Assalamualaikum.
Saya tinggal di ofis sekarang, tengah melihat balik state brief yang rakan sekerja saya telah sediakan. Terima kasih Allah sebab telah mengingatkan saya untuk melihat semula kerja yang telah disiapkan kerana ada terdapat beberapa kesalahan data di dalam laporan tersebut.
Itu lah fungsinya bekerja di dalam satu kumpulan, seorang buat silap, yang lain betulkan.
Tapi selain daripada membetulkan data yang salah, ada juga charta yang perlu di betulkan. Haihhh...sudah lama sungguh saya tinggalkan perkara-perkara yang teknikal dan detail untuk membuat charta bagai ni. Saya memang biasa buat sewaktu saya mula-mula masuk kerja dulu, biasalah kan bila kita kena buatkan presentation untuk boss, tapi sekarang ini, bila kena betulkan dan buat semula tuuu...adalah tidak berapa senang dan saya kena divert sekejap sebab stress bila tengok lama-lama.
Ehh, I forgot my introduction, okay, it's Monday, 9 May 2016. Two of the officers are on leave and another one is having a meeting. That left me with Saf and As at the office. I have a few things that I want to do but I want to finish the brief first...but I need a break.
Siapa tengok ABPBH semalam? Siapa tengok Gempaq Superstar semalam? Hah...selalunya, bila hari Ahad, malam Isnin, memang tiada rancangan yang seronok untuk ditonton jadi saya selalu lah tukar channel tv tanpa arah tujuan sambil melihat internet.
Dan pada minggu lepas, pada 1 Mei 2016, tanpa sengaja kami telah menonton Gempaq Superstar sikit-sikit, yup, sipi-sipi ajapun sebab rancangan itu memang tidak berapa memenuhi citarasa kita orang berdua.
Dalam tukar-tukar channel tu, sekali, bila kami buka balik Gempaq Superstar tengok-tengok ada perkara dramatik telah berlaku di mana Dato' Ramli MS telah menegur tonasi suara salah seorang pengkritik iaitu Ogy Ahmad Daud...(saya tak pasti sama ada Ogy sudah mendapat Datukship atau tidak).
Dato' Ramli telah memaklumkan bahawa sebagai seorang yang terlibat dengan muzik, tonasi adalah sangat penting dan tonasi yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan. Dan bagi Dato' Ramli, tonasi yang Ogy bawa membuat pendengar merasakan ianya adalah seperti "marah".
But Ogy defends herself (I like this, he he he) and answered more or less like this "Saya hanya berlaku jujur, dan sekiranya saya menukar tonasi saya maksudnya saya tidak berlaku jujur".
Lepas tu Michael Ang pun ada juga menambah lebih kurang macam ini "Okay Ogy, cuba tukar kan tonasi itu sedikit, itu saja"...
Dan keadaan bertambah panas apabila Ogy menjawab lebih kurang macam ini pula.."Kenapa saya pula yang di "evaluate" di sini walhal saya lah yang menjadi pengkritik".
Kelam kabut si Scha, Sharnaaz dan Datuk Terlajak Laris untuk menyejukkan keadaan sehingga Datuk Terlajak Laris telah menyanyi dan menari untuk divert attention...hoh, kelakar betul waktu itu.
Tapi Ogy boleh bertenang selepas itu, begitu juga Dato' Ramli MS, alhamdulillah, keadaaan kemudiannya menjadi lebih terkawal.
Dann...selepas itu langsung kami sambung menonton lagi rancangan itu untuk memastikan kami tidak ketinggalan untuk menonton apa-apa lagi yang dramatik yang mungkin berlaku.
Haaa, dan semalam, saya tiba-tiba teringat untuk melawat instagram Ogy dan mendapati memang banyak komen-komen yang pedas untuk Ogy. Adakah mereka ini juga ingin menjadi sejujur Ogy?
Kerja untuk menegur orang ni bukan senang sebenarnya dan bagi saya, untuk mengatasi masalah ini, kita ikutlah cara Nabi Muhammad saw menegur iaitu dengan penuh kasih sayang. Baginda juga bila menegur, dia bukan menegur individu tersebut, sebaliknya apa yang ditegur adalah perbuatan individu tersebut.
Dalam perkara ini, kita pun tidak ada hak untuk menilai apa yang ada di hati Ogy tetapi kita cuma boleh mendengar cara beliau memberi komen serta memek muka beliau di kaca tv. Saya yang mendengar kritikan Ogy, cuma merasakan apa yang kurang adalah elemen kasih sayang.
Dato' Ramli MS juga telah melakukan satu teguran yang sangat susah di lakukan tetapi saya dapat melihat bagaimana beliau telah berusaha untuk tidak menjadikan perkara itu sebagai sesuatu yang besar, cuba untuk tidak merosakkan kredibiliti Ogy sebagi pengkritik dan sesungguhnya itu adalah susah.
Dan bagi mereka yang mereka yang merasakan mereka betul dan berhak mengkritik orang lain dengan menggunakan kata-kata yang pedas di instagram Ogy...hah...mereka ini lagi saya takut.
Dan untuk saya yang penyibuk juga nak tulis mengenai perkara ini...entahlaahhhh...banyak perkara lain yang boleh dibincangkan, tapi mengapa memilih perkara ini?
Hah..semoga kita semua didalam petunjuk Allah.
No comments:
Post a Comment