Assalamualaikum.
Hari ini hari Ahad, 26 Mei 2019.
Saya tidak berapa sihat, batuk, ada ulser dalam mulut dan badan panas sikit, demam. Oleh kerana itu, kami berehat sahaja di rumah dan alhamdulillah, cuaca sejuk sedikit hari ini, tidak lah suhunya 32 darjah dan "it feels like 42 darjah" kan, jadi duduk rumah pun selesa lah juga.
Kami sedang menonton cerita "Mekanik" di TV3 dan sebenarnya sudah bersedia untuk tidur. Kami bersolat tarawikh di Masjid Negeri Sabah tadi dan sempat juga pergi ambil supper di kedai mamak, makan roti canai. Untuk esok, kalau bangun awal, saya akan goreng nasi, insyaa allah.
Pada pagi hari Sabtu, 27 April 2019 tu, kami bangun pagi, solat, lepak2 dan bersiap untuk ke Poring. Kami keluar daripada rumah di Sri Kepayan pada jam 8.00 pagi, singgah Mc Donald's untuk sarapan dan meneruskan perjalanan ke Ranau pada jam 9.00 pagi.
Seperti biasa, kami singgah di Nabalu, tetapi gunung Kinabalu tersembunyi di sebalik awan...
Tengok ghope kami waktu ni, masih belum berlemuih kerana peluh.
Selepas Nabalu, kami meneruskan perjalanan ke Poring dan dalam perjalanan kami ternampak iklan yang memaklumkan bahawa ada bunga rafflesia yang sedang "blooming". Kami sudah banyak kali lalu di sini, tetapi inilah kali pertama kami nampak iklan yang memaklumkan ada bunga Rafflesia yang sedang berkembang.
Kami pun berhenti...
and yeah, ada 3 kuntum bunga Rafflesia yang sedang berkembang, tapi saya letak gambar yang 2 kuntum sajalah sebab yang sekuntum tu sudah macam mahu layu.
Untuk anda yang tidak boleh membayangkan berapa besar sebenarnya bunga rafflesia ini, saya letakkan gambar kepala kami berdua untuk comparison...he he he.
Sewaktu kami masuk ke tempat Rafflesia ini kasut kami berdua telah lekang tapaknya. Yup, memang kami sudah lama tidak berjoging dan sudah tidak lama menggunakan kasut joging tu. Nasib baiklah slipper jepun kami ada di dalam kereta, dan kami berdua tawakkal sahaja untuk pergi juga buat canopy walk guna slipper jepun kami tu.
Kami meneruskan perjalanan kami ke Poring...
Yay, entrance Poring
Kami terus ke canopy walk dan tidak singgah di kolam air panas...ini adalah gambar kami mendaki bukit sebelum sampai di canopy walk. Muka kami memang berlemoih...
Haaa...berbukit macam ini, tapi not bad lah sebab ada trail kan. Pakai slipper jepun pun tak apa.
Ada banyak pokok besaq
Kena lah ada gambaq saya juga kan
Akhirnya kami sampai lah di canopy walk tu...ha ha ha...ngeri weiiii
Abang Shuk (urang Sabah semua panggil Shuk "Abang Shuk"). Shuk memang kurang gayat jadi dia memang steady aja naik jambatan ini kecuali dua jambatan yang terakhir kerana agak lapang kelilingnya dan lebih bergoyang.
Sayaaa...saya pulak, memang penakut tetapi sudah semacam bina momentum dengan menyebut "allah" di setiap langkah...
Tapiiiii di dua jambatan terakhir tuuu, sangatlah mengerikan. Sewaktu tiba di jambatan yang terakhir tu, tiba-tiba jambatan bergoyang kuat, sampai saya terhenti, ghope-ghopenye ada seorang perempuan di belakang saya yang berjalan dengan lajunya.
Walau bagaimanapun, apabila sedar yang saya ketakutan, dia telah berhenti dan meyuruh saya menghabiskan dahulu perjalanan saya...alhamdulillah
Tengok, muka cuak saya...
Ini pulak muka puas sebab berjaya menyempurnakan "canopy walk" kami. Waktu ini juga kami telah mendengar bunyi bising dari jeritan beberapa pelancung Korea yang juga ketakutan....ha ha ha, bukan kami saja yang takut rupa-rupanya.
Selepas menyempurnakan "canopy walk" kami, kami jadi lapar dan mencari makanan.
Ada beberapa pilihan di Poring ini sekiranya anda mahu/perlu makan, ada yang murah, ada yang mahal.
Kami ke sini, Shuk makan nasi goreng dan saya makan roti canai. Best makan di sini, rasa makanan biasa aja, tapi suasananya best. Saya teringin nak masuk kolam mandi tu sebenarnya sebab saya berpeluh sakan.
Selepas makan, kami solat di surau dan bersedia untuk balik ke KK.
Sebelum itu, mari berposing di depan pohon buluh ini
Dan ini pula adalah posing istimewa sempena kejayaan menyempurnakan "canopy walk" kami....
Okayyy...jumpa lagi you alls.
No comments:
Post a Comment