Friday, July 1, 2016

Hari Terakhir Berbuka Puasa di KK untuk Ramadhan 2016

Assalamualaikum.

Saya sedang duduk di meja makan setelah berbuka puasa sebentar tadi. Saya akan balik ke Semenanjung esok dan jiwa saya ada macam-macam perasaan yang bercampur baur. Ada perasaan teruja nak balik ke Semenanjung, ada rasa teruja untuk beraya dan ada juga secebis perasaan  sayu di hati kecil ini kerana sedih bulan Ramadhan hampir berakhir. 

Saya berasa sayu Ramadhan bakal berakhir kerana saya dapat merasakan sedikit perubahan diri pada sepanjang bulan Ramadhan. Saya dapat rasakan yang ada sedikit "improvement". Solat pun peratus kusyuk tu ada peningkatannya, bila baca quran pun, terasa manisnya, dan bila berdoa tu, rasa syahdu sangat. Semoga kita semua dapat mengekalkan perkara-perkara baik yang telah menjadi aktiviti rutin pada sepanjang Ramadhan ke bulan-bulan selepas Ramadhan, insyaa allah.

Saya juga tidak kisah dengan rutin bangun sahur, solat subuh serta menyediakan makanan untuk berbuka. Lagipun, makanan yang saya sediakan memang sangat simple sebab kami memang tidak berapa lalu makan dan kami takut sekiranya lebih banyak makanan yang disediakan, maka pembaziran akan berlaku. 

Kami ada juga berbuka di luar,  untuk bertukar selera. Kami tidak makan banyak, tapi seronok juga bila dapat tengok makanan lain selain apa yang saya masak kan...he he he.

Ehh, mari mulakan cerita mengenai hari ini di mana bila saya sampai sahaja di bilik ofis, saya dapati cahaya matahari memancar-mancar dan langit cerah. Saya tangkap gambo...


Pada waktu tengahari pun cantik...



Saya suka aja bila tengok daripada dalam ofis, tapi saya tahu sekiranya berada di luar ofis, pastinya cuaca adalah sangat panas.

Dan, saya juga kena mengaku yang hari ini saya tidak ada mood langsung untuk bekerja kerana mood saya sudah ke tempat lain. Walau bagaimanapun, saya tetap cuba menyelesaikan apa yang sepatutnya saya selesaikan sebelum saya balik ke Semenanjung. 

Balik rumah, seperti biasa, saya menyiapkan makanan untuk berbuka. Saya masak semua benda yang perlu dihabiskan kerana kami akan meninggalkan rumah selama 2 minggu nanti.

Ohhh...saya masak apa?



Hmmm...ikan kerapu goreng, sayur kailan+tomato tumis, sambal tumis hari apa ntah dan sambal belacan hari Rabu. Saya memang okay dengan lauk macam ini tapi tadi saya tanya juga kat suami macam ini "Shuk sedih ke bila saya masak macam ini sahaja?"

Suami saya jawab "Kalau bukan bulan puasa, saya menangis, tapi sebab bulan puasa dan saya tak larat nak makan, saya okay aja".

Well, sayur itu habis, sambal belacan itu habis dan ikan goreng separuh habis...alhamdulillah.

Orang Sabah sering kali menggunakan perkataan "Sungkai" untuk upacara berbuka puasa dan hotel-hotel di seluruh Kota Kinabalu sering sahaja penuh setiap malam pada sepanjang bulan Ramadhan. Selalunya hotel hotel akan menjual voucer berbuka puasa dan harganya tidaklah murah, satu kepala, memang dalam harga RM100 ke atas.

Pada hari Isnin, 27 Jun, kami berpeluang berbuka di Le Meridien KK. Mak aiii, punya lah ramai orang dan makanan yang dihidangkan juga adalah sangat pelbagai. Saya dimaklumkan yang ada lebih kurang 300 hidangan di sediakan. 

Tapi ye lah, banyak mana sangat yang kami bisa telan, tapi mata kami tetap gembira melihat pelbagai jenis makanan yang disediakan.

Pemandangan daripada meja kami duduk, tengok tu, punya lah ramai orang. Walau bagaimanapun, saya patut memuji sistem yang digunakan kerana tiada langsung masalah perlu beratur untuk mendapatkan makanan dan makanan yang habis di tambah semula secepat mungkin. Well done Le Meridien KK

Ini makanan berbuka kami, kira pembukaan lah. Kuih-kuih yang disediakan adalah sedap. Selain daripada kuih, saya ada ambil nasi putih yang dimakan dengan sotong masak petai. Saya kan peminat petai, jadi bila nampak petai, itu sahajalah yang menarik bagi saya, yang lain saya tidak tengok pun.


Yang ini gambar penutup...kami sudah makan dessert. Udang dan ketam goreng tepung tu kami sudah tidak lalu makan dan rasa menyesal sungguh sebab tamak, ambil makanan tu dan tak lalu makan...haih

Ini dessert saya, dua-dua adalah puding daripada kelapa

Pada hari Rabu pulak kami telah diturunkan cabaran blackout sewaktu bersahur. Hah, oleh kerana blackout, kami pun makan di bawah cahaya lilin lah..




Tengok tu, suami saya sempat buat thumb up waktu saya ambil gambar.

Sabah memang selalu blackout jadi kami memang perlu bersabar, lebih-lebih lagi sekiranya blackout berlaku sewaktu cuaca panas lit lit.


Menu di atas adalah menu kami pada hari Rabu.....ikan goreng, sambal belacan dan sup cendawan

KK juga adalah teramat sibuk pada hari Sabtu dan Ahad sehingga keadaan trafik seakan tidak bergerak. Sekiranya mahu keluar membeli belah, pastikan anda keluar pagi, sebelum waktu zohor.


Dan seperti biasa, ada banyak hiasan menarik di kompleks-kompleks membeli belah di sekitar KK. Gambar di atas di ambil di Imago...

Selepas ini saya mahu membasuh baju, mandi, solat dan mungkin mula mengemas barang-barang yang perlu di bawa balik. Selalunya, sekiranya balik ke kampung, saya tidak akan sempat untuk meletakkan apa-apa post di blog ini dan oleh kerana itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca. Semoga kita semua selamat dalam perjalanan balik ke kampung dan dapat menggunakan sepenuhnya peluang untuk meluangkan masa dengan keluarga tercinta.

Saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kata-kata/coretan yang telah mengguris hati anda. Walau bagaimanapun, saya percaya, sekiranya hati anda pernah terluka dengan coretan saya, tetapi anda masih terus membaca blog ini sekarang, pastinya anda mencintai blog ini dan saya sudah dimaafkan....betul? 

Dan pada pembaca-pembaca baru...welcome and please keep on reading ye.

Kita jumpa lagi di post yang seterusnya...assalamualaikum























No comments:

Post a Comment