Sunday, August 20, 2017

Orang Ipoh Datang KK - Day 3 and 4

Assalamualaikum.

Hari ini hari Ahad, 20 Ogos 2017. Kami di rumah sekarang, duduk atas sofa, tengok bolakeranjang sukan SEA, Malaysia lawan Vietnam. Suami saya main Candy Crush, saya update blog.

Post kali ini adalah salah satu post yang suami saya kata saya kena sempurnakan juga atas alasan yang sama iaitu untuk rujukan masa hadapan. Saya akan bercerita mengenai lawatan orang Ipoh ke KK, hari yang ke 3 dan 4 (Rabu dan Khamis, 17 & 18 Mei 2017), di mana kami telah ke Kundasang.

Pada hari Rabu, 17 Mei 2017, kami bangun pagi, minum pagi di rumah (saya sediakan sandwich) dan dalam perjalanan ke Kundasang, kami singgah sebentar di ofis saya...lawatan sambil belajar namanya.

Haaa...sempatlah bergambar di dalam ofis. Kami singgah sekejap sahaja, dalam 20 minit. Kami meneruskan perjalanan selepas itu.

Seperti biasa, kami singgah di Pekan Nabalu...nampaklah puncak Kinabalu sikit-sikit.

Cuaca adalah baik, matahari memancar, walau bagaimanapun tanah adalah agak basah sebab hujan pada malam sebelumnya, tetapi keadaan adalah tidak panas dan adalah selesa.

Seperti biasa, kami bawa bekal. Kami bawa lebihan sandwich sarapan pagi, juga nescafe panas. Kami juga bawa banyak roti gardenia sebagai bekalan sekiranya lapar. Seronok lepak di situ sebenarnya, walau bagaimanapun, kehadiran anjing yang tidak bertuan telah mengganggu sedikit ketenteraman kami.

Kami lepak dekat 40 minit di situ, ambil gambar banyak-banyak, dan meneruskan perjalanan selepas itu, dengan harapan esok cuaca lebih cerah dan Kinabalu tidak malu-malu untuk menunjukkan dirinya.

Kami meneruskan perjalanan ke Ranau, ke tempat ikan kelah. Shuk dan saya mengambil keputusan untuk tidak ke air panas Poring sebab rasa macam tidak perlu pergi...ha ha ha

Sampai di Sungai tempat ikan Kelah tu, ada pulak orang yang kenal Abang Hatta....tapi Abang Hatta tidak boleh recall pulak orang tu siapa. Lama juga depa bersembang, lebih dari 10 minit.

Yay...kakak lebih berani...saya geli bila kena gigit dengan ikan tu

Selepas itu, seperti biasa, keluarga kami ini tidak boleh tengok makanan, terus beli goreng pisang lah, goreng ubilah, dan pergi minum di salah sebuah gerai (malangnya gambar tidak jumpa..penat nak cari). Kami minum kopi dan Fatihah siap order maggi. Waktu makan tu, hujan turun la pulak, tapi kami relax aja, lepak kat situ dan minum sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang.

Yay..sampai di kundasang, kami habiskan sandwich, roti dan kopi, solat, mandi, dan berehat di dalam bilik sebab hari hujan.

Malamnya, kami makan di restoran...saya ada bawa ikan bilis tumis juga, untuk menaikkan selera. Semua makanan yang dihidangkan telah habis, sama ada memang makanan itu sedap, atau kami memang lapar...he he he.

Kami sempat ke kedai serbaguna di hotel sebab kami telah diberi voucer diskaun dan boleh berbelanja RM50. Hmmm...excited pulak membeli bukan-bukan untuk menghabiskan RM50 tu, macam budak-budak. Malamnya, kami lepak sebentar di balkoni, dan terus tidur sebab hari hujan dan banyak kelkatu.

Suspens saya menunggu esok...nampak ke tak nampak Gunung Kinabalu nih...

Tadaaaaa....bangun pagi pada esoknya, hari Khamis, alhamdulillah...cuaca adalah baik, Gunung Kinabalu jelas kelihatan

Puas hati orang Ipoh, kami pun lega.
Macam ini lah keadaan di sebalik tabir, masih basah sebab semalam hujan
Shuk dengan Abang Hatta

Satu...walaupun gambar senget, tapi ini lah satu-satu nya gambar yang cukup ada semua orang...semua orang yang belum mandi pagi.

Suhu pagi itu

Selepas itu, kami pergi sarapan. Kali ini, kami perlu pre-order sarapan sewaktu kami makan malam, tidak seperti dahulu di mana makanan dihidangkan secara buffet.

Nasi goreng ini adalah pilihan Shuk dan Abang Hatta...sedap..


Mihun goreng ini adalah pilihan Kakak...a little bit too berkicap for orang Ipoh punye taste bud..

Ini pilihan Tiha

Yang ini pilihan saya

Kami di meja makan...alhamdulillah. Teh Sabah dan kopi Tenom nya adalah sesedap biasa.
Selepas makan, kami ambil gambar di luar restoran. Shuk balik ke bilik sebab sakit perut, yang lain berjalan-jalan ambil angin dan tangkap gambar.

Tangkap gambar di sini adalah wajib, berbelakangkan pokok pine.

Cantikkan Kundasang ni....saya sudah pergi banyak kali dan melihat kegembiraan orang lain adalah kepuasan yang tidak dapat saya gambarkan...

Di seberang jalan...

Abg Hatta posing untuk dihantar ke group wassup ahli surau...


Tiha dan ayah...

Kakak saya geram melihat bunga-bunga berkembang

Bolehla share satu gambar gedik dari saya..

Di balkoni chalet tempat kami tinggal. Kami sewa 2 bilik.

Kinabalu daripada balkoni chalet kami...

Kami lepak-lepak lepas itu, Shuk boleh tidur balik, saya tengok tv dan dalam jam 11 kami check out untuk pergi ke Desa Cattle.

Tiba-tiba kami nampak pula batu-batu untuk mengurut kaki ni...haaa, lepak la pulak di situ sebelum meneruskan perjalanan.

Sampai di Desa Cattle, kami kena turun bukit sikit

Yay...kami sampai di Desa Cattle di mana cuaca mula mendung, tetapi tidak hujan. Saya suka bunga-bunga kecil di bawah pokok tu...sat saya zoom...

Haaa...tengok belakang saya tuh, cantikkan bunga-bunga yang berkembang tu

Tiha...pokok tu cantik...

Selepas itu, kami pergi lah tengok lembu, bagi lembu/kambing makan/minum susu...

Kakak bagi kambing makan rumput. Teruslah dia ingat dekat cucu dia waktu ni..


Tiha bagi kambing minum susu, susu tu sikit kut, sebab sekejap sangat dah habis. Tak puas, kena lah beli lagi susu untuk feed the kambing

Lepas tu kami makan yogurt/ais krim/ Malangnya tempat ini sedangkan menjalankan renovation dan oleh kerana itu, pizza panas tiada dijual.

Waktu meninggalkan Desa Cattle, kami perlu menaiki bukit sedikit, hah, yang baju kuning tu berlebih-lebihan lah letihnya. Gerimis pun sudah mula turun waktu itu.

Orang Ipoh
Sempat juga kakak dan Tiha bergambar dengan lembu.

Selepas itu, kami naik kereta dan sempat juga singgah di luar untuk tangkap gambar.

Abang Hatta posing bawah pokok dengan lembu

Posing di entrance
Dan gambar last...membelakangkan kandang lembu




Kami meneruskan perjalanan ke KK dan sempat singgah di Jambatan Tamparuli. Malangnya, oleh kerana terlampau lama, saya tidak dapat jumpa gambar kami di situ. 

Seterusnya kami singgah di rumah terbalik dan juga 3D Museum.

Rumah Terbalik, kami berdua tidak masuk, orang Ipoh sahaja yang masuk

Yay, kuat Tiha ni
Ini posing main-main

Selepas itu kami masuk 3D Museum
Seronok juga bermain dengan imej yang sebegini


tukar...



macam real naik kuda kan?


Yang ini sepatutnya di rotate kan...dah tak larat nak buat,,,


Yang ini, suka tengok suami saya beraksi...kelakar



Seronok sebenarnya masuk 3D Museum ni, lebih-lebih lagi kalau dengan gang yang best

Hah, dia ni memang pandai beraksi

Selepas itu, kami solat di surau yang terletak di Rumah terbalik ni, dan terus balik ke KK mencari tempat makan. Kami berhenti makan di Alam Mesra, makan nasi bersama sup ikan tomato. Sedap...

Malamnya, saya lupa kami buat apa, lepak di rumah sahaja rasanya sebab penat.
__________________________________________

Adoi, berjaya juga saya sempurnakan post ini. Banyak sungguh cabarannya di mana gambar pun sudah hilang, laptop pun hampir patah, tiba-tiba laptop tiada internet...adoiii, sabar je la.

Tapi, hari ini juga, Malaysia telah menang netball untuk SEA Games. Seronok saya.

Sebelum berpisah, saya letakkan gambar gunung Kinabalu yang sudah kami zoom...








No comments:

Post a Comment