Assalamualaikum.
Salam Sabtu. Hari ini hari Sabtu, 30 Jun 2018, jam 6.08 pagi. Saya sedang mengemaskini blog sementara suami sedang tidur. Kami puasa hari ini, insyaa allah. Semoga kami kuat untuk menyempurnakan ibadah kami, aamiin.
Oleh kerana semalam suami hanya makan maggi yang saya tumpang makan sama, maka saya jadi lebih berazam untuk menyediakan sesuatu yang lebih proper untuk suami saya bersahur. Maklumlah, dia kan gastrik. Saya bangun jam 3.30 untuk masak nasi dan tumis ikan bilis. Ahaaa, kagum juga dengan sendiri bila saya mampu bangun dan masak. Jam 4.00 pagi, saya selesai masak dan bangunkan suami untuk makan soq.
Tadaaaa...ini lah hasilnya...kih kih kih. Nampak simple kan, apa yang sempurna sangat tuuu? Kah kah kah, tapi alhamdulillah, suami telah minta nasi tambah lagi, kih kih kih. Semoga ibadah kami di permudahkan.
-----------------------------------------------------
Mari sambung cerita raya 2018 kami dan saya akan bercerita mengenai raya pertama dan kedua (sampai tengahari) kami di Chemor dan kawasan sekelilingnya.
Saya ada mention di dalam post sebelumnya di mana saya telah letak alarm saya pada jam 6.30 pagi dan sesungguhnya hanya pada jam 6.30 pagi aidil fitri lah saya baru terjaga.
Walau bagaimanapun saya telah dikhabarkan bahawa emak saya telah membangunkan abang dan kakak ipar saya untuk sahur. Soheh lah emak sudah keliru. Dia bangunkan suruh kakak ipar saya masak nasi...hmmmm.
Anyway, saya telah bangun, berebut solat subuh dan kemudiannya berebut bilik air untuk mandi. Somehow tekanan air adalah sangat rendah dan air yang keluar daripada paip adalah kecil. Nasib baik lah air tu memang sejuk, maka mandi sedikit pun rasa macam puas.
Kami pergi solat raya di Masjid Chemor malangnya tiada gambar di dalam phone saya (ada di dalam telefon suami, tapi dia tidak share di facebook, jadi saya tidak boleh upload).
Saya nak catat dua perkara yang saya rasa signifikan di Masjid Chemor iaitu sekali lagi, khutbah nya adalah mantap dan saya suka cara imam masjid mengendalikan jemaah di mana dia dengan lembutnya telah meminta para jemaah (termasuk jemaah Bangladesh) tunggu sehingga selesai khutbah raya. And you know what, most of them stayed until the khutbah finished. Alhamdulillah.
Yang kedua adalah keadaan masjid Chemor yang penuh dengan warga Bangladesh, sesungguhnya hampir 70% daripada jemaah lelaki yang menunaikan solat raya adalah warga Bangladesh sehingga saya rasa seperti berada di Dakka.
Tetapi melihat mereka excited, mengambil gambar sesama sendiri dengan pose maut mereka membuat saya rasa tersentuh. Mereka datang untuk mencari rezeki kerana kehidupan di negara mereka adalah lebih susah. Saya pasti segala gambar yang di ambil akan mereka hantar kepada keluarga mereka di Bangladesh, just like us.
Pulang ke rumah, saya telah segera naik ke atas untuk freshen up (kononnya). Saya ganti baju, dan apabila turun semula ke bawah, upacara bermaaf-maafan telah selesai. Saya pun bersalam lah dengan yang lain-lain dan juga bagi duit pada yang masih relevant...soon, saya tidak perlu lagi bagi duit pada anak saudara, tetapi bilangan cucu pula yang akan bertambah.
Lepas itu, upacara makan di sambung..
Ada nasi putih, lemang, nasim impit, rendang kerang, ayam masak merah juga udang masak petai semalam.
Malam sebelumnya, sewaktu saya sedang masak ayam masak merah, saya ada mendengar Jiha, anak sedara saya request dekat ibunya macam ini "ibu, esok kita masak nasi ye". Haaaa...apa kelas kan, pagi raya makan nasi, tapi kenyataannya, kami terpaksa ulang masak nasi pagi itu sebab memang lah budak-budak ni suka makan nasi.
Mungkin saya patut mention juga di sini yang alhamdulillah anak-anak sedara lelaki saya telah membeli air batu. Perkara ini mungkin nampak kecil tetapi bila mereka took over the job daripada beli, tolong simpan juga sediakan air, ianya memang memudahkan kami. Good job. Semoga diberikan ganjaran yang baik buat mereka, aamiin.
Haaa...gambar ini adalah antara bukti kerja kuat mereka. Afiq buat air dan suami saya boleh siap suruh tambah asam boi ke dalam air twister tu.....hmmm...memang sedap.
Sewaktu mereka makan, saya dan suami lepak di atas tangga..
Haaa, ini aja kut gambar berdua kami. Baju kami tiba-tiba match walaupun sebenarnya saya mengimpikan warna baby blue (dah lama impian ni). Saya ada baju warna baby blue, tapi suami saya tiada, sooo...inilah hasilnya.
Selepas itu, kami buat group photo. Kami buat cepat-cepat sebab panas...he he he
Yang ini hampir semua ada kecuali Faiz, menantu abang saya yang sedang menangkap gambar. Saya dan suami kelihatan kemetot sebab berdiri disebelah anak-anak abang saya yang tinggi-tinggi. Buat pengetahuan, Jiha, budak perempuan yang request nak nasi di pagi raya itu adalah budak perempuan yang berdiri nombor 5 dari kanan. Dia memang suka makan nasi dan bak kata suami saya, "Jiha tu makan nasi, tinggi, makan nasi, jadi tinggi lagi". Hiks, dia memang tinggi dan slim.
Kakak saya dan keluarganya datang selepas itu.
Bagi meraikan Faiz dan Tiha, suami saya pun ulang makan lagi sekali.
Lepas itu, atas alasan untuk meraikan Faiz, Afiq pun makan lagi sekali juga. Itu yang saya kena ulang masak nasi selepas itu. Saya masak banyak, 7 pot putih itu dan mereka semua tanya pula selepas itu...siapa nak makan niiii? elehhhh.
Lagi satu, nampak tak botol kicap tuh? Saya rasa anak-anak sedara saya ni terlampau banyak makan kicap lah...kalau tak de kicap, tak lalu makan kut.
Sementara itu Abang saya dan keluarga sempat pergi melawat jiran/saudara kami yang berdekatan...dan saya suka gambar ini...
Ahaa...di dalam hutan banat tu depa bergambo...
Oleh kerana raya tahun ini jatuh pada hari Jumaat, kami telah mengambil keputusan untuk keluar beraya selepas solat Jumaat. Saya suka juga dengan keputusan ini kerana ianya memberi peluang kepada kami untuk duduk bertenang dan berbual, alhamdulillah. Ada juga yang sempat tidur dan berehat.
Frankly I wished I could also sleep, tapi tak sempat. Tapi saya sempat mandi lagi sekali sebelum beraya ke Ipoh.
Rumah pertama yang kami lawati adalah rumah Angah (abang kepada emak saya). Umur Angah sudah 86 tahun dan dia baru sahaja menjalani pembedahan. He is recovering, alhamdulillah.
Sorry lah gambar ni gelap sikit...
Ini suami saya, dan saya rasa rumah angah adalah antara rumah favourite dia sebab ada lemang dan ada rendang tok juga daging masak dengdeng. Memang sedap pun tapi yang paling menikmati adalah Tokbomo. Tahun lepas, kembo dan Malena telah temankan Shuk, kali ini, budak-budak ni macam terlampau kenyang makan nasi di rumah. Saya pun kenyang, tapi saya makan banyak kuih raya. Tahun ini saya tidak membeli kuih raya langsung...itu yang bila makan Makngah punya kuih raya rasa macammm...bestnya.
Lepas itu kami ke rumah Andak/Makndak. Tiada gambar, jadi saya masukkan gambar ini yang ada Makndak. Ada lemang juga di rumah Makandak dan suami saya makan sikit. We missed Andak punya lemang...tapi tak nak cerita dengan Makandak, takut dia sedih.
Lepas itu kami singgah rumah Pakuda/Makuda. Acu pun sudah tinggal di sini. Sempat pula bergambar dan gambarnya pun nampak cantik.
Acu dan Makuda, semoga mereka diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, di murahkan rezeki..aamiin.
Oleh kerana tidak semua balik kampung, ada yang ucap hari raya dalam group wassup sahaja...saya share gambo yang saya jumpa ye...
Ini Mekyah dari Ganu
Ini anak sedara saya dari KL...depa pandai lah buat macam ini...saya belum pandai lagi.
Ini dari Pijah dan keluarga, mereka beraya di Melaka.
Kami balik ke rumah selepas itu (Chemor), mandi, solat Maghrib dan turun kembali ke dapur (portnya meja makan tu lah). Budak-budak tu ulang makan dan alhamdulillah nasi yang saya masak habis juga akhirnya.
Esoknya, pada awal pagi, abang saya dan keluarganya telah balik ke Rawang. Tinggal saya dan Shukri sahaja di rumah. Emak saya telah berbisik dengan saya dan cakap "dah balik dah, nanti kamu pulak balik, tinggal mak seorang lah".
Adoiiiii....serba salah betul sebab memang ada gap kerana kakak saya Mekyah hanya akan balik pada hari ke 3, sementara saya akan balik ke kampung suami selepas zohor.
Saya juga agak risau sebab pada waktu kami di rumah, agak ramai juga tetamu yang datang dan pastinya akan memenatkan buat emak saya untuk melayan tetamu tersebut. Antara tetamu yang hadir adalah....
Sepupu emak saya dari Petaling Jaya...Pak Yeop dan Angah Pudin.
Selepas itu datang pula keluarga Abang Karim. Kami berbesar hati menerima kedatangan Abang Karim bersama keluarganya. Abang Karim ini sebenarnya adalah jiran kami dan saya membesar dengan anak-anak beliau. Saya tidak pasti apa pekerjaan beliau tetapi seingat saya, setiap hari beliau akan berbasikal ke Pekan Chemor dan dia sentiasa berpakaian kemas dengan baju masuk ke dalam. Selalunya, apabila beliau lalu di halaman rumah kami semasa saya sedang menyapu daun-daun di sekeliling rumah saya (tugas utama waktu kecik). Beliau mesti menegur saya dengan nama glamour saya di kampungg....Bayangkan, saya mula menyapu halaman sejak umur 10-12 tahun...sehingga kini umur saya sudah hampir 50 tahun...nostalgianya.
Melihat bilangan tetamu yang hadir, saya telah menyediakan sedikit air di dalam peti ais bagi memudahkan kerja emak saya sekiranya ada tetamu yang datang kemudian kerana saya dan suami akan beraya di Bukit Mertajam pula.
Okayyyy...panjangnya....sekarang sudah jam 8.10 pagi dan saya ambil masa lebih kurang 2 jam untuk sempurnakan post ini...leganya bila selesai!
Sebelum berpisah, saya share gambar emak saya menonton drama Melayu sewaktu kami sibuk makan selepas balik solat raya. Jangan tanya saya cerita apa ye, tapi nampak dia memberi perhatian sungguh.
Ok guys jumpa lagi....
No comments:
Post a Comment