Assalamualaikum.
Hari ini hari Ahad, 8 Julai 2018, jam 7.51 pagi.
Kami akan ke Sipitang hari ini, ada jamuan raya. Sipitang is like 2 and a half hours drive from KK and it is approximately 150 km in distance. Sebagai persediaan kerana perjalanan adalah agak jauh, kami telah ambil breakfast awal-awal, yup kami makan cucoq parpu, ha ha ha.
Saya orang Perak dan di tempat kami, kacang dhal dipanggil parpu. Sewaktu kecil, saya tidak pernah pun menggunakan perkataan kacang dhal, it was always parpu.
Sebagai orang Perak juga, kacang putih adalah antara makanan ruji kami. Sewaktu di sekolah rendah, sekiranya duit belanja saya 10 sen (seriously), 5 sen akan di gunakan untuk membeli karipap dan 5 sen lagi akan saya gunakan untuk beli kacang putih. Ataupun, 5 sen saya gunakan untuk beli aiskrim, dan 5 sen lagi untuk membeli kacang putih. Yang pastinya, kacang putih memang sentiasa ada di dalam senarai makanan yang saya beli.
Mungkin sebab diwaktu itu, jenis jajan yang lain seperti Tora atau Rota masih kurang popular. I am talking about 1977-1978 ye, waktu saya di dalam darjah 1 dan 2.
Growing up, kacang putih tetap di hati kerana setiap kali kami ada urusan di Ipoh, kami akan menggunakan bas dan di stesen bas Ipoh, kacang putih memang banyak dijual dan antara menu kacang putih yang saya suka adalah masalode.
And I have this crave for masalode recently..hmmm.
Masalode tidak dijual di Sabah dan saya pun memang pernah masak masalode ni sekali pada tahun 2015-2016. Saya rasa masak masalode ni simple aja, jadi, saya pun dengan yakinnya berfikir..."mari masak". Sebagai permulaan, saya telah membeli kacang parpu.
Pada hari Khamis lepas, selepas berbuka puasa, saya telah merendam kacang parpu yang di beli sebagai persediaan untuk masak masalode keesokan harinya.
Sebab over confident, saya langsung tidak rujuk kepada google...saya simply masak berdasarkan ingatan saya sewaktu saya memasak masalode ini terdahulu.
Walau bagaimanapun, saya telah menghadapi masalah di mana masalode saya, apabila di goreng, telah pecah dan tidak membentuk bentuk cucoq seperti biasa. Stress, saya tinggalkan bancuhan di dalam peti ais dan pagi Jumaat itu kami breakfast makan roti canai sahaja di Tokmi.
Semalam (hari Sabtu), saya telah mencuba sekali lagi dengan mengambil semula bancuhan yang di simpan dan blend lebih banyak portion parpu itu. Saya rasa ianya berderai kerana portion yang di blend halus dan yang tidak di blend adalah tidak sesuai. Suami suka jumlah parpu yang tidak di blend itu lebih banyak, tetapi portion yang hancur adalah perlu kerana ianya berfungsi untuk memegang acuan supaya dia berbentuk seperti cucoq.
Walau bagaimanapun, usaha saya itu tetap gagal dan ianya terus berderai juga di dalam minyak. Stress, saya tinggalkan dulu bancuhan parpu itu dan pergi main telefon. Selepas itu, saya tekad untuk tidak meneruskan usaha masak masalode, tetapi, untuk mengelakkan daripada membazir, saya tambah tepung dan terhasillah cucoq parpu, ahhaaaa.
Sedap lah pulok! Husband loved it.
This morning, bangun sahaja dari tidur, suami saya tanya "Cikbib nak goreng cucoq semalam lagi kan".
Saya pun seronok aja pergi goreng acuan yang masih ada di dalam peti ais saya..
Breakfast pagi tadi, minum dengan ayaq milo.
Alhamdulillah, I am happy since this menu will be added into the list of dish that I can cook. Senang baahh, dan yang pastinya, cucoq ini memang lembut. Saya ni, kalau buat cucoq, kualiti nya tidak lah terjamin sangat di mana kadang-kadang sedap sangat, kadang-kadang biasa aja.
Okay...sampai di sini dulu sebab saya nak bersiap untuk pergi ke Sipitang. Have a good weekend all.
No comments:
Post a Comment