Tuesday, May 10, 2016

Saya dan Datuk Bandar London

Assalamualaikum.

Hari ini hari Selasa, 10 Mei 2016, jam 8.57 malam. Saya sedang di depan tv, menonton berita selepas selesai menonton siri akhir British Bake Off 2013. Frances menang, yippyy.

Siang tadi, cuaca sangat panas, dan saya berpeluh-peluh. Oleh kerana seorang rakan sekerja saya mengambil cuti untuk menghadiri upacara konvo anaknya, semua kerja perlu saya buat berseorangan, tetapi ianya adalah quite fun. Lagi pun, Azah ada, so, everything went on quite well, alhamdulillah.

Semalam, saya ada terbaca mengenai Sadiq Khan, Datuk Bandar Kota London yang terbaru. Yang paling menarik perhatian saya ialah Sadiq ini umurnya adalah 46 tahun pada bulan Oktober nanti, maksudnya umur beliau adalah hampir sama dengan umur saya tetapi pencapaian kerjayanya adalah sangat jauh ke hadapan, dia sudah menjadi Datuk Bandar. 


Dan seperti biasa, saya teruslah melihat diri saya sendiri.

Melihat Sadiq berjaya membuat saya merasakan yang saya sendiri perlu meningkatkan ilmu serta prestasi kerja. 

Tidak, saya tidak berminat untuk menjadi seperti Sadiq, tapi cukuplah sekiranya saya dapat menjalankan segala tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya, dengan baik. 

Semoga kita semua dapat menjalankan semua tugasan kita dengan baik. Aamiin.

-----------------------------------------------------------

Saya juga nak share gambar menu baru yang saya buat minggu lepas. Yup, saya ada masak nasi ayam pada hari Ahad malam. Oleh sebab malam itu blackout pulak, ada sedikit ketidak cukupan masak la nasi ayam tu di dalam rice cooker. Oleh sebab kecacatan itu, suami saya bagi saya markah 3 daripada 5. 

Esoknya, kami telah bawa nasi ayam yang sama sebagai bekal...


Tak menarik langsung gambar ayam yang hitam tu kan...tapi rasanya not bad. Sebenarnya saya buat nasi ayam tu banyak sebab ingatkan kalau ada lebih, saya boleh buat nasi goreng. Malangnya, nasi ayam itu telah habis juga pada Isnin malam Selasa semalam.

Pagi tadi pula, kami bawa burger ayam untuk bekalan..


Suami saya sudah pesan dengan saya tadi, dia kata, esok dia nak burger juga dan dia nak daging burger tu dua keping, bagi kenyang sikit.

Dan sekarang ini, kami tengah makan jagung rebus. Suami saya sekarang ni excited sebab dia dah pandai rebus jagung dan pandai juga nak estimate jumlah garam yang perlu di masukkan. Oleh kerana itu, dia asyik beli jagung dan rebus jagung sekarang ni.

Okay lah people...kita stay positive lah kan. 

Saya nak makan jagung...gnite !





No comments:

Post a Comment