Wednesday, February 25, 2015

Iman dan Imran

Saja nak update gambar Iman dengan Imran.



Yang atas ni, Iman. Ghasenya dia tengah buat sesuatu tu waktu tu, sebab tu ceria sangat



Yang atas ni, Imran. Waktu ni, dia baru sihat sikit lepas demam kut. Imran mungkin kena masuk OT bulan 3 nanti. Doakan semoga mata imran akan pulih, dan Imran akan melihat semula, aamiin.

dan, saya suka sangat gambar atas ni, gambar Iman tidur dengan pakcik dia....

Doa saya semoga Iman, Imran dan Irfan, membesar dengan sihat, dengan ceria dan menjadi anak-anak yang soleh. Aamiin


CNY Break

Sekali lagi penyakit M telah melanda. Tapi, bila saya tanya Tokbomo macam ni "Tak nak ke suruh saya update blog?"

Dia geleng kepala dan jawab "nope, saya tahu cikbib emosi tak stabil".

Saya pun pelik pulak, ape hal emosi saya tak stabil ni? Hmmm...but something came out guys, but I will tell you about it later ye.

Hmm, seperti tajuk yang saya letakkan di atas, saya akan bercerita mengenai CNY break saya.

Originally, we planned to stay home i.e. at Shah Alam. Tetapi, salah seorang sepupu saya telah kemalangan dan agak kritikal yang menyebabkan kami mengambil keputusan untuk balik ke Chemor/Ipoh pada hari Khamis. Untuk mengelakkan kesesakan di jalan raya, kami keluar rumah awal sikit. Lepas solat subuh, kami terus bersiap dan tayar mula bergolek pada jam 7.15 pagi. 

Setelah memulakan perjalanan, perut pun mulalah berbunyi. Malangnya, semua perhentian RnR adalah penuh. Kita orang ni maleh sikit nak bersesak-sesak. Walau bagaimanapun, akhirnya, Tokbomo berhenti juga di Tapah, di stesen minyak Shell. Dia minta saya belikan roti sebab perut dah pedih.

Saya pun pergilah ke kedai serbaneka di stesen minyak tu. Masuk aja ke dalam kedai tu, ada aroma nasi lemak. Saya terus tanya salah seorang pekerja di kedai tu, "ada nasi lemak ke?".

Adik tu terus tunjuk ke peti sejuk. Rupanya ada nasi lemak yang di sejuk beku, dan kalau nak beli, boleh panaskan dalam microwave oven. Ada pelanggan yang baru aja panaskan nasi lemak di situ, maka semerbak mewangilah kedai itu.

Saya pun apa lagi, pergi lah beli sebungkus untuk di kongsi. Selain daripada itu, saya juga beli air teh panas dan roti...semuanya dari kedai Serbaneka....baguskan bila ada servis yang macam ini.

Lepas tu,,,kami pun pergi lah makan...



Selfie...tokbomo dan semakin pandai berselfie


Haaa...inilah nasi lemaknya. Siap ada rendang ayam yang sedap lagi...sebelum masukkan ke dalam microwave oven tu, kena "pierce film about 3-4 holes". Saya pun apa lagi, terus cabut brooch dan cucuk plastik tu...hi hi hi


Haaa, gambar nasinya, ghupe pun dah nampak sedap kan? The nasi was nice and the ikan bilis pun sedap. Hubby siap marah dan cakap "kenapa beli sebungkus aja?". Aishhh...beli banyak marah, belik sikit pun marah...


Hmmm...makan....

Lepas itu, kami sambung perjalanan ke Chemor, ambil emak untuk ke hospital bersama-sama



Yang di atas ni gambar kami di hospital. Sepupu saya tu di tempatkan di ICU, jadi kami hanya boleh masuk melawat sekejap-sekejap aja. Baru-baru ni kami telah dimaklumkan yang beliau telah sedar dan kami mendoakan semoga beliau cepat sembuh, insyaa allah.


Selepas melawat di hospital, kami ke restoran Sabar Menanti untuk lunch. Emak saya sebenarnya berpuasa pada hari itu, tapi telah berbuka puasa jam 2 petang pulak sebab join kami makan. Tak pe mak, next week, mak puasa lagi ye.

Kami balik semula ke Shah Alam pada petang itu juga dan alhamdulillah, perjalanan pulang juga adalah lancar.

*******************

Esoknya, pada hari Jumaat, kami bangun pagi dan pergi for our morning walk di Tasik Shah Alam. Selepas itu, saya masak lunch..


Ya allah, memang dah lama teringin nak makan gulai lemak putih macam ini, dengan sambal belacan, dan ikan masin. Mak aihhhh....tapi kan, tiba tiba nasi lembik la plak....tapi kami tetap makan bertambah.

Kami tidak ke mana-mana pun hari itu sehingga saya jadi macam tak best. Malamnya, kami pergi makan di Restoran Syed dan saya ajak Shuk beli aiskrim kat Mc D. Lepas tuuu, kami pergi lepak sat kat Dataran Shah Alam tu. Bukan buat apa pun, saya g duduk sorang sorang kat Padang tu dan tengok orang. But somehow, rasa release...rasa best.

*******************

Esoknya, hari Sabtu, kami bangun awal juga, pergi Tasik juga dan lepas tu kami pergi ke Sogo. Janji nya sebelum pergi adalah "jangan beli apa-apa tau".

Hokeh...memang tak beli apa-apa pun. Tapi kami sempat lah minum di Loaf dan lepak di luar Sogo tu. Kat situ ramai orang yang cacat berniaga/buat persembahan. Kita bolehlah menyumbang sedikit kepada mereka sekiranya kita berkemampuan.

Saya seronok pergi Sogo ni, tapi hari itu kaki kita orang macam penat sangat...mungkin sebab kami dah berjalan jauh pagi nya kan. Dannn, di tambah juga dengan rasa lapar waktu tuh...hi hi hi. Ada gambo...


Keluar aja dari Sogo, Tokbomo pergi merokok kat tepi jalan tu dan saya duduk melepak kat tangga Sogo. Lepas amik oksigen, baru kami masuk the Loaf


Saya order fresh orange dan hubby ordered latte


Yup...The Loaf at Sogo. A good place to lepak dan tengok orang


saya order ni...sedap karinya, tapi ayamnya banyak bebeno. 


Ini hubby punye...

Baliknya, kami solat cepat-cepat dan lepas tu, terus tidur. Mungkin sebab cuaca panas sangat kut, that's why kita orang terlebih letih.

*******************

The next day, hari Ahad, kita orang bangun awal dan pergi Tasik sekali lagi. Lepas tu, kami pergi Ikea, yay.

Sebelum pergi, kami dah berjanji macam ni sekali lagi "kita pergi ni, nak beli jam aja tau, jangan beli benda-benda lain"

Huh...end up, penuh beg macam ini kami beli ..





Jam aja, kami beli 4 bijik. Alahhh, yang harganya RM2.50 sebijik tu. Pastu, berus cuci toilet tu aja, kami beli 3, untuk 3 bilik air kan, itu pun harga macam RM2,50 juga. Pastu kami beli tissue la, kopi la, dan periuk yang kecik tu...

Heeee....balik rumah, kami tidur lagi. Lepass tu, habis lah cuti CNY kami.



Wednesday, February 18, 2015

Macam Blog Baru

Assalamualaikum.
 
Hiks...terkejut saya bila buka blog ini pagi tadi. Berwarna warni dan tulisan pulak berwarna putih.
 
Sesungguhnya ini semua adalah kerja Tokbomo.
 
Bila saya tertidur di depan tv semalam, dia pergi update setup untuk appearance blog ini. Mesti dia rasa setup yang saya buat semalam mediocre, hikss.
 
Saya kagum aja dan perasan, inilah perbezaan saya dengan Tokbomo. Yup, saya lebih simple, minimalist dan lebih low profile, with less colour dan sebab mata saya memang tidak berapa terang sekarang, I prefer my background in a softer colour so that black font can stand out .
 
Tokbomo pulak nampaknya adalah lebih colourful...lebih elaborate and prefers white font (never mind, I will increase the font size so that it is easier to read).

Atauuu...dengan kata-kata mudahnya, dia lebih glamourous.
 
Kami akui, kami memang banyak perbezaan. Tapi kami get along fine...kami boleh menerima perbezaan masing-masing or laugh over it.
 
Thank you for your effort Tokbomo. I know you are the biggest fan of this blog. Doakan saya rajin update blog ni ye.

Tuesday, February 17, 2015

Pengakhiran Yang Baik Buat Mu

Assalamualaikum.
 
Sekali lagi saya telah lama tidak update blog ini. Tiada alasan kenapa saya tidak update blog ini. Yup, semuanya kerana saya malas dan tiada mood. Simply that.
 
Semalam, Tokbomo pun dan "sound direct" jugak sebab saya tak update blog...hiks...sobar je lah.
 
------------------------------------------------------------------------------
 
Minggu lepas, TGNA telah meninggalkan kita, dan, pastinya saya nak perkara ini di document kan di dalam blog saya.
 
Saya mula tahu mengenai kematian allahyarham pada hari Khamis, malam Jumaat, melalui popup message di laptop saya. Oleh kerana pernah mendapat berita palsu mengenai kematian TGNA sebelum ini, saya mengambi keputusan untuk memastikan kesahihan berita tersebut terlebih dahulu, and yes, it was confirmed.
 
Dan malam itu, sebelum tidur, tiba-tiba saya teringat, ehh, TGNA dah tak de...tiba-tiba hati rasa sayu sedikit dan seperti biasalah, saya nangis lah sikit.
 
Esoknya TGNA di kebumikan. Yeah, bila melihat gambar-gambar di dalam internet, mengalir lagi lah air mata saya. Maksudnya, walaupun saya tidak pernah jumpa TGNA, tetapi saya rasa sangat attached dengan dia.
 
Dan hari ini, saya sekali lagi menangis bila saya baca article di Suratkhabar SINAR mengenai temuramah mereka dengan isteri TGNA.
 
Antara ayat yang paling buat saya sedih adalah yang ini:
 
.“Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah,” itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang baru sehari meninggalkan saya buat selama-lamanya.

Sedih kan? Walhal TGNA tengah sakit tu, dan bukan dia yang jaga isterinya pun, sebaliknya isterinya yang jaga TGNA waktu itu. Tapi ye lah, suami kan, mesti risaukan isterinya.
 
Semua suami macam itu kut. Saya tanya Tokbomo, dia risau tak nak tinggalkan saya kalau di dalam situasi yang sama?
 
Tokbomo kata "mestilah risau"....
 
Yang ini juga adalah sweet kan :
 
Bukan sahaja pentingkan ilmu, malah abang juga seorang yang penyayang. Masih terbayang-bayang lagi tiga hari sebelum abang menghembuskan nafas terakhir, kami ketawa bersama apabila dia mengenyit mata kepada saya ketika terbaring di katil hospital.
 
TGNA bergurau dengan isterinya, walaupun pada waktu itu, beliau dalam keadaan tidak larat/sakit. Beliau sentiasa cuba menceriakan isterinya.
 
Hah, ada lelaki tak yang baca blog saya ni? Haaa...kalau jadi suami, pilih lah untum menjadi suami yang selalu menggembirakan/menenangkan isteri, bukan yang asyik memerintah/marah/tidak membantu isteri.
 
Dan, yang akhir sekali adalah mengenai baju yang TGNA paling suka isterinya pakai :
 
Baju inilah (baju kurung kain kapas krim berbunga kecil) yang abang paling suka saya pakai, malah sering memuji corak yang katanya begitu sesuai dengan saya. Abang tidak suka saya pakai baju warna terang dan bunga besar dan banyak, tetapi tidak pula pernah melarang ataupun menegur sehingga saya berkecil hati.

Pernah juga baju pemberian rakan terpaksa disimpan walaupun hanya beberapa kali dipakai.

Ini kerana abang pernah menegur saya secara bergurau, “Yah nampak tua pakai macam itu." Saya hanya membalas dengan ketawa dan terus menyimpan baju itu dan tidak dipakai lagi.
Bagi saya, apa yang terbaik untuk abang adalah yang terindah bagi saya. Walaupun hal pakaian adalah perkara remeh bagi sesetengah isteri, namun itulah keutamaan bagi saya untuk menjadi isteri yang patuh kepada suami.
 
Hmm......mesti bila pakai baju tu, isteri TGNA lagi teringat dengan TGNA. Bayang kan, kalau kita yang jauh pun boleh menangis, inikan pulak isteri dan keluarga.
 
Tapi kan...yang paling penting adalah, TGNA telah mendapat pengakhiran yang baik, alhamdulillah. Apa lagi yang kita mahu dalam hidup ini selain daripada pengakhiran yang baik.  Semoga kita semua juga akan memperolehi pengakhiran yang baik. Insyaa Allah. Al-fatihah




Thursday, February 12, 2015

Hari ini H asbullah A wang Meninggalkan Kita

Sekarang ni, pukul 10.31 malam, 12 Feb 2015

Sesungguhnya, hari ini adalah hari yang meletihkan untuk saya.

Saya kena pergi ke Putrajaya pagi tadi. Saya keluar awal, pukul 6.45, tapiiii....jalan dah la banyak kereta, lagi satu, GPS saya tu, bagi arahan bukan-bukan. Kalau GPS tu perempuan, soheh saya cekik cekik aja GPS....haish...

Lepas sessi di Putrajaya, saya drive balik office. Cepat cepat solat dan attend another meeting.

Sewaktu meeting tu, ada orang wassup kat saya message ni :



sedih!!

Meeting tu pulak, habis jam 6.45 malam. Sebab takut tak sempat nak solat Maghrib, saya decided to stay, solat Maghrib dan baru balik rumah.

Sampai aja kat rumah, saya dah berniat untuk terus tidur. Tapiiii....tetap tak leh tidur. Tokbomo pun tak de malam ni...uwaaa....tidur lah wahai mata

Tetiba, dapat pop up message yang bagi tahu Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia. ....lagi lah sedih. Nak check sat berita ni sahih ke tak...



Wednesday, February 11, 2015

Another Break - 2/2/2015

Ok, sambung cerita semalam.

Daripada Chemor, kami bergerak ke Utara lagi, Tokbomo ada plan something

Biasalah, saya kan suka tangkap gambar waktu check in

Yay, dapat bilik nombor cantik...818


Hmmm...entrance

Seperti biasa, Tokbomo akan menengok apa yang ada...

dan saya, menangkap gambo...bilik ni mengasingkan katil dan living...kat luar tu, balcony yang mengadap ke Tasik

tengok tu, ke kanan, ada pintu untuk ke bilik

dannn...tu dia, ada kolam beso sikit dari biasa. Saya excited, ingatkan ada jacuzi...tapi tak de

ke kanan, ada toilet dan shower...

andd...the balcony

the view...

and us...kasi can lah kan gambo kami masuk satu

Lepas bergambo, kami solat, settle down dan berkelahi sikit...isk...tengah tengah bercuti boleh sentap pulak....buang masa aja nak merajuk ke apa kan? Lagi pun kami memang ada undang undang yang melarang kita orang merajuk pada waktu cuti...soo...kenalah patuh undang undang kan

Petang nya...I had coffe and cookies...cookies tu bawa dari Shah Alam ye

Lepas tu kami keluar berjalan jalan

yup...termenung tengok tasik 

Haaa...gambo rumah air kita orang. Orang yang berbaju merah dan kuning tu tengah memancing daripada balcony. Kalau kita nak, kita boleh menyewa pancing dari hotel


Hmm, sebab dah petang sangat, tempat ni pun dah tutup

Depan signage

kat belakang Tokbomo tu adalah jetty

yup...jetty ke ecopark...dah tutup jugak



haaa...saja bergambo kat sini...takde kije kan


main menyorok menyorok balik pokok

kami berjalan dalam 10 minit dan sampai di luar taman tema, ada busking...hebat depa ni, muzik best, suara pun best. Tapi, kejap aja pun, dah dekat nak jam 7 kan.

Kami dah tak tahu nak buat apa lepas tu...tapi ada kedai ni boleh buat treatment apa ntah, yang rendam rendam kaki tu. Kami pun try lah

haaa...sebab orang tak de, boleh lah suruh adik tu tangkapkan gambar kita orang

dan, inilah hasil nya...ini Tokbomo punye...hitam banyak

saya punya, kuning....lemak tu

Lepas tu, kami cari tempat makan, tapi tak jumpa pun. Sebab tak jumpa, we decided to order from the room lah 

Tokbomo tengah tengok menu

hiksss...sempat saya tangkap lampunya...saya suka lampu lampu di bilik ni

yeow....dah sampai. Tokbomo order nasi, dengan kari, dengan ikan bawal goreng, dengan sambal belacan. Saya order buah tu 

lampu dinding...cantik

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

The next day

kami boleh order breakfast from the room, ianya masuk dalam package. Hubby has chosen american breakfast set. Ada croissant, roti bakar, scramble egg, butter, jam, fruits, juices, tea and coffee.

makan kat balcony...mengimbau kenangan kami sewaktu di Bali dulu....

balikkkkk....bergambo di bilik dulu 

di luar bilik 

check out 

gambar ni di ambil oleh salah sorang pekerja hotel tu

 
yang ni, selfie...senget benget

Masuk je dalam kereta, Tokbomo terus tanya, "kita nak makan kat mana cikbib?"

Saya pun bagi options lah, Taiping ke, Kuale ke...

Tapi hubby memang dah ada tempat di dalam fikiran dia sebenarnya. Yeah, kami keluar ikut exit Taiping dan makan disini...


Orang Taiping mesti tahu tempat ini. 

saya nampak buah kelapa sebiji sebiji kat situ, tapi, tengok tengok, they have serve it like this instead

hubby ordered this...teh tarik

and this is mine, popia basah

and this is hubby's...sedapppp 

Hubby. Saya sebenonya idak le suke sangat dengan tempat ni sebab kalau kita pergi waktu waktu puncak macam waktu raye ke, tempat ni memang sangat lah tidak bersih. Saya, kalau datang sini, akan cuba tidak melihat sekeliling dan fokus makan aja. If I were to look around me, I will not be able to makan lah. Tapi kan, makanan dia, memang super sedap...air sedap, makanan sedap....haish....

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas tu...masuk dalam kereta, saya dah mula mengantuk. 

Hubby berhenti untuk solat di perhentian Guthrie dan kami beli ini :

yup...ais krim dalam roti

yummmssss.

Lepas tu kami pun balik lahhhh....