Assalamualaikum.
Hari ini hari Khamis, 10 November 2016.
Semalam, pada 9 November 2016, seluruh dunia telah dikejutkan dengan kemenangan Donald Trump sebagai Presiden baru US. Sesungguhnya saya pun terkejut juga.
Secara peribadi, saya ini bukannya peminat politik, malah sehingga sekarang saya masih keliru siapa yang mewakili parti Democrat dan siapa pula yang mewakili Republican. Tapi semenjak Trump menjadi salah seorang candidate, tumbuh lah sedikit minat saya untuk mengambil tahu.
Buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya telah bersusah payah (google aja pun, tengok youtube) untuk menonton debat bersiri antara Clinton dan Trump.
Bila menonton tu, kira kita jadi tahu lah juga sedikit sebanyak tentang isu-isu yang didebatkan dan kebolehan kedua-dua calon berhujah. Kebolehan berhujah pula hanya akan datang secara natural sekiranya setelah ilmu penuh di dada.
Setelah saya menonton siri debat ini hati kecil saya berkata yang Trump memang tidak sesuai untuk menjadi Ketua Negara. Saya nampak ilmu Trump adalah terhad dan lebih menjurus kepada ekonomi golongan yang sepertinya sahaja. Dan apabila Trump kehilangan idea dan topik untuk bercakap, dia telah mengambil tindakan untuk menyerang pihak lawan dengan isu-isu yang kadang kala adalah tidak berkenaan.
Sekiranya debat tersebut di tonton oleh semua pengundi di US, saya adalah 150% yakin yang Trump akan kalah, walau bagaimanapun, secara jelasnya, apa yang saya fikirkan adalah tidak selari dengan apa yang para pengundi di US fikirkan kerana Trump telah menang dan bakal menjadi Presiden selama 4 tahun.
Sesungguhnya saya keliru sungguh macam mana rakyat US boleh memilih Trump. Saya pun main agak-agak lah apakah penyebab kenapa Clinton boleh kalah dan antaranya adalah, mungkin sebab di perempuan (masalah gender ini tidak pernah selesai di US) dan mungkin Trump lebih dikenali di kalangan mereka yang masih muda dan suka menonton rancangan realiti/hiburan. Mereka mungkin bukanlah suka sangat dengan Trump, tetapi mereka kenal dengan Trump (awareness).
Oleh kerana tidak berpuas hati, saya telah google "Why Trump Win the Election" dan saya telah terjumpa dengan blog yang membuat diagnosis ini sebelum pengundian dijalankan. Penulis telah menggariskan 5 sebab kenapa Trump akan menang dan antara sebab yang digariskan adalah seperti sebab yang saya telah sebutkan sebentar tadi, cuma dengan cara yang berlainan.
Penulis telah menggunakan perkataan " the Last Stand of the Angry White Man". Maksudnya, hampir sama di mana mereka tidak mahu seorang wanita menjadi presiden.
Saya juga mendapat maklumat yang hanya 50-51% daripada rakyat Amerika yang boleh mengundi telah keluar mengundi dan bilangan yang telah keluar mengundi adalah sebanyak 124 juta orang. Malah, salah satu strategi yang telah digunakan oleh Trump adalah dengan memberitahu para pengundi bahawa "adalah tidak salah sekiranya mereka tidak mengundi Trump, asalkan mereka juga tidak mengundi Clinton.
Saya juga mendapat maklumat yang hanya 50-51% daripada rakyat Amerika yang boleh mengundi telah keluar mengundi dan bilangan yang telah keluar mengundi adalah sebanyak 124 juta orang. Malah, salah satu strategi yang telah digunakan oleh Trump adalah dengan memberitahu para pengundi bahawa "adalah tidak salah sekiranya mereka tidak mengundi Trump, asalkan mereka juga tidak mengundi Clinton.
Walau bagaimanapun, itulah kenyataannya di mana sistem demokrasi membenarkan rakyat memililih pemimpin mereka dan rakyat Amerika telahpun membuat pilihan.
Let's move forward, mari kita sama-sama tunggu sama ada Trump mampu atau tidak memenuhi janji-janji yang telah dibuatnya sewaktu berkempen.
Let's move forward, mari kita sama-sama tunggu sama ada Trump mampu atau tidak memenuhi janji-janji yang telah dibuatnya sewaktu berkempen.
Berbalik kepada Clinton yang gentleman dan mengucapkan tahniah kepada Trump dan seterusnya menawarkan khidmatnya untuk bersama-sama menyumbang kepada US patutlah dipuji. Memang itulah perkara yang paling sesuai di lakukan. Keputusan mengenai siapa yang patut mentadbir negara telahpun di ambil dan oleh kerana itu, mari bergerak ke hadapan dan bersama-sama menyumbang kepada negara.
Dan seterusnya, bagaimana pula keadaan Malaysia di PRU seterusnya. Saya doakan semoga dikurniakan negara ini pemimpin yang baik, yang bisa membawa negara/rakyat ke arah kemakmuran. Aamiin
No comments:
Post a Comment