Sunday, July 22, 2018

Raya 2018 : Chemor, Ipoh, Shah Alam dan Kota Kinabalu

Assalamualaikum.

Hari ini 22 Julai 2018 dan Syawal sudah seminggu berakhir dan rasanya memang patut sangat saya mencatatkan apa yang berlaku selepas kami beraya di Chemor dan Ijok.

Kami balik semula ke Chemor pada hari Selasa, 22 Jun 2018. Kami sampai pada malamnya, jadi kami hanya menghabiskan masa di Chemor, bersembang dengan emak saya, juga anak saudara saya Ina.

Esoknya...saya menziarah kubur..

Saya lihat dari jauh kesedihan/kerinduan ini...

Kemudiannya kami balik kerumah, tetapi sebelum itu kami tawaf pekan Chemor dan Kelebang kerana mencari makanan untuk sarapan. Malangnya tiada gerai yang buka dan oleh kerana itu kami mengambil keputusan untuk membeli roti dan telur sahaja.

Selepas sarapan, saya dan suami bersiap untuk balik ke Shah Alam.

Tapi kami singgah dahulu di rumah kakak saya di Ipoh.

Ahaaa...kami kalau ke rumah kakak selalu aja makan di dapur dan hidangannya adalah lauk semalam...haaa...tapi sedap. Menantu kakak saya adalah orang Melaka dan dia telah masak asam pedas, ada rendang juga. Rumah kakak sendiri kan, kami pun makan dengan bersemangat!

Saya tidak sempat jumpa Pijah, Ajim dan keluarga mereka...tapi kakak ada share gambar raya ini.

Selepas singgah dan kenyang di Ipoh, kami meneruskan perjalanan ke Shah Alam. Kami sempat berhenti di satu RnR sebab suami saya mengantuk dan saya pula selamba aja being unproductive dan lena sepanjang jalan.

Sampai di RnR dekat dengan Shah Alam tu (cannot recall nama RnR ni )...kami berhenti makan satay Samuri...

Satay Samuri mana ada di KK kan, infact nak cari satay pun susah di KK

Malamnya, walaupun sudah mentedarah di Ipoh, makan satay pulak lepas tu, kami tetap juga keluar dan pergi Restoran Syed Seksyen 4.

Suami saya makan roti canai dan kami juga makan masalodeh tu

Saya pula makan tosei, I love love love tosei di Restoran Syed ni. Tapiii, bahaya juga makan kalau perut kosong sebab ianya boleh menyebabkan gastrik (pernah berlaku kepada saya).

Lepas itu kami balik dan tidur.

Esoknya saya bangun awal dan kemas rumah. Selepas itu kami meneruskan aktiviti mencari makanan, maklumlah, kami sudah mahu balik ke KK kan. Walau bagaimanapun, usaha kami adalah sia-sia kerana kebanyakan restoran milik orang Melayu/Islam/Siam adalah masih tutup. Tak pe lah, kami pun cari pilihan lain dan antara yang telah di pilih adalah :

Old Malaya Kopitiam...sedap pulak kueteow depa ni

Kami juga makan ayam penyet di Seksyen 7. Sedap, tapi orang punya lah ramai.

Pada hari Jumaat, malam Sabtu, kami telah ke Sg Buaya kerana Abang Hab buat makan-makan. Mula-mulanya mereka mahu adakan majlis ini pada hari Sabtu, malam Ahad, tetapi oleh kerana flight kami balik ke KK adalah pada hari Sabtu, majlis terpaksa di awalkan sedikit.

Majlis nya simple dan ada barbeque...ayam dan sosej. Kak Ina telah masak kueteow goreng dan ada kek (gambo tak tangkap pulak). It was simple, tapi sedap dan yang paling penting adalah kami semua seronok berjumpa...

Yang ini adalah persidangan sepupu sepapat

The same group, but from different angle

Yang ni makcik bawang

Yang ini Pakcik Bawang, di luar rumah

Sebelum balik, kami buat group photo. Semoga ada rezeki kami berjumpa lagi pada tahun hadapan, insyaa allah. Aamiin.

dan yang ini...he he he, gambar di sebalik gambar.

Balik daripada Sungai Buaya, sewaktu berkemas, saya kira angpow yang saya dapat. Tahun ni saya dapat banyak sikit. Saya dapat RM160 daripada 3 orang anak saudara. Semoga allah kurniakan mereka dengan rezeki/kesihatan/kehidupan yang baik. Aamiin.

Esoknya, kami bangun awal untuk berkemas balik ke KK.  Kami pergi awal sebab malas nak tergesa-gesa dan stress.

Selepas checked in, kami solat dan makan. I don't know about all of you but both of us are usually hungry when we travel...ha ha ha.

Suami...makan nasi lemak

Haaa....nasi lemaknya. Sebab tidak kenyang, hubby pergi order kuih pulak lepas itu...

Ahaaa...di boarding hall...

Saya juga telah mendapat maklumat bahawa ZMY (kawan ofis KK) ada buat rumah terbuka pada malam itu. Kami pun telah meluangkan masa untuk pergi ke rumah ZMY..

Gambar ini aja yang ada...ha ha ha ha ha ha...saya ada makan nasi impit dan agar-agar...itu aja rasanya.

Selepas itu, saya balik dan berehat. Esoknya, kononnya untuk berehat, kami telah ke...

Tempat urut kaki. Memang rasa best bila urut kaki kali ini. 

Selepas itu, kami meneruskan Syawal kami di KK. Kami telah berusaha menyempurnakan puasa 6 dan kami juga ada menghadiri beberapa undangan rumah terbuka.

Ehh...haaa...ini gambar makanan yang kami bawa balik ke KK. 

Yang ini gambar kami di rumah terbuka BNM

Nak letak jugak gambar ini sebab rasa kelakar. Kami pergi ke Tamparuli sebab ada program untuk SMEs, itu yang kami ambil kesempatan borong bakul/tudung saji tu. Saya pula tengah bertelefon dengan wakil Pejabat Kedutaan Indonesia di KK. Nampak macam makcik bawang betul kami di gambar ini kan sibuk shopping sambil berbual di telefon.

Ini pula adalah gambar suami saya makan makan/berbuka di hotel. Kami makan di sini untuk meraikan suami yang telah menyempurnakan puasa enam. Alhamdulillah, semoga ada rezeki kami puasa enam lagi di tahun hadapan. Aamiin.

Nak share juga gambar roti nan di Hyatt Hotel KK...sedap

Teh Tariknya juga adalah terbaik.

Selesai sudah Syawal 2018 kami di KK. Mungkin ini akan jadi Syawal terakhir kami di KK...mungkin. Tetapi, sekiranya pada tahun hadapan kami masih di KK, saya okay aja.

Ok guys...semoga allah panjangkan umur kita untuk menyambut ramadhan dan syawal pada tahun hadapan, tak kira di mana tempat di dunia ini kita berada. Insyaa allah.
































1 comment: