Sunday, June 23, 2019

Ramadhan 2019

Assalamualaikum.

Hari ini hari Ahad, 23 Jun 2019. Jam sudah 7.41 pagi dan saya duduk di sofa ruang tamu, belum mandi lagi, dan sedang cuba mengupdate blog ini. Pada mulanya saya ingat saya mahu update fasal raya, tapi saya tengok ada gambar mengenai Ramadhan yang boleh juga di buat sebagai bahan. Saya juga baru ternampak gambar kami di Lahad Datu...terlupa pula mahu update mengenai lawatan kami ke Lahad Datu yang merupakan antara aktiviti di dalam bucket list kami sebelum balik ke Semenanjung...nanti saya update, insyaa allah.

Ramadhan 2019 sesungguhnya adalah Ramadhan yang penuh kenangan kerana ianya adalah merupakan Ramadhan terakhir kami di KK, dan ianya juga adalah Ramadhan yang penuh cabaran untuk saya dan suami. Kami cuma berharap semoga, dengan setiap cabaran yang allah turunkan itu akan menjadikan kami hamba yang lebih baik, insyaa allah.

Seperti biasa, tahun ini kami ke Masjid Negeri Sabah untuk menunaikan solat tarawikh. Sekiranya tidak sempat/tidak larat, kami akan mengerjakan tarawikh di rumah sahaja. Pernah sekali tu, saya mengerjakan tarawikh di Hotel kerana ada jemputan.

Saya juga ada menerima beberapa jemputan berbuka puasa di luar, tetapi saya tidak memenuhi semua jemputan kerana rasa tidak sedap hati pula meninggalkan suami berbuka seorang diri di rumah.

Sekiranya berbuka puasa di rumah, oleh kerana ada cukup masa, saya akan cuba masak, ataupun memanaskan makanan semalam (hiksss).

Pada hari berpuasa yang pertama, saya masak rendang ayam untuk berbuka juga untuk disimpan buat makanan pada hari-hari seterusnya.

Haaa...ini contohnya. Boleh 4-5 kali makan.

Ini adalah menu ringkas kami pada hari pertama di mana kami ada rendang ayam, jelatah (salad timun dan nenas tu, orang Perak panggil jelatah) dan buah pelam....alhamdulillah.

Ini muka suami yang tidak sabar untuk berbuka puasa. Suami saya kan gastrik, oleh kerana itu, saat berbuka puasa adalah saat yang sentiasa dinantikan oleh beliau.

Selain daripada itu, menu asam pedas kepala ikan juga adalah antara yang menjadi favourite suami saya. Dia request.."masak asam pedas kepala ikan cikbib, saya dah bawa keluar kepala ikan".

Menu asam pedas ini adalah menu terbaru yang suami suka...sangat suka, alhamdulillah.

Saya rasa menu Ramadhan kali ini adalah terhad. Rendang ayam, asam pedas, tumis ikan, gulai lemak kentang....hmmmm, itu ajalah pun.

Tapiii, saya masak laksa dua kali dan maksudnya kami telah makan laksa dalam kurang-kurang 8 kali sebab makan berulang-ulang kan.

Hmmm...gambar laksa saya. Sepatutnya orang Perak makan, letak daun pudina, tapi suami tidak berapa suka, soooo....tanpa daun pudina pun sedap. Saya juga dapati yang laksa ni, lebih lama di simpan, lebih sedap...hah...nyamannnn kalau ada laksa.

Pernah sekali tu, saya berbuka di hotel dan balik ke rumah, saya dapati ada kuah laksa di atas dapur (suami berbuka makan laksa sahaja). Saya pun saja-sajalah rasa kuah laksa tu, hah, punya lah sedap....rasa lagi sedap dari makan kat hotel sebentar tadi....begitulah berkatnya masak sendiri ni...

Anyway, suami saya semakin bosan dengan masakan saya dan saya pun mengambil keputusan untuk makan di luar, dan untuk di Kota Kinabalu ni, kami kena lah makan di hotel walaupun tidak murah. 

Ini di Hyatt.

Ini di Promenade.

Ini di Le Meridien

Ini pulak, gambar pergi mengeteh selepas solat tarawikh..

Dan ini gambar dengan keluarga saya di Sabah, yup, kawan-kawan pejabat saya.

Saya memang betul-betul bersyukur kerana masih dapat berpuasa di KK kerana keadaan di Semenanjung sewaktu bulan puasa pastinya lebih mencabar. Kita terpaksa ke ofis jauh lebih awal dan stress untuk menghadap traffic jam adalah di paras dewa....semoga akan ada penyelesaian buat saya mengenai isu traffic jam ini bila saya balik ke Semenanjung nanti, insyaa allah.

Dan tahun ini, kami telah keluar dari ofis beramai-ramai untuk mengambil gambar raya...

di luar ni, lighting cukup, jadi gambar adalah lebih cantik

Di hentian bas pun jadi

Semua gabar ini di ambil di Teluk Likas....di tengah panas lit-lit. Ohhh...saya lupa nak bagi tahu yang cuaca di KK sepanjang bulan Ramadhan adalah panasssssss. It feels like 42 degree muncul kembali.

Dalam menjalankan ibadah puasa di dalam cuaca panas tu, kawan-kawan pejabat saya tetap bertekad untuk menyediakan bubur lambuk. Salute!

Walau bagaimanapun, mereka bijak, mereka telah meminta bantuan kawan-kawan non-muslim untuk tolong mengacau bubur lambuk itu...alhamdulillah dapat kawan-kawan yang baik kan...

Selain daripada itu, kehidupan di pejabat berjalan seperti biasa. Kerja tetap banyak dan kami ada menerima quite a number of interested investors especially from China...

Ini adalah salah satu daripadanya...

Dan gambar ini, saja saya letak sebab saya pun pelik tengok apa yang saya buat apa sorang-sorang kat tengah2 orang ramai tu.... rasa macam saya sorang-sorang posing...hah hah hah....

Okay lah, di sini dahulu, insyaa allah saya akan sambung dengan Raya 2019.



No comments:

Post a Comment