Thursday, November 17, 2016

Short Update - 17 November 2016

Assalamualaikum

Adoii, sedihnya saya menengok blog ini diabaikan oleh tuan blog, sunyi senyap langsung.

Atas rasa sedih itu, saya nak cuba meluangkan sekejap masa saya untuk mengupdate blog ini sekarang. Saya tidak pasti lagi apa yang akan saya tulis sebenarnya, tengoklah kut ada idea datang dalam masa terdekat ini kan.

Oh, terlebih dahulu saya ingin bertanya khabar semua kepada anda semua. Apa khabar? Saya doakan semoga semua pembaca blog ini di dalam keadaan sihat walafiat. 

Semasa kita adalah lebih muda, jarang benar kita bertanya tentang kesihatan kenalan kita, walau bagaimanapun,  semenjak umur meningkat, kesihatan memang menjadi tajuk utama perbualan dan saling mendoakan kesihatan masing-masing memang sering kita lakukan.

Baru-baru ini, pada pagi Sabtu, 12 November 2016, sewaktu bangun untuk solat subuh, suami saya telah memaklumkan kepada saya yang sahabat beliau, Encik Mat, telah meninggal dunia.

Sewaktu saya baru mula ingin mengenali suami saya, Encik Mat adalah antara sahabat pertama yang di diperkenalkan. Saya tahu suami saya sangat menyayangi Encik Mat dan sentiasa merujuk kepada Encik Mat sebagai sahabat, sahabat dunia akhirat, sahabat semasa susah dan senang.

Pastinya ada banyak kenangan yang suami saya kongsikan bersama Encik Mat, malangnya, sewaktu akhir hayat Encik Mat, mereka gagal untuk berhubung kerana pertukaran telefon/no telefon serta Encik Mat telah berpindah rumah. Walau bagaimanapun, berkat adanya teknologi zaman kini, suami saya telah dapat menjejak kembali keluarga Encik Mat dan kami telah di beri rezeki untuk melawat Encik Mat pada bulan Oktober lepas, sewaktu keadaan Encik Mat sudah agak kritikal.

Kami akur dengan perancangan Allah dan apa yang mampu kami lakukan adalah mendoakan yang terbaik untuk Encik Mat dan keluarga. Semoga isteri dan anak Encik Mat tabah dalam menghadapi cabaran hidup seterusnya, dan semoga dipermudahkan semua urusan akhirat Encik Mat, insyaa allah.

Selain daripada kisah kawan suami saya itu, pastinya kita semua perasan yang semakin ramai telah meninggalkan kita dan ramai daripada mereka adalah di dalam umur yang lebih muda. Baru-baru ini, Arab, seorang penyanyi yang popular dengan lagu Bila Bulan Berwarna Biru juga telah meninggalkan kita akibat serangan sakit jantung.

Hari ini, saya telah menerima panggilan daripada kawan daripada HQ yang ingin sekali lagi menangguhkan program yang sepatutnya di adakan di Sabah kerana salah seorang "speaker" telah terkena serangan jantung. Apabila saya tanya umur "speaker" tersebut, kawan saya itu telah menjawab begini "dah tua kak bib, dalam 40 lebih kut".

Saya terus rasa ?#@$%&. Heyyy, saya pun 40 lebih kut. Aduhhh, insafnya saya.

Tapi ye lah, kehidupan perlu diteruskan. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga kita sentiasa di dalam rahmat allah. Aaamiin.

1 comment:

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete