Assalamualaikum.
Hari ini hari Jumaat, 7 Disember 2018, jam 12.25 tengahari dan kami sedang berehat di hari Jumaat.
Saya duduk saja di ofis, membuat sedikit kerja juga buat sedikit latihan sebab saya perlu buat briefing esok. Saya ni nama aja sudah bekerja lebih 20 tahun, tapi bila hendak buat briefing tu, masih ketaq lutut, haihhh.
Saya rasa suami saya pun tidak suka sekiranya saya perlu membuat presentation sebab dia pun akan terkena tempias stress saya, ha ha ha. Semalam, apabila saya bagi tahu yang saya mungkin kena buat presentation pada 17 Disember dia jawab kuat-kuat dan panjang.."kenapaaaaa?". Hah, memang bermotivasi saya bila mendengar response yang sebegitu.
Saya tengok kawan-kawan yang kerja cikgu/pensyarah, memang kalau suruh bercakap tu, keluar sahaja ayat-ayat seperti air. Saya ni, haaa, menulis pun tak pandai, present paper pun penakut, haa, di manakah kepakaran saya ni? I cannot have this doubt at this age kan?
Apa-apa pun, hidup perlu diteruskan...
Buat pengetahuan semua, kabinet baru kerajaan telah membariskan Menteri untuk M I T I adalah seorang yang berasal daripada Sabah. Pemilihan ini telah menyebabkan minat para pelabur untuk meletakkan perniagaan mereka di Sabah meningkat dan ini juga bermakna jumlah kerja kami bertambah.
Kerja di ofis menjadi banyak dan tidak berhenti, lawatan juga banyak dan tidak kira hari/waktu. Mungkin Allah ingin permudahkan proses saya balik ke KL kut, bagi saya tidak sedih sangat. Ye lah, bila stress kan, rasa mahu lari aku ke Semenanjung baaah.
Bucket list kami masih panjang. Masalah masa, duit, cuaca yang tidak sesuai, kerja yang banyak dll mungkin akan menghadkan pencapaian kami, yup, we may not be able to fulfill all our wishes. Tak pe lah, kira bukan rezeki lah kalau tidak dapat kan.
Ok lah people, saya mahu solat, cari makanan sikit dan lepas tu sambung kerja. Happy weekend!
No comments:
Post a Comment