Sunday, July 24, 2016

Back in KK

Assalamualaikum.

Hari ini hari Ahad, 24 Julai 2016, Shawal yang ke 19. Sekarang ini jam 2.30 petang, kami sudah makan nasi jam 11.00 pagi tadi, makan nasi, ikan bakar dan sayur taugeh masak lemak putih tu dengan sambal belacan. Suami saya sudah lena sebab tv tiada siaran sebab KK hujan, alhamdulillah.

Saya minta maaf sebab sudah lama tidak mengupdate blog ini. Walau bagaimanapun, saya dapati bilangan yang datang melawat tetap ada di mana dalam seminggu ini lebih kurang 400 pelawat ada menjenguk. Mungkin mereka menjenguk dan mengharapkan ada post baru, tapi kecewa sebab penulis blog sudah di jangkiti penyakit M semula.

Saya cuba nak pick up balik cerita sebelum raya, sewaktu raya dan selepas raya sewaktu saya di Semenanjung. Sebenarnya masa yang saya ada juga adalah terhad kerana pada minggu hadapan, ada delegasi yang akan datang daripada HQ dan saya akan ada lawatan ke Sipitang dan Lahad Datu dan pada 5 Ogos, saya perlu balik ke Semenanjung kerana menghadiri kenduri nikah anak saudara di Kl. 

Semoga di permudahkan urusan saya, dan semoga semuanya berakhir dengan baik.

Sebagai penutup, saya nak letak gambar apa yang saya minggu lepas, juga gambar emak saya yang telah di hantar oleh anak sedara saya Athirah...

Pagi tadi (Ahad, 24 Julai 2016), saya telah buat ikan bakar, taugeh masak lemak dan sambal belacan. Kami buat brunch sekaligus.

Semalam, saya telah masak cucur udang+taugeh+kucai yang dimakan dengan kuah kacang yang telah di bawa oleh Mak Ngah tahun lepas.

Ohhh...pada hari Khamis malam (21 Julai 2016), suami saya telah cakap begini kepada saya "Cikbib esok kena masak bekal kan?"

Saya pun jawab "yup, nanti saya masakkkk....."

Suami terus cakap macam ini "saya sudah masak nasi lebih, esok Cikbib masak nasi goreng ye".

So, gambar di atas adalah gambar nasi goreng bekal yang sudah tinggal setengah. Suami saya kata dia rindu nak makan nasi goreng dan rindu juga nak makan sambil membaca surat khabar di dalam ofis.

Semalam (Sabtu, 23 Julai) anak sedara saya Athirah telah meletakkan gambar di atas di dalam group wassup keluarga di mana beliau telah membawa opah berjalan ke rumah opah Chu di Ipoh.

Saya tumpang gembira tengok gambar adik-beradik ni ceria

Menu nya, mereka beli aja di kedai...

Saya berhenti di sini dahulu dan post ini adalah muqaddimah kepada post-post yang seterusnya...




No comments:

Post a Comment