Sunday, May 21, 2017

Orang Ipoh Datang KK - Day 1 and 2

Ahaaaa...Assalamualaikum.

Hari ini hari Ahad 21 Mei 2017. Saya di rumah dan saya ada tetamu yang datang dari jauh...

Saya baru lepas masak nasi goreng dan cuba untuk buat satu post hari ini mengenai kedatangan orang Ipoh ke KK.

Kakak saya, abang ipar dan anaknya Fatihah telah menyertai saya balik ke KK pada 15 Mei baru-baru ini. Rombongan dari Ipoh bertolak pada jam 7.30 pagi dan sampai di KLIA pada jam 11.30 pagi. Oleh kerana kami dijadualkan untuk bertolak pada jam 3.40 petang, rombongan Ipoh sempatlah makan dan solat dahulu di KLIA tanpa tergesa-gesa.

Kami dari Shah Alam telah sampai di KLIA lebih kurang pada jam 2.45 petang.

Kami sedang berjalan ke pintu A11, seperti biasa, flight ke KK selalu dapat pintu di hujung dunia.

Abang Hatta, Kakak dan Tiha

Alhamdulillah, perjalanan lancar dan kami sampai KK dalam jam 6.00 petang. Kami sempat menyaksikan matahari terbenam semasa kapal terbang mendarat.

Cantik...alhamdulillah

Sesampai di rumah, orang KK bersolat Maghrib sementara orang Ipoh berehat kerana mereka menjamakkan solat mereka ke solat Isyak.

Selepas itu, kami ke Grace Point untuk makan malam. Abang Hatta makan mee goreng sementara kami yang lain makan goreng pisang cheese dan keropok lekor. Kami lepak lama di sini, jam 9.00 baru kami balik ke rumah dan settle down.

Esoknya, 16 Mei 2017, aktiviti kami adalah pergi ke Pulau. Saya sediakan mihun goreng untuk sarapan dan kami bertolak ke Jetty pada lebih kurang jam 8.00 pagi.

Kena lah posing di sini kan...

Juga gambar sewaktu menunggu..

Juga gambar di dalm bot, kami ke Manukan dan Pulau Sapi

Sampai sudah di Manukan. Alhamdulillah air cantik dan cuaca cantik...langit biru

Yay....

Di sini pun kena lah ambil gambar kan

Selepas itu kami ke Pulau Sapi.

 Air di Pulau Sapi pun sangat cantik hari ini..

air sangat cantik...ikan pun boleh tahan banyak

Shuk dengan Tiha, these two can communicate well, they speak the same language


Haaaa...ada signage ini ye...

Kemudian, kami lepak....suami saya beli air minuman panas dan kami cicah roti...hiks...sedap

Lepas tu kami balik. saya snap gambar di atas sewaktu menunggu bot pulang ke Jeti

Petangnya, selepas berehat, kami keluar untuk mencari makan. Kami makan di Anjung Senja, tetapi saya lupa untuk tangkap gambar makanan.

Tapi saya tidak lupa ambil gambar di bawah...
Yup...again sunset di KK, kali ini di Anjung Senja...

Okay...saya akan sambung lagi kemudian ye...




Friday, May 19, 2017

Aiman Bertunang

Assalamualaikum.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang baik serta dipermudahkan semua urusan kita, dunia dan akhirat.

Saya telah balik ke Semenanjung pada 11 Mei 2017. Kami menaiki pesawat jam 9.00 malam dan telah sampai di Shah Alam pada jam 1.00 pagi. Tujuan utama kami balik adalah untuk menghadiri majlis kenduri kahwin anak saudara kami (belah suami saya).

Keesokan harinya, pada hari Jumaat, kami ambil peluang pergi menempah baju sebab saya ada beli kain di Brunei dahulu dan aktiviti seterusnya adalah aktiviti makan dan bersama keluarga.


Gambar di atas adalah menu yang kami makan di Chicken Rice Shop yang telah sempat kami lawati pada Jumaat petang (12 May). Saya sudah lama teringin mahu makan pai tee di sini, tetapi suami tidak berminat. Walau bagaimanapun, setelah mencuba, suami pun macam suka, jadi berkemungkinan besar kami akan ke sini lagi, kerana memang ada cawangan chicken rice shop di KK. 

not forgetting the super sweet cendol yang tidak boleh diminum selalu kerana sangat manis.

Pada sebelah malamnya pula, kami ke BTHO, rumah abang kepada suami saya. Bersempena upacara peminangan pada keesokan harinya (Sabtu), abang sulung suami telah memanggil kami ramai-ramai untuk bermesyuarat. Sebenarnya mesyuarat berjalan kurang daripada 30 minit, masa-masa yang lain di penuhi dengan makan dan bonding (gossip tu termasuk di dalam bonding juga ye).

Hmmm...mari tengok menu....

Home made ye, Kak Ina masak kari ikan, ayam goreng dan sayur. Kak Nor (kakak ipar lagi satu) telah bawah pasembor yang sedap. Saya pula, menantu perempuan yang akhir, hanya membawa perut sahaja, dan alasan yang diberi adalah, "rumah kami tiada lemari es"....and heyyyyy, it's a valid reason lah kan. Tapi makanan memang sudah cukup banyak, lagipun sudah lewat malam, semua orang pun tidak berapa larat untuk makan.


 View meja makan tempat aktiviti utama dijalankan. 

Aktiviti malam itu berlanjutan sehingga ke lebih jam 1 pagi. 

Keesokan harinya, kami ke kajang untuk aktiviti meminang.

Upacara bersembang....

Hah, Kak Ina dan Anis, posing istimewa untuk blog ini..

Haaa...barisan ke rumah perempuan


Upacara meminang berjalan


Upacara meminang daripada sudut yang lain...suami saya duduk di sebelah ketua rombongan, Abang Halim, oleh sebab itu, suami saya boleh lah dipanggil Deputy, hikkkssss.


Ketua kedua belah lelaki dan perempuan...bonding time


Mak Mertua saya menyarungkan cincin


One for the album


Dulang boys, di ketuai oleh jejaka yang tidak begitu boys lagi di tengah-tengah tu

Selepas itu, kami balik rumah, berehat dan malamnya kami ke Serdang pula kerana ada makan-makan di rumah Abang kepada suami saya, Abang Halim.


Mula-mla sekali adalah gambar antara menu yang ada. Menu utama adalah mee kuah tulang yang sedap. Ada juga ayam goreng berempah, tempe goreng tepung yang marvellous dan dessert yang sedap (tiada di dalam gambar)


Ini adalah pinggan saya. Saya makan dua pinggan.


Ini dessert, ada puding roti dan puding buah-buahan


Ada birthday celebration, Abang Halim pun celebrate birthday malam itu. Gambar ini di ambil sewaktu kami ramai-ramai menyanyi lagu "Allah selamatkan kan kamu".


Cake cutting, ada 3 ketul kek tu.


Mesti lah ada gambo tuan tanah yang sedang beriya-iya makan


Anddd...the anak daras...ehh...ada sorang tu dah emak terunas pun

Kami balik ke rumah dalam jam 1 pagi. Esoknya kami ke Jalan Bellamy


Makan ikan bakar lah, apa lagi


Lepas tu singgah makan cendol di kedai mamak jalan Bellamy tu.

Selepas makan, kami ke Sungai Buaya untuk menghantar barang ke rumah abang saya. Kami makan lagi, minum lagi dan bersembang.

Selepas itu kami balik...

Keesokan harinya, iaitu hari Isnin, 15 Mei 2017, kami naik kapal terbang semula ke KK. Pada paginya kami sempat ke Cili Merah, Teh Tarik Place dan beli barang sikit di AEON.

Sebelum menutup post ini saya ingin kongsikan gambar tanah runtuh di Seksyen 9 Shah Alam.

Rasanya keadaan sudah berlanjutan selama lebih kurang 3 bulan. Mesti tuan-tuan rumah tidak tidur malam memikirkan keselamatan keluarga

Semoga akan ada tindakan untuk membaiki struktur yang runtuh ini secepat mungkin.

Ehh, ada satu gambar lagi, kali ini adalah gambar kakak/adik ipar saya serta anak saudara bergambar dengan artis...artis muda...

Tadaaaa...ini artisnya, dia masuk top five ABPH, hebat lah tu. 

Okay...di sini dahulu...insyaa allah kita jumpa lagi di lain post.
























































Thursday, May 4, 2017

Penangan Tumis Ikan Bilis dan Kacang

Assalamualaikum.


Hari ini hari Khamis, 4 Mei 2017. 



Sesungguhnya saya tidak pasti saya ingin menulis tentang apa sekarang ini, cuma kadang-kadang, ilham boleh datang secara perlahan sewaktu saya mula menaip. Jadi...mari terus menaip...



Hari ini saya sepatutnya berpuasa, tetapi tidak jadi. Saya mengakulah di sini yang azam saya untuk berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis telah gagal...sudah masuk bakul sampah. Tetapi tahun ini masih belum berakhir, semoga saya di beri kekuatan untuk melakukan puasa sunat ini selepas bulan Ramadhan, insyaa allah.



Semalam pula saya telah sekali lagi gagal untuk mengawal nafsu makan saya, dan ianya adalah angkara sambal tumis ikan bilis yang telah saya letak kacang.



Sebenarnya saya memang sudah agak lama "craving" untuk makan sambal tumis ikan bilis + kacang tanah goreng ni. Hampir sebulan saya berangan-angan untuk makan dan mencari-cari kut ada yang dijual di sini. 



Malangnya, saya memang tidak terjumpa dan kalau yang terjumpa pun ianya adalah sedikit manis, dan tidak begitu sesuai dengan selera orang Perak saya ni. Oleh kerana tekak banyak sangat komen, kita buat lah sendiri..dan saya telah masak pada hari Isnin, 1 Mei, cuti hari buruh.



Pada keesokan harinya, setelah begitu lama tidak membawa bekal ke pejabat, kami telah membawa nasi, telur goreng dan tumis ikan bilis/kacang ke pejabat.



Menarik tak you alls?...ekekeeeke, habis diet saya...

Encik suami adalah super rajin, jadi dia telah goreng telur juga pagi itu

mmm....puas hati makan


untuk sihat sikit, saya telah potong buah lai dari Korea yang rangup dan manis.

Saya ada letak sekejap tumis ikan bilis tu di pantry office, tapi mungkin pedas, jadi ianya kurang menarik minat yang lain. Itu yang kami bawa balik sambal tu dan telah telah makan sekali lagi semalam.

Tapi, hari ini, hari Khamis malam, saya telah masak sekali lagi, walau bagaimanapun, kali ini suami saya telah melarang saya masak nasi. Dia kata "nanti saya masak nasi untuk esok, tapi malam ini, kita makan buah aja".

Haaaaa....alhamdulillah ada suami yang prihatin...if not, saya mesti makan banyak punya lah.

Okay you allsss...I kept my promise, for today lah. Esok.....biarlah masa menentukan. Gnite!

Wednesday, May 3, 2017

Cuba Update Hari-Hari...

Assalamualaikum.

Hari ini hari Rabu, 3 Mei 2017. 

Saya terpanggil untuk 'update' blog ini berdasarkan perbualan saya dengan suami saya semalam. Perbualannya berbunyi begini :

Saya : "Tahun ini paling sikit saya update blog, mungkin jumlah semua dalam 56 post sahaja, sebab purata 1 minggu satu post, itu pun kalau rajin. Ingat lagi pada tahun 2015, saya buat update hari-hari semenjak saya datang kerja sini"

Suami : " Haa, memang pun, Cikbib update lah hari-hari pada waktu tu. Kenapa sekarang Cikbib tak buat macam tu lagi?"

Saya : "hmmm...bukan ada orang nak baca sangat pun. Saya pun kurang rajin"

Suami : "Cikbib update lah untuk reference diri sendiri. Macam untuk cuti buruh, tahun 2015 kita buat apa, tahun 2016 kita buat apa, haaa, tahun ini kita duduk rumah aja. Buat macam diari".

Haaaa, jurus sungguh perbualan suami isteri di atas, menggunakan bahasa yang tidak berapa pasar pulak tu, hiksss. Tapi saya memang rasa yang saya patut tingkatkan jumlah post saya semula, insyaa allah. 

Saya cuba lah untuk lebih update blog ini mulai sekarang, infact, maybe it is about time to make another count down...count down untuk balik HQ semula (semoga ianya tidak berlaku terlalu cepat, kurniakan lah yang terbaik untuk aku Ya Allah. Aamiin)

As for KK, the weather is hot, hot, hot again. Petang semalam suhu ada sedikit menurun dan awan hitam kelihatan di sana-sini. Walau bagaimanapun, kami tidak melihat hujan turun langsung-lansung, dan sesungguhnya perkara itu sering berlaku di KK kerana angin telah membawa pergi awan hujan ke tempat lain. But still, we are thankful because last night was slightly cooler. Selesa lah sedikit tidur kami yang tiada aircond di rumah.

And another thing that I want to share is that I am now starting to practice some yoga moves, and most of the moves are for my back (lower part). I have practiced a few moves and I can feel the different, it is almost like doing stretching. Maybe you could also try. Just google for yoga moves and all sort of photos will come out for reference.

Okay...di sini dulu. Doakan semoga saya sentiasa ada perkara yang boleh di tulis di sini. Jumpa lagi...


Monday, May 1, 2017

Panas, Shopping dan Shiatsu

Assalamualaikum.

Hari ini hari Isnin, 1 Mei 2017 dan satu Malaysia cuti hari buruh. Pastinya saya pun bercuti, tetapi kali ini kami hanya menghabiskan masa di rumah.

Pada tahun 2015 dan 2016, bulan Mac, April dan May adalah musim panas/kering berpanjangan di Sabah. Pada tahun 2015, ketika kami mula-mula sampai, kami telah dimaklumkan yang Sabah telah tidak menerima sebarang hujang selama 2 bulan. Oleh kerana cuaca yang kering, banyak kebakaran telah berlaku dan kami boleh mendengar bunyi siren kereta bomba hampir setiap hari. Apabila saya outstation, saya dapat menyaksikan kesan-kesan kebakaran di banyak tempat.

Pada tahun ini, alhamdulillah, walaupun panas, tetap ada hujan yang turun sekurang-kurangnya sekali seminggu. Malah, ada masanya, hujan turun sehari suntuk, malah ada yang berlanjutan sehingga 2 hari. Alhamdulillah sebab hujan yang turun telah membasahi rumput/tumbuhan dan oleh kerana itu, tiada rumput yang bertukar kuning ataupun pokok-pokok yang tinggal ranting kerana keguguran daun.

Walau bagaimanapun, cuaca pada hari minggu saya kali ini memang amat panas, sehingga air yang kami mandi pun menjadi suam...tak perlu ada water heater pun. Kami juga bersyukur sebab ada buat sauna percuma, tanpa perlu pergi spa.

Kain yang di basuh juga sangat cepat kering. Tapi, bila solat, dan di dalam telekung tu, agak mencabar jugalah sebab rumah kami tiada aircond...but no worry, the sweat will cool me down.

Mengikut perancangan awal, saya dan suami sepatutnya balik ke Semenanjung pada 22 April kerana saya perlu menghadiri majlis re-union sekolah menengah saya di Balik Pulau, Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, memandangkan kesihatan saya belum pulih sepenuhnya, suami saya mencadangkan supaya saya membatalkan pemergian saya itu.

Sedih juga sebenarnya, tetapi kesihatan adalah lebih penting...

Kehidupan diteruskan dan kami memang banyak duduk di rumah dan berehat. Walau bagaimapun, duduk di rumah tidak bermakna saya masak...kami lebih banyak makan di luar, walaupun ada sahaja perkara yang kami tidak berapa suka apabila makan di luar. Tapi semalam saya ada masak...masak maggi goreng ajapun, ha ha ha...tapi tetap nak share di sini...

Hah...maggi goreng makan kongsi

Selain daripada itu, saya juga telah mendapat hobi baru iaitu shopping online. Hobby ini sekiranya tidak di monitor, bisa saja menjadi masalah. Saya beli macam-macam, minyak angin la, bedak 5 in one lah yang telah menarik minat saya kerana ianya di pakai oleh seorang Puan Sri ni...dan baju. 

Satu perkara yang saya belajar juga adalah, janganlah berangan nak beli baju di shopping online yang biasa-biasa tu kalau badan saiz macam saya ni. Beli lah yang sesuai untuk orang-orang yang bersaiz besar...memang pahit, tapi itulah kenyataan. 


Haa...gambar di atas adalah antara parcel yang sampai untuk saya.

Gambar di atas pula adalah gambar yang di ambil semalam di Lefestour 5.0 di mana ada expo jualan. Sebenarnya saya sudahpun berada di peringkat angkatan wanita insaf dan berazam untuk tidak lagi shopping, tapi suami telah mengingatkan saya macam ini "Cikbib, nanti kita pergi ke KK Trade Centre, ada telekung Siti Khadijah".

Haaa...sebab suami sudah janji nak belikan telekung, saya pun excitedlah juga untuk pergi. Tetapi, selain daripada telekung, saya juga telah beli, tadaaaa....


Haaa, tudung neelofar....gambar belakang aja cukuplah kerana muka saya tidak bertukar menjadi Neelofa selepas saya pakai tudung ni.

Baru-baru ini (Jumaat, 28 April 2017) saya telah ke Sandakan kerana ada program pada pagi Sabtu (29 April 2017). Dalam perancangan awal, saya sepatutnya pergi pada pagi Sabtu, walau bagaimanapun, oleh kerana tiket penerbangan habis, saya terpaksa pergi awal dan bermalam semalam di Sandakan.

Penerbangan yang dijadualkan pada jam 8.00 malam telah lewat dan saya hanya mula terbang pada jam 10.00 malam daripada KK dan sampai di Sandakan pada jam 11.00 malam (sudah sangat lewat ni). Saya ni jam 9.00 malam tu memang sudah mengantuk dan oleh kerana itu, saya telah tidur pada sepanjang perjalanan. 

Sampai di Sandakan, dengan muka baru bangun tidur, saya sudah membayangkan katil dan bilik hotel, walau bagaimanapun harapan saya terencat kerana ada kawan yang menunggu dan tiba-tiba telah muncul cadangan untuk kami pergi berurut ala Shiatsu.

Ooooo, you just cannot say no man, at least pergi berurut kan, kalau pergi karaoke, lagi pengsan lah saya.

Saya mula-mula tu ingat yang kami hanya akan berurut kaki sahaja, jadi saya pun relax lah, walaupun hampir tertidur. Cabaran bermula apabila kami diberitahu yang package yang diambil ada sesi urutan seluruh badan juga....and we were like...it's already late..

But we continued with the whole package and I think it was really a good session even though I was asleep most of the time. Inilah kali pertama saya berurut cara Shiatsu dan saya sukakannya (saya suka urutan badan, yang refleksologi tu saya lebih suka yang biasa saya buat di KK).

Cara Shiatsu ni adalah kurang sakit, tapi sedap dan berkesan. Bagi saya tukang urut Shiatsu mestilah pandai untuk mencari point yang penting dan fokus urutan adalah di point-point tersebut. Mereka buat lembut sahaja, tapi berkesan.

Selepas selesai berurut, saya terus check in ke hotel, bersihkan diri, solat dan tidur...dengan lenanya. Saya sedang cuba mencari cara urutan yang sama di KK...mungkin saya boleh cuba lagi. Kalau ada kelas, teringin juga saya belajar teknik mengurut Shiatsu ni, ha ha ha.

Okay lah people...jumpa lagi di lain post...saya sudah mengantuk ni..