Saturday, June 9, 2018

Bulan Puasa 2018

Assalamualaikum.

Hari ini hari Jumaat, 8 Jun 2018, hari ke 23 umat Islam berpuasa.

Kami di ofis Sabah ada aktiviti masak bubur lambuk. Kami (penglibatan saya adalah minima ye) masak dan bahagi-bahagi kepada orang ramai. Budak-budak tu ambitious dan mahu masak sampai 10 kg beras. Saya bila dengar pun sudah risau...biar betul, mampu ke? But anyway, niat dah betul, semoga dipermudahkan semua urusan dan insyaa allah semuanya akan berakhir dengan baik.



Aktiviti ini adalah aktiviti bersama agensi-agensi di bawah M I T I Sabah

Hmmm...ketua chef tengah menentukan resepi

Macam mana puasa tahun ini? Mari saya kongsi tentang puasa saya...

1) Makanan

Fasal makanan dulu ye...seperti biasa saya masak juadah untuk berbuka dan sahur. Antara menu yang saya sediakan adalah kari ikan, tumis ikan (2 kali kut), tumis udang petai (1 kali),  tumis sayur (banyak kali), masak lemak kentang (yang ni masak 2 kali tapi makan berkali-kali). 

Setiap masakan itu boleh dijadikan juadah sekurang-kurangnya 2 kali (sekali berbuka, sekali sahur), dan kadang-kadang boleh dijadikan juadah sehingga 4-5 kali, ha ha ha. Oh, lupa nak tulis tadi, untuk menambah selera, kami akan rebus telur masin.

Haa...yang ini gulai kari kepala ikan, suami saya suka menu ini.

Haaa...ini contoh lauk ulang. Gulai kari yang ikannya sudah habis, ikan goreng, tumis sayur dan telur dadar

Ahaaa...gulai lemak kentang, ikan goreng dan kicap untuk cicah ikan tu...sedapp

Yang ini adalah sambang udang petai

Kami minum kopi hari-hari atas permintaan suami. Saya minum juga sebab saya malas nak buat air lain.

Kami juga ada membeli juadah di kedai. Antara menu yang kami beli di luar adalah nasi beriani (2 kali), ikan bakar (1 kali sahaja tahun ini) dan rendang daging (saya order daripada ZMY, dia ada restoran).

Kami juga ada berbuka puasa di luar 2 kali kerana saya sudah bosan untuk makan masakan saya sendiri, hiks. Saya rasa macam saya perlu keluar dan makan di luar.

Di Kota Kinabalu ni, kalau makan di luar, maknanya makan di hotel lah, sebab tempat lain macam tidak seronok. Sekiranya berbuka di luar, kami akan bersolat tarawikh di rumah sahaja.

Ini di Le Meridien

Ini di Promenade

Ini adalah antara makanan yang saya ambil

2) Sahur

Menu sahur selalunya adalah sama dengan menu berbuka, cuma lebih simple. Juadahnya adalah lebih simple sebab memang tidak akan ada menu seperti sup sayur, ha ha ha, sebab untuk sahur, saya hanya panasnya lauk yang ada.

Alarm pertama untuk sahur akan berbunyi pada jam 3.30 pagi. Yang ke dua pada jam 3.45 pagi dan ke tiga pada jam 4.00 pagi. Biasanya saya akan bangun pada jam 3.45 pagi untuk sesi memanaskan segala benda serta buat air dan tepat jam 4.00 pagi, saya kejutkan suami.

Kami telah miss sahur hari pertama kerana saya buat alarm jam 3.30 sahaja sementara alarm suami jam 3.45 pagi. Malangnya suami saya pergi pasang earphone dan ini menyebabkan bunyi alarm tidak berbunyi...hmm.

Suami saya hanya pernah membangunkan saya sahur pada hari pertama, iaitu pada jam 5.00 pagi. Dia hanya membangunkan saya untuk memberitahu yang masa untuk sahur telah habis.

3) Solat Tarawikh dan Moreh

Alhamdulillah tahun ini kami lebih banyak bersolat tarawikh di Masjid Negeri Sabah. Kami buat 8 rakaat sahaja.

Jumlah jemaah di Masjid Negeri adalah agak ramai dan keadaan adalah agak meriah. Walau bagaimanapun, sebab kami bersolat 8 rakaat sahaja, kami tidak pernah dapat merasa hidangan moreh dan oleh kerana itu, kami buat sendiri hidangan moreh kami dan antara menu moreh kami adalah jelly kelapa (beli di Salut), cucur udang+taugeh+kucai, maggi ( kih kih kih) ataupun makanan ringan.

4) Kak Ina Pom Pom dan Nur

Macam mana dengan kami berdua dalam bulan puasa ini? Haaaa...macam itu lah.  Nampak kat luar ok aje, wujud bersama, makan bersama, basuh pinggan bersama, berbuka bersama, pergi solat tarawikh bersama, tapi adakah hati kami bersatu?...jeng jeng jeng...haaa, boleh buat drama. 

Dua tiga hari ni kami balik daripada solat Tarawikh, sempat tengok drama yang Elly Mazlein jadi gila tu...ha ha ha, saya rasa watak dia dan Zila Bakarin adalah watak yang paling menyerlah dalam drama itu sebab Fasha Sanda punya watak tu cliche, ye lah, jadi wanita baik macam tu kan.

Yang Nur tu pulak, baru tengok semalam dan adengan Aishah ingatkan sup bunjut adalah sihir adalah kelakar.

5) Kewangan

Ahaaa....sekarang ini okay lah. Tapi kami memang berhati-hati bila berbelanja kerana gaji lamaaaa lagi baru nak dapat. Ya Allah, permudahkan urusan Aku, juga sahabat2 ku di Sabah ini untuk menguruskan pendapatan kami. Aamiin

6) Baju Raya?

Belum tengok lagi baju raya sebab masih dengan tailor. Semoga cantik, selesa dan sesuai dengan saya. Aamiin.

Ehhhh...rasa macam boleh terus menulis kalau ada masa. Tapi esok kami sudah mahu terbang ke Semenanjung. Doakan perjalanan kami selamat dan selesa.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Belako! Semoga ceria bersama keluarga. Jumpa lagi selepas raya you allsss.

Ehhh...kami ada tangkap gambar pagi tadi, kenangan sebelum  saya balik kampung esok...


Jumpa lagi guys!







No comments:

Post a Comment