Monday, July 2, 2018

Raya 2018 : Dengan Keluarga Ijok

Assalamualaikum.

Hari ini 2 Julai 2018, jam 9.20 malam. Saya dan suami berada di depan tv di mana saya sedang update blog sementara suami main candy crush, sambil telinga mendengar rancangan Majalah 3. 

Alhamdulillah kami puasa hari ini. Semoga Allah permudahkan urusan kami untuk buat ibadah sunat ini, aamiin.

Saya akan menyambung cerita raya saya di mana, pada hari raya ke 2, selepas bersolat zohor, kami telah bertolak ke Bukit Mertajam kerana ada majlis tahlil keluarga belah emak mertua saya di Sungai Semambu, Bukit Mertajam.

Setiap tahun, adik kepada MIL akan menjemput sanak saudara makan, solat berjemaah dan bertahlil. Upacara selalunya di lakukan pada waktu Maghrib hingga Isyak, walau bagaimanapun, pada tahun ini, upacaranya adalah lebih istimewa kerana Pakcik juga telah 'incorporate" majlis aqiqah cucunya sekali. Oleh sebab majlis aqiqah, maka adalah kambing kan, jadi mereka yang memang mencintai kambing adalah sangat gembira.

Tapi saya tetap setia dengan gulai kari saya....seperti ini..

Sedap ni, tapi sebab kali ini makanan dihidangkan secara buffet, saya malas nak pergi semula dan tambah nasi...ha ha ha...alhamdulillah. Tapi betul, gabungan gulai, ikan goreng, timun dan sambal belacan itu adalah terbaik. 

Kami lepak di situ sehingga Maghrib dan antara perkara yang dihebohkan adalah gambar raya kakak suami saya bersama anak-anaknya telah viral...

Haaa...ianya viral sebab Siakap Keli Press telah post gambar ini di wall mereka...famous lah sekejap depa ni...

Sebenonya gambo sebenar mereka cantik aja pun, budak-budak lelakinya pakai samping tu segak aja...

Sebelum balik ke Ijok, kami telah ambil group photo...

Meriah! Dalam gambar ini ada adik beradik emak mertua saya 5 orang bersama-sama anak /menantu/cucu/cicit bagai. Emak mertua saya adalah anak yang paling tua dan berumur 82 tahun. 

Ini pula adalah gambar VVIP Keluarga

Selepas itu kami semua balik ke Kampung Suami di Felda Ijok. Perjalanan daripada Bukit Mertajam ke Felda Ijok mengambil hampir 2 jam.

Sampai di Ijok, saya terus mandi dan tidur tetapi suami serta  adik-beradik perempuannya terus membawang sehingga subuh. Mereka solat subuh dahulu baru tidur...huh, what an energy they have.

Pada esoknya, adik/kakak suami saya bersama-sama keluarga mereka telah pergi ke Pulau Pinang. Kami pula memilih untuk ke Taiping, makan pasembor di tempat makan bawah bangunan Sri Larut tu...(sape tahu?)

Kami makan...


Laksa...sedapppp...tapi laksa Kedah lagi sedap

Pasembor...yang ini marvellous

Popia basah...pun marvellous.

Yang ni memang buat saya teringat-ingat. Teh tariknya pun terbaik.

Selepas itu kami balik dan mengemas rumah. Rumah MIL sedang di baiki dan oleh kerana itu ada banyak kerja mengemas yang kami perlu buat. Kami hanya siap mengemas dalam jam 10 malam, di mana kami telah mandi dan selepas itu bersembang dengan lain-lain yang sudah balik daripada Penang. Mereka terpaksa balik lebih awal kerana ada ribut kuat yang tidak membenarkan mereka lepak lama-lama di Padang Kota.

Sekali lagi mereka bergebang sehingga Subuh!

Esoknya, rancangan awal kami untuk membuat barbecue tidak menjadi kenyataan kerana ada beberapa keluarga yang telah balik ke Ipoh/Kl. Oleh kerana itu, kami telah menukar rancangan kepada satu lagi program mengemas rumah. Kami juga telah pergi ke Bandar Selama untuk membeli barangan untuk di masak.

Kami juga sempat singgah makan mee rebus Selama yang simple, sedap dan famous...


Menurut suami saya, kedai mee rebus ini dipunyai oleh bekas pemain kebangsaan bola sepak negara.

Pada hari Selasa, kami telah mengambil keputusan untuk memulakan perjalanan balik ke Shah Alam, tetapi kami akan singgah di Chemor terlebih dahulu.

Kami sempat singgah di kubur arwah Ba (bapa mertua saya) 

Kami sempat sekali lagi singgah untuk makan pasembor dan popia di pekan Taiping. Keadaan highway pada waktu itu adalah sesak dan perjalanan telah menjadi lebih panjang.

Kami juga sempat singgah di Mydin Meru sebab beli selipar yang emak saya pesan.

Selepas itu, kami balik ke Chemor dan berehat.

see u in the next post.





No comments:

Post a Comment