Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Belako! Maaf Zahir Batin.
Apa khabar saudara dan saudari sekalian. Semoga semuanya sihat walafiat. Saya sihat, alhamdulillah.
Sudah mula puasa 6 tak? Saya baru berpuasa sehari...he he he he he....semoga sempatlah saya menyempurnakan puasa 6 saya tahun ini. Aamiin.
Dalam post kali ini saya akan bercerita mengenai kisah kami balik Semenanjung, persediaan yang kami buat untuk raya di Shah Alam dan Chemor.
Kami pulang ke Semenanjung pada hari Rabu, 9 Jun 2018. Kami tiba di KLIA dalam jam 1.30 petang dan sampai di Shah Alam pada jam 3 petang. Tiba di rumah, kami terus bersolat dan bersedia untuk keluar membeli makanan untuk berbuka.
Ini adalah antara menu yang kami beli daripada Restoran Chili Merah. Hari pertama kami beli kari kepala ikan, hari ke 2 kami beli pajeri nenas dan ayam goreng, sementara hari ke 3, kami beli pajeri nenas lagi sekali bersama-sama ikan goreng. Yang pastinya, hari-hari ada teloq masin.
Kami memang agak kemaruk melihat kuih muih yang dijual sebab di KK kami agak skeptikal untuk membeli kuih kerana tidak pasti dengan rasa kuih tersebut. Makanya, kamipun beli lah segala mertabak, kuih limas tu (you all panggil kuih apa ye?...hilang pulak maklumat mengenai nama kuih ini daripada ingatan saya), bubur kacang dan lain-lain. Satu saja yang saya tidak dapat iaitu roti John, tak pe, nanti Allah bagi pada waktu yang paling tepat.
Di Shah Alam, kami sempat solat tarawikh 3 kali di Surau Seksyen 7. Seperti biasa, imam daripada Syria sekali lagi menjadi jemputan surau...alhamdulillah.
Selain daripada itu kami telah menyelesaikan banyak urusan selama 3 hari kami di Shah Alam.
Kami sempat pergi ke Puchong untuk mengambil baju yang saya tempah, sempat juga melihat kawasan (kami Dato' Bandar Simpanan Shah Alam kan) di mana kami wajib pergi AEON, SACC Mall, Kompleks PKNS dan Plaza Masallam. Alhamdulillah, aktiviti shopping sehingga larut malam telah berkurangan di Shah Alam. Adalah lebih baik untuk kita menambah amal ibadat pada malam di bulan Ramadhan daripada bertungkus lumus shopping.
Ini gambar kami berehat sebentar di AEON...tak ingat pulak AEON Shah Alam atau AEON Ipoh.....hiks.
Setelah selesai urusan di Shah Alam, kami balik ke kampung, Chemor pada hari Selasa, 12 hb Jun 2018. Sebelum balik, kami terlebih dahulu singgah di pasar Seksyen 6 Shah Alam untuk membeli bahan-bahan mentah seperti ayam, ikan, udang, bawang, cili kering dan lain-lain.
Haaa...suami saya menunggu ayam kami siap. Kami mengambil keputusan untuk membeli barangan mentah di Shah Alam bagi mengurangkan tugasan yang perlu di buat apabila tiba di kampung nanti.
Sampai di kampung, saya telah memproses ayam dan masak ayam masak merah untuk di simpan di dalam peti ais serta mengambil sebahagian kecil untuk di masak sebagai juadah berbuka puasa.
Ahaaa...juadah simple pada ramadhan ke 27, ada ayam masak merah, timun dan telur masin. Ini adalah menu yang suami saya request. Kami di KK memang sangat jarang makan ayam sehingga suami saya telah termimpi-mimpikan ayam masak merah ni di dalam tidurnya.
Malamnya kami ke Masjid Chemor untuk solat tarawikh dan esoknya seperti biasa, kami bangun lewat...kih kih kih.
Tapiii, setelah kami bangun, kami telah pergi ke Pasar Tg Rambutan untuk mencari petai, yaaaa, di Perak Petai adalah lebih segar ye. Lepas itu, kami ke AEON Klebang untuk membeli barang-barang asas seperti beras, sayur, air berperisa, kertas tisu dan lain-lain.
Balik ke rumah selepas itu, kami telah menjalankan aktiviti mop rumah dan selepas itu kami berehat dan tidak perlu masak sebab ayam masak merah semalam masih ada lagi...he he he....malas bahhh. Tapiii, alhamdulillah abang saya daripada Sungai Buaya dan keluarganya telah balik, maka adalah juadah berbuka tambahan buat kami.
Haaa...mereka bawa dari Sungai Buaya gulai lemak udang galah, ikan goreng dan sayur kailan ikan masin. Buah pear tu saya beli dari AEON...kih kih kih...adalah juga sumbangan saya kan. Ayam masak merah saya tidak kelihatan di dalam gambar ini, tetapi ianya mendapat sambutan...suami saya lah yang makan, ha ha ha.
Haaa...ramai ini sahaja yang berbuka di Chemor pada hari Rabu tu.
Malamnya, kami bertarawikh lagi di Masjid Chemor dan sewaktu balik kami sempat lepak di satu kedai ini, yup, saya lepak dengan telekung saya tu.
Sampai di rumah, sambung pulak lepak sambil menonton final Nur....eheheheeh...
Pada hari Khamis, 14 Jun, suami saya telah balik ke Felda Ijok kerana dia ada projek besar iaitu untuk mengemas rumah di sana pulak. Saya bangun lewat sedikit dan apabila saya turun ke dapur, saya dapati sup tulang sudah berada di atas dapur maka saya meneruskan kerja-kerja menyediakan makanan berbuka juga juadah untuk hari raya esoknya.
Untuk berbuka, saya telah menyumbang udang tumis petai..
Ahaaa...setelah juadah ini siap, saya naik, mandi, dan berehat sebab cuaca panas...penat sungguh.
Ini pula adalah sup tulang
Kakak ipar saya juga telah menyiapkan rendang kerang (7 kilo kerang kut). Ini adalah juadah raya untuk esoknya dan ianya adalah juadah favourite kami.
Ahaa...ini adalah juadah berbuka kami. Ada tambahan ikan goreng, kacang bendi rebus dan sambal belacan. Sup tulang perlu di ambil dari periuk sendiri panas-panas.
Ini adalah antara yang ada pada hari terakhir berbuka puasa.
Malamnya, kami solat isyak berjemaah dan bertakbir
Hanya 3 keluarga yang ada pada waktu ini
Haaa...selfie
Selepas itu, ada sesi merasmikan lemang. Tahun ini emak saya agak stress sebab orang yang biasa membekalkan lemang untuk kami tidak sihat dan kami terpaksa order daripada orang lain. Emak saya risau kalau kualiti lemang tidak memenuhi kehendak beliau, atau anak-anaknya. Alhamdulillah, lemangnya okay sahaja.
Tahun ini emak saya telah beli 12 batang lemang. Saya lupa nak pesan supaya emak saya pesan lebih dan kami boleh bawa balik ke Ijok sikit. 12 batang untuk orang Chemor kira sikit aja, lebih-lebih lagi sekiranya orang Terengganu ada.
Anyway, tahun ini tiada rezeki kami bawa lemang balik ke Ijok, insyaa allah ada rezekinya tahun depan.
Selepas sessi merasmikan lemang, budak-budak lelaki sibuk nak pergi kedai mamak untuk menonton world cup. Suami saya menonton di rumah sahaja, sambil menemankan saya masak ayam masak merah sekali lagi. Kali ini saya masak 4 ekor ayam.
Saya selesai dalam jam 1.00 pagi dan telah mandi sikit sebab badan rasa melekit sangat. Lepas mandi, susah pulak mahu tidur sebab mata rasa segar, walaupun badan rasa penat.
Anyway, sebelum tidur, saya sudah off kan semua alarm makan sahur sebab saya memang mahu bangun jam 6.30 pagi...
Saya akan menyambung cerita hari raya dalam post seterusnya. Sebelum itu saya nak kongsi gambar emak saya aka opah...
Haaa...tengok betapa seriusnya emak saya menonton salah satu daripada siri cerita Melayu yang dia ikuti. Ada banyak drama-drama bersiri ini dan dia ada ajak saya bersembang mengenai drama-drama ini, malangnya saya tidak tahu langsung. Saya cuma ada tertengok dram Nur dan drama yang Elly Mazlein jadi gila tuh...itu saja.
Okay guys...see you in my next post.
No comments:
Post a Comment