Monday, May 2, 2016

25 April - 2 Mei 2016

Assalamualaikum,


Hari ini, 2 Mei 2016, jam 5.09 minit dan saya bersiaran dari bilik tidur saya di Taman Sri Kepayan KK. Saya duduk sorang-sorang di bilik ini sejak solat Asar dalam jam 4.00 tadi dan telah mengambil keputusan untuk duduk lama sikit sambil update blog dan blog hop sebab bilik ni sejuk sikit, ada aircond kan. Kalau duduk di ruang tamu tu, tiada aircond, jadi panas lah sikit.

Mari lah saya update tentang aktiviti yang telah saya jalankan pada sepanjang minggu lepas, juga pada hari minggu yang panjang ini (hari ini cuti sempena hari buruh pada 1 Mei semalam). Seperti biasa, pada hari bekerja, saya bekerjalah, buat lawatan, attend event, jumpa syarikat, buat meeting, sediakan laporan, bla, bla, bla. Dan gambar saya ada masuk paper di Sabah ni..sat saya cari link ye....

http://www.theborneopost.com/2016/04/28/deal-signed-to-build-biotech-hub-at-kkip/

Melvin (left) and Mohd Nazlee exchanging MoU, witnessed by Jainab and other guests.
Ada gambo saya yang cun terselit...kih kih kih...paper ni orang Sabah aje yang baca bahhh

Dan pastinya saya ada masak kan? Yang ini saya tahu ada banyak peminat, jadi saya nak letak antara gambo yang menarik ye...

Mula-mula saya letak gambo makanan sarapan pagi...


Yang atas ni terjadi minggu lepas rasanya, apabila suami saya buat pertama kalinya membeli ayam di KK dan saya telah buat ayam goreng kunyit, letak kacang buncis sikit dan buat sambal belacan. Suami komplen juga sebenarnya sebab tak de kuah, tapi saya tengok dia makan macam berselera, tapi sampai habis nasi tu, masih dia kata lain kali buat kuah sikit..hmmm

Yang ini terjadi hari Isnin lepas. Lauk ini saya masak pada hari Ahad dan pagi esoknya hubby sudah excited dan cakap "saya sediakan breakfast hari ini, Cikbib relax aja ye"...

Yang ini, nasi goreng  dan saya gunakan ayam juga...

Pada hari Rabu, kami pergi kedai Tokmi untuk makan roti canai. Tapi hubby telah bagi saya bekalan seperti di bawah dan saya ambil aja tanpa tahu pun apa isinya

Bila sampai ofis dan saya buka bekalan dan tadaaa.....ada buah-buahan...alhamdulillah. I was touched by hubby's effort to prepare this. 

Saya siap share dengan kawan-kawan saya lagi, berkat kan, bila suami yang sediakan. Suami saya kata, dia sempat nak buat sebab dia tidak tidur lepas Subuh...alhamdulillah. Banyak perkara yang kita boleh buat bila kita tidak tidur lepas Subuh kan...peringatan untuk diri saya juga anda semua...

Untuk pengetahuan semua, sambal udang yang saya sediakan pada hari Ahad itu sesungguhnya sangat berkat. Hubby makan hari-hari dan dia siap bahagi portion untuk setiap hari. Sewaktu makan nasi goreng pada hari Selasa itu pun dia makan dengan sambal udang juga. Tapi ye lah, akhirnya habis juga lah sambal udang tu kan dan kami telah habiskan sama-sama pada hari Khamis...yup, menunya adalah sambal udang balance hari Ahad tu, telur goreng dengan kicap dan nasi. Dannn, somehow sambal udang tu rasanya bertambah sedap pada hari Khamis, mungkin sebab semua bahan telah "blend" dengan lebih baik apabila di simpan sekian lama kut...kih kih kih

Hari Jumaat, saya sediakan pasta goreng...saya tetap masak pada hari Jumaat sebab saya rasa muka hubby macam kurang gembira bila makan di kedai Tokmi tu.

And...the most important thing is, the happy face of Tokbomo. Pagi tadi, suami saya cakap macam ini "Cikbib tau, saya kan, bangun aja pagi-pagi mesti terus terfikir apalaaa yang Cikbib nak prepare untuk breakfast hari ini."...haih, cabaran juga ni sebenarnya.

Tapi, dalam saya masak untuk bagi suami saya gembira, suami saya pulak yang suka aja bagi komen bila saya masak. Ada harinya, saya suka aja bila dia komen tu, tapi, kadang-kadang, bila mood saya swing atau PMS, saya boleh sentap bila dia komen dan rasa macam tak nak masak sampai bila-bila aja. 

Contohnya, baru-baru ni, dia komen tentang inti karipap saya yang saya letak perencah udang kering. Saya bila dia komen tu satu perkara, tapi bila dia macam tak nak makan tu, saya sudah macam ....bosan kut.  Atau rasa tidak dihargai kut...se pura-pura makan untuk menghargai usaha saya untuk masak tu kan? Tapi suami ada juga cakap macam ni "Takkan tak boleh komen, kalau saya tak komen, macam mana Cikbib nak improve"....ye la tuuuuu

Malamnya pulak, dia komplen sebab saya guna susu instead of santan bila buat bubur kacang. Saya terus rasa nak merajuk dan tak nak masak dah sampai bila-bila bila dia cakap macam itu. Saya rasa macam mengada-ngada sangat walhal bubur kacang kat Restoran Chili Merah tu pun guna susu, tapi dia suka beno bubur kacang kat Chili Merah tu dan asyik puji aja.......

Malam tu saya memang geram dan terus naik ke bilik dan merancang untuk merajuk. Tapi sebab memikirkan yang kami terpaksa patuh kepada perjanjian untuk tidak merajuk sewaktu hari cuti, langsung lah saya tangguhkan dulu rajuk saya tu. Tapi, esoknya saya lepas kan juga peluru-peluru saya dan suami saya cakap macam ini "Cikbib ni memang pandai menjawab la"...haih...see the leg la kan.

Pagi Ahad, semalam, 1 Mei, saya bangun awal sebab ada appointment dengan tukang urut. Yup, berurut adalah salah satu aktiviti yang agak murah dan banyak pilihan di KK ni. Sepatutnya, saya pergi berurut pada hari Jumaat, 29 Mei 2016, sewaktu lunch break. Tapi sebab ada laporan yang tidak siap dan saya sudah hilang mood, appointment telah ditukar ke hari Ahad, jam 10.00 pagi.

Selepas subuh, saya tidak tidur dan telah masak gulai kari kepala ikan. Sebagai kesan sampingan sebab saya masak kari di rumah, sewaktu di kedai urut saya telah mendapati tudung dan baju saya semuanya bau kari...aduhai


Suami saya telah beli 1 kepala ikan yang agak besar bersama 2 kepala ikan yang kecik dengan harga hanya RM5. Haaa, begitulah murahnya harga bahan-bahan mentah yang segar di KK ni tapi kita kena lah pastikan masakan kita tu menjadi kan. Seperti yang anda semua tahu, kari bukanlah antara lauk yang saya pandai sediakan tapi untuk yang ini, hubby kata "Cikbib punye kari lagi sedap daripada kedai-kedai mamak kat KK ni, kira bolehlah untuk membuat saya hilang rindu dekat kari di Semenanjung"...ha ha ha ha....anggaplah compliment kan

Saya telah pergi berurut seluruh badan sementara suami pun sepatutnya pergi berurut juga di kedai yang lain. Tapi, bila saya selesai, rupa-rupanya dia tak pergi berurut pun, dia pergi lepak-lepak dan makan roti canai.

Hmmm, rupa-rupanya dia kena tunggu saya juga untuk temankan dia pergi berurut...


Hmmm....terpaksalah saya tunggu dia pulak selama sejam untuk berurut, nasib baik kedai ni siarkan filem Munafik di Astro First tu, jadinya, masa sejam tu berlalu dengan agak cepatlah. Dannn, saya dapati cerita Munafik tu tak lah ngeri sangat pun sebab sepanjang saya menonton, saya tidak perlu tutup mata langsung-langsung.

Dann...hari ini, kami lepak-lepak aja kat rumah, pagi tadi saya masak cucur ikan bilis, lepas tu tengok tv dan lunch kami pergi makan di Hotel TH. Saya makan mushroom soup dengan garlic bread dan suami makan nasi goreng kampung.

Untuk dinner, rasanya kami akan makan jagung rebus.

Oklah, sudah jam 6.25 minit sekarang, nampaknya saya sudah over the limit dan tidak sempat untuk kayuh basikal...esok lah saya buat. Saya kena mandi dan solat Maghrib selepas ini. 

Semoga kita dapat menghadapi hari-hari kita dengan ceria dan tenang. Terima kasih sebab sudi singgah dan membaca coretan saya. Doakan supaya saya ada rezeki saya untuk terus menulis.

No comments:

Post a Comment