tu, depa bukan peduli pun,

Haaa, gambar satu aja, yang lain banyak video...they had a good time here.

Kami teringin untuk singgah dan minum di gerai-gerai yang terletak di luar kawasan ikan tagal tu. Walau bagaimanapun, oleh kerana semua gerai penuh, kami telah membeli goreng pisang/cempedak di sini.

Haaa, pada waktu ini lah saya dengar Iman buat remark mengenai goreng cempedak yang dijual di situ. Iman kata "sedap Wan Chu punya lagi".

Ha ha ha ha... buat sendiri mestilah lagi sedap.

Setelah itu kami ke Pines Resort, tempat kami bermalam.

Selepas solat, kami makan...

Tak tahu lah, tapi nasi yang sedikit tu lah yang mereka rebut kan...sampai habis. Sampai sambal tumis ikan bilis tu habis dan tiada balance untuk makan malam. 

Yang penting happy kan

Malamnya kami makan malam.

Lepas tu kami sempat membeli belah di kedai runcit Pines Resort dan balik ke bilik masing-masing. Saya dengan suami memang terus lena lepas tu...memang pantang jumpa katil kan.

Esok pagi, saya bangun awal dan dengan berdebarnya mengintai ke luar untuk memastikan sama ada gunung Kinabalu kelihatan atau tidak...alhamdulillah nampak jelas.

Saya terus kejutkan Pijah...dia mesti nak mekap kut, nak tangkap gambo kan.

Saya keluar dulu...berjalan-jalan dan pastinya belum mandi lagi.

Selepas itu, Pijah, juga anak-anak sudah bangun dan bergambar

opppsss...kasi can lah kat kami selit gambar kami sikit kan

Mereka...I love this

The boys...semua belum mandi lagi...

Selepas itu kami pergi minum pagi

Tempat minum pagi sudah di tukar ke bawah. Nasib baik lah sewaktu kami membawa gang-gang orang tua dahulu, tempat makan masih di letakkan di atas dan tidak perlu naik/turun tangga.

Yeah, breakfast

Lepas tu depa pergi tangkap gambar lagi

Kami pulak, pergi melepak...

Tangkap gambar juga

Rasanya gambar ini ditangkap sewaktu Pijah sibuk packing barang. Saya lepak-lepak dengan budak-budak ini di luar.

Setelah bersiap, kami pun check out


Sebelum check out, tangkap satu gambar di depan chalet kami.

Kami meneruskan perjalanan ke....

Yay, Desa Dairy Farm

Bagi lembu/kambing makan. Alhamdulillah, lembu dan kambing ini separa kenyang dan masih boleh menerima rumput/susu yang diberikan.

Rasanya kami yang paling lama di sini sebab orang bertukar ganti, datang dan pergi, tapi kami masih di situ. Haaa, biar budak-budak tu puas kan.

Hah, bagi susu kat lembu tu. Saya suka dengan Imran punya remark "ish, lidah lembu tu keras la". Ha ha ha ha ha, bila tengok balik video tu, memang Imran ada terkena dengan lidah lembu tu.



Lepas tengok dan main dengan lembu, mesti lah pergi makan ais krim dan makan kan.


Budak-budak tu berselera betul. Semua benda yang dibeli habis. Yogurt, ais krim, jelly, nugget ayam tu, pizza...semua habis. Depa kenyang sampai tak nak ambil lunch dah. Alhamdulillah.

Sebab di dalam tu banyak lalat, kami pun keluar, tapi tengok-tengok tempat makan di luar tu sudah tiada. Duduk sini pun kejap sahaja sebab hujan turun.

Pergi pulak duduk sini. Tak kisah lah di manapun, yang pentingnya budak-budak tu happy makan. I dengan Shuk terkulat-kulat aja tengok depa berselera, ha ha ha, kami boleh lah minum susu, makan aiskrim, tapi tak lalu nak makan banyak-banyak dah...kami dah tua.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke KK. 

Singgah sekejap di Jambatan Tamparuli

Lepas itu, ke rumah terbalik. Tiada gambar pulak di sini.

Ais krim...

Selepas itu kami balik ke rumah. Saya sekali lagi menggoreng cempedak. Budak-budak tu suka makan.

Malamnya kami ke Perdana Park untuk melihat air pancut.

Kami di sini lama sebab budak-budak tu pergi main di playground pulak, sehingga ada yang cedera.

Oleh sebab sudah kenyang makan goreng cempedak pada petangnya, kami mengambil keputusan untuk lepak di Secret Recipe Perdana Park. Kami makan main-main aja. 

Budak-budak tu minum milo...depa kata sedap.

Selepas itu, kami balik.

(bersambung)




No comments:

Post a Comment