Saturday, August 19, 2017

Memori Raya 2017 - Part 2

Assalamualaikum.

Hari ini hari Sabtu, 19 Ogos 2017. Suami saya masih lena di sebelah, dan saya sedang menyempurnakan post Memori Raya 2017 - Part 2, walaupun hari raya sudah lama berlalu, dan hari raya haji pula bakal menjelma. Anyway, it's better late than never kan.

Saya ada masukkan gambar kedalam draft sebelum ini, jadi saya akan update post ini berdasarkan draft yang ada, juga memori di dalam kepala saya mengenai raya 2017 yang saya mahu dokumenkan sebagai rujukan kami pada masa hadapan.

Pada Hari Raya 2017, kami di Chemor dan saya bangun lambat sedikit iaitu pada jam 6.30 pagi. Oleh kerana tidak begitu ramai yang tidur di kampung pada malam itu, kuranglah sedikit kerja-kerja yang perlu diselesaikan pada paginya.

Saya tolong kemas rumah semasa yang lain pergi mengerjakan solat raya. Balik daripada beraya, kami makan, tangkap gambar dan pergi beraya ke Ipoh, rumah emak saudara juga bapa saudara kami. Saya tidak nafikan yang semuanya semakin tua, tetapi mereka tetap ceria menerima kedatangan kami.

Ini gambar raya kami dari Chemor yang diambil pada petang raya apabila kakak dan keluarga dari Ipoh sampai, juga kakcik dan keluarga serta mekyah....

Lagi satu..kembar tiada didalam gambar sebab mereka tidur...penat balik dari beraya

Jurugambar...tidak boleh masuk dalam gambar utama sebab baju tak sesuai..hah

Bonding time

Keluarga dari Ijok juga ada hantar gambar di dalam group wassup...ramai yang berwarna biru tahun ini

Ini keluarga abang saya dari Sg Petani

Ini keluarga abang saya daripada Sg Buaya

Seperti biasa, pada hari raya ke 2, kami ke kampung suami (belah emak mertua) di Sungai Semambu, Bukit Mertajam. Setiap tahun, kaum keluarga akan berkumpul dan akan diadakan kenduri dan tahlil.

Istimewanya kenduri di Sungai Semambu ni adalah gulai karinya yang sedap...sambal belacan pun sedap...haaaa. Saya makan banyak juga di kenduri ni walaupun sebelum ke Sg Semambu, saya dan suami telah makan dengan berseleranya di Chemor. Mekyah masak daging dendeng yang sedap dan Abang Hab saya seperti biasa telah menyediakan sambal belacan yang meruntun jiwa bersama ulam pucuk betik. Rasanya sudah lama sungguh saya tidak makan seronok macam itu...

Tengok setting...sempoi aja...

Adik beradik MIL, emak mertua saya adalah anak sulung dan umur beliau adalah 83 tahun


Ada juga orang Sabah yang menghantar gambar di atas ni...Selamat hari raya orang Sabah...

Pada hari raya ke 3, Mekyah telah balik ke Shah Alam dan mengirimkan gambar ini..

I  have a feeling yang ramai yang di dalam gambar ini yang belum mandi...hiks...di kampung, nak mandi pagi tu bercinta sedikit sebab airnya sejuk

Ini gambo Mekyah sekeluarga. Emak saya jadi rendah pulak sekarang ni, walaupun sebelum ini saya rasa emak saya tergolong di kalangan wanita Melayu yang tinggi juga...

Kami yang di Ijok pula, pergi ke Kg Pauh Kuala Kangsar pada hari raya ke 3. Kami pergi beramai-ramai ke rumah adik kepada bapa mertua saya (makcik kepada suami). Kami pergi ramai-ramai dalam keadaan belum makan lagi...hah...oleh kerana itu, apa sahaja yang dihidangkan telah diselesaikan.

anak-anak saudara bergambar di tepi Sungai...

saya suka Kg Pauh ni sebab cantik...kemas

Terpikat pula saya dengan almari pinggan mangkuk ini...senang nampak semua benda sebab dindingnya kaca...kita ni kan selalu hilang barang, kalau almari macam ini, cari tanpa buka almari pun boleh.

Anak-anak sedara lelaki berjemaah untuk solat Maghrib di Kg Pauh...boleh di buat menantu depa nih

Orang Chemor mengkhabarkan yang Acu juga ada datang ke rumah. Sebenarnya adik beradik emak yang lain juga ada datang, tetapi tiada gambar.

Kami di Ijok juga ada pergi melawat keluarga abang di Sg Petani...

Kalau tidak silap, kami balik semula ke Chemor pada hari Jumaat, hari raya ke 6.

Abang  Ipar dan keluarga juga balik ke KL pada hari Jumaat, cuma lewat sedikit. Mereka ada kirim gambar di atas yang diambil sebelum naik kereta ke KL.

 Malamnya kami ke Ipoh, melawat rumah kakak saya di Ipoh. Kakak saya hidangkan kuetiow yang sedap, ada bubur kacang juga...hmmm...rasa sendat perut selepas itu.

Haaa, balik daripada Ipoh, emak saya terus teruja untuk membaca surat khabar yang kami ambil daripada rumah kakak...

Sebabnya adalah kerana, kembar anak Mekyah masuk surat khabarrrr....ha ha ha

Pada hari Sabtu, kami balik ke Shah Alam, dan ada singgah di rumah Abang Hab untuk makan tengahari...tapi tiada gambar. Ada ikan bakar dan sambal belacan...

Sat...ada satu selfie bersama emak saya di depan pintu rumah di Chemor sebelum balik ke Shah Alam.

Petangnya, Mekyah ajak kami dan family Abang Hab beraya kerumah..

Celebrate bday Abang Hab juga

Baca doa...

Gang...ada dua orang lagi tiada...

Belanja lah gambar saya satu kan..

Group Photo sebelum balik

Ehh...yang ni pun penting...suami saya dengan celebrities.

Pada hari Ahad, kami lepak di Shah Alam serta membersihkan rumah sikit-sikit.

Kami juga terima khabar yang rumah Ijok kembali kosong kerana kumpulan terakhir sudah berangkat pulang ke rumah masing-masing...jumpa lagi di lain masa...

Kami terbang ke KK pada hari Isnin...

Keadaan bilik tidur sebelum kami bertolak ke KK...semuanya berselimut untuk elakkan habuk. Sayu aja hati bila nak tinggalkan rumah ni.

Seperti biasa, selepas check in kami makan minum dulu

bye bye Semenanjung, insyaa allah nanti kita jumpa lagi

Kali ini kami bawa banyak kuih muih daripada Semenanjung...semuanya sudah selesai...


Saya juga sudah masak kari ikan...juga ganti puasa...alhamdulillah


Kami juga telah pergi ke satu sesi urutan kaki..saja suka-suka..

and ini adalah gambar yang lupa nak letak sebelum ini..aktiviti selepas solat tarawikh di Chemor adalah menonton satu cerita tv ni...lupa tajuknya, cerita yang suami pukul isteri tu


Yang ini pula adalah bila nama saya di eja salah...ada ke.

Okay lah, akhirnya sempurna juga post kali ini. Enjoy reading guys.

No comments:

Post a Comment