Assalamualaikum.
Hari ini hari Isnin, 4 December 2017, jam 9.40 malam.
Suami saya sudah terlena di atas sofa, sementara saya menonton Majalah 3, sambil update blog. Bagi mengelakkan saya hilang gambar, stress pula nak cari gambar di mana, serta kemungkinan gambar hilang/terdelete, saya ambil keputusan untuk membuat post ini segera. Lagipun, saya ada program pada hari Rabu sehingga Jumaat, mesti sibuk, mesti penat.
Semoga semua urusan saya, juga urusan anda semua, dipermudahkan, dan akan berakhir dengan baik. Aamiin.
Pada 31 Ogos, hari Khamis, saya dan suami mengambil kesempatan berpuasa sunat Arafah. Alhamdulillah, walaupun suami ada sakit perut sedikit pada paginya (suami saya ada gastrik), berkat kesabaran, dapat juga beliau menyempurnakan ibadat puasa pada hari itu.
Oleh kerana berpuasa, kami telah tidur semula selepas solat subuh, dan bangun sedikit lewat. Selepas zohor, kami keluar untuk membeli lemang dan jelly kelapa di KKIP, kawasan yang berdekatan Sepanggar, lebih kurang 40 minit daripada KK.
Sebelum membeli lemang, kami singgah sebentar di ofis, sebab ada kerja sikit.
Haaa...sekejap aja pun di ofis, dalam 20 minit.
Bodyguard menunggu di luar..
Saya masak gulai lemak cili api udang, goreng ikan masin dan sambal belacan untuk buka puasa. Gambar tak ambil la pulak.
Kami juga menerima berita yang keluarga abang suami saya terpaksa membatalkan niat mereka untuk balik ke kampung beraya kerana kereta sudah rosak.
Haa....gambar bukti kereta rosak, hiks. Ini lah namanya tiada rezeki, perancangan tuhan kan
Malamnya, selepas solat isyak, saya mula memasak juadah untuk hari raya. Saya masa ayam masak merah, juga bubur kacang.
Ayam masak merah saya.
Saya selesai masak dalam jam 9.30 malam dan bersedia untuk tidur. Sewaktu saya mahu tidur, saya telah menerima message dari Chemor.
Abang Hab dan keluarga ada balik. Izzat, Athirah dan Fizah juga masih di Chemor.
Fizah telah masak rendang.
Yay, post istimewa dari Chemor khas untuk saya.
Lepas itu, saya tidur sebab saya perlu bangun awal esok, kerana kami mahu ke masjid lebih awal iaitu dalam jam 6.30 pagi
Haaa...alhamdulillah, rezeki orang yang pergi masjid awal. Kami mendapat tempat letak kereta di dalam kawasan masjid dan saya dapat solat di dewan yang berhawa dingin, bersama isteri TYT Sabah.
Baliknya, kami makan makanan raya kami...lemang itu adalah sedap, boleh beli lagi. Lemang sebatang tu habis pada hari itu juga, orang Perak selalunya memang suka makan lemang.
Kami terima juga gambar ini...
Juga gambar ini...menu simple orang Chemor
Gunung Kinabalu juga kelihatan jelas pada hari tersebut.
Ini pula adalah gambar raya daripada Ijok, hanya kakak dan adik suami saya sahaja yang berpeluang beraya di kg pada tahun ini.
Gambar ini pula telah dihantar oleh kakak ipar saya dari Cheras, mereka yang tidak jadi balik ke kg kerana kereta rosak.
Allah bagi rezeki lain untuk orang di Cheras, mereka menerima tetamu istimewa.
Jelly kelapa yang sedap adalah dessert kami
Saya juga menerima gambar ini dari Kemboja.
Langit juga sangat cantik pada petangnya..
Esoknya, kakak saya dari Ipoh hantar gambar ini. Mereka ada buat aqiqah untukkkkk....
This baby....anak Ajim
Suami juga telah buat kejutan dengan menempah tempat tidur di Beringgis Beach Resort...tujuannya adalah untuk berehat.
Ada isu sedikit sewaktu kami mahu check in, tapi sebab kami memang berhajat untuk enjoy dan release stress, kami tidak lah meletup ke apa...saya bulatkan mata sahaja sikit...heh heh heh
Setelah dapat masuk bilik, kami pun mahu makan sebab lapar....
Menunya adalah ayam masak merah (terpaksa masak second round sebab juadah raya telah habis) dan jelatah. Sedap...(ayooooo, dah lapar kan, mestilah sedap)
Bilik kami berhadapan dengan kolam mandi, tapi kami tidak mandi. Lepas makan, kami solat dan dua-dua pakat lena. Dalam jam 5.30, kami bangun kerana nak tengok sunset, malangnya cuaca mendung, langsung sambung tidur...hah hah hah
Malamnya kami makan malam di hotel sahaja. Seperti yang kelihatan di gambar, hanya kami berdua sahaja di restoran tersebut. Kami minum dan order popia sahaja...dan buah-buahan.
Selepas itu, kami balik ke bilik dan tidur lagi....memang mencapai objektif untuk berehat betul lah....pergi bercuti untuk tidur, macam di rumah tidak boleh tidur.
Balik daripada Beringgis, kami makan, solat dan lenaaaa...
Pada hari Isnin, saya pergi berurut pada awal pagi.
Balik dari berurut, saya masak, makan, solat dan bersedia untuk ke Imago.
Kami pergi menonton Abang Long Fadil dan saya suka filem ini sebab dia bagi saya ketawa.
Selepas itu, kami pergi round Imago itu untuk exercise dan singgah minum kopi.
Selepas itu kami balik ke rumah dan berakhir lah cuti Hari Merdeka, Hari Raya Haji dan Sukan SEA 2017 kami.
Selamat bekerja esok you alls....
No comments:
Post a Comment