Sunday, July 24, 2016

Hari Terakhir Ramadhan 2016

Assalamualaikum,

Post kali ini adalah mengenai hari terakhir ramadhan 2016. 

Kakak saya ada bagi tahu yang dia akan datang awal pada pagi hari untuk membawa emak ke kubur. Oleh kerana cuaca pada masa itu adalah panas, dia mencadangkan supaya kami pergi lebih awal.

Oleh kerana telah berjanji, maka saya pun tidur-tidur ayam sahajalah selepas solat subuh walaupun saya sebenarnya teringin sungguh nak lena lama-lama. Tapi ye lah, mana aci kan sebab abang saya dan isterinya telah keluar awal-awal selepas subuh untuk ke pasar, tak kan kami nak senang-senang tidur pulak. Abang dan kakak ipar saya perlu ke pasar kerana walau pun banyak benda yang sudah dibeli, ada juga beberapa benda yang masih perlu di beli seperti santan kelapa. Abang saya juga berhajat untuk membeli tulang sebab dia mahu masak sup tulang sebagai salah satu menu berbuka puasa.

Walau bagaimanapun, pada pagi itu juga kami telah menerima berita yang ada orang meninggal dunia (saudara, tapi saya memang tidak kenal). Oleh kerana itu, kami telah pergi melawat jenazah terlebih dahulu dan kemudian pergi ke tanah kubur.

And I tell you what, bila sampai aja di tanah kubur tu, emak saya terus jadi aktif..

Tengok tu, tangan emak saya terus ke belakang dan tidak menunggu kami dah..

Kubur pertama ialah kubur arwah yong, alfatihah.

Ini kubur ayah saya. Lama sungguh saya tidak melawat kubur ayah saya...

Ini kubur aruah opah (my father's mother).

Ini kubur my grandfather

Selepas selesai, kami juga sempat untuk menyertai pengkebumian saudara yang meninggal itu sehingga selesai, memang rezeki kami, alhamdulillah. Selepas itu, kami balik dan buat macam-macam, dari kerja dapur, menyapu sampah di halaman dan shopping lagi. 

Walau bagaimanapun, cuaca yang panas menyebabkan kami berasa lebih cepat letih. Sewaktu tengahari, saya telah di arahkan untuk masak sambal tumis udang sementara yang lain pergi berehat dahulu sebab penat. Kakak ipar saya keletihan kerana terpaksa beratur dan berebut sewaktu hendak membeli santan dan lain-lain. The whole process was tiring.

Saya pulak, selepas selesai menyediakan tumis udang petai telah naik mandi, solat dan tidur juga sebab memang penat. Tapi kira okay jugalah sebab kami semua sempat bergilir-gilir berehat kan.

Saya lupa pulak nak bagi tahu yang suami saya telah balik sebentar ke Ijok untuk mengambil bunga api....excited nak main bunga api pada malam nya..

Hah...gambar kami berbuka puasa...ada 3 keluarga yang dapat meluangkan masa berbuka kali ini. Pada waktu berbuka ini saya telah duduk di sebelah emak saya dan pada satu masa itu, emak saya telah tiba-tiba melihat semua orang yang ada dan seolah-olah berbisik dengan diri nya sendiri dan berkata "semua orang ada kecuali Ecah dan Amah, tapi Ecah jauh pulak". 

Hati seorang ibu, walaupun anak-anaknya ada balik, but having them during hari raya is still special. Tak pe mak, insyaa allah tahun depan, ada rezeki Ecah dan Amah pulak balik beraya di Chemor, insyaa allah.

Seperti biasa, selepas berbuka, kami bersolat jemaah Maghrib

Lepas itu, ada tahlil

sempat bergambar sewaktu menunggu solat Isyak

Hazim azan Isyak, ini adalah raya terakhir Hazim sebagai orang bujang, insyaa allah

Lagi satu....lepas tu kami takbir raya, tapi lupa nak ambil gambar

Lepas takbir adalah masa untuk merasmikan lemang...yay...

Ini gambar suami saya dengan anak saudara saya...

Lepas itu kami main bunga api yang hebat..

Ketua main bunga api mestilah suami saya juga...

Selepas main bunga api, semua orang bersedia untuk tidur sebab esok kena bangun awal.


Tapi saya berkorban untuk masak ayam masak merah saya tu. Kali ini saya masak 5 ekor ayam dan semuanya selesai dalam jam 2.00 pagi. 

Selepas selesai, saya pun tidur....



Pre Raya - Balik KL dan Berbuka di Shah Alam

Assalamualaikum.

Untuk post yang ini, saya akan bercerita mengenai hari di mana kami balik ke Semenanjung iaitu pada 2 Julai 2016. 

Seperti biasa, saya bangun untuk menyediakan sahur pada jam 3.30 pagi dan terus menyambung kerja-kerja "pack" barang untuk ke Semenanjung. Selepas kerja-kerja "pack" barang siap, saya terus sambung dengan kerja-kerja mengemas dapur dan rumah juga. Sekiranya sempat, kami akan cuba untuk meninggalkan rumah dalam keadaan teratur, tapi kalau tak sempat tu, kami tinggalkan ajalah macam manapun.

Flight kami adalah pada jam 10.50 pagi dan Safri telah datang pada jam 9.15 pagi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar di mana udang yang kami letak di dalam luggage telah selamat di checked in dan oleh kerana itu kami lenggang ajalah bila masuk ke dalam flight.

Shuk, sempat bergambar, tapi gelap lah pulak

Masuk aja dalam kapal terbang, kami excited juga nak tengok movie ke apa, maklumlah, naik MAS kan, tapiiii, kami dua-dua terus lena, maklumlah, saya telah bangun sejak 3.30 pagi dan tidak tidur-tidur untuk mengemas barang sebelum balik. 

The journey was smooth and we landed safely at around 1.15 pm and took a cab to Shah Alam and it was during our journey to Shah Alam that we received a call to invite us for buka puasa at Al Rawsha Seksyen 7, Shah Alam.

We were invited by my Abang Hab's family to join them celebrating Abang Hab's birthday

Abang Hab and Kak Ina

The cupcakes, sedapp...dalam dia ada red velvet

Jiha (the youngest) with her father

Complete semua ada, alhamdulillah. Kali ini, anak-anak dah kerja dan boleh belanja the father

The food, memang sedap, nasi tu boleh makan macam itu saja pun sudah cukup sedap

The next day (Sunday) the were many errands for us to carry out. Pergi ambil kuih yang ditempah, pergi cari baju raya suami dan lain-lain lagi. Hari ini juga, kami berbuka berdua orang sahaja kerana tiada jemputan berbuka puasa (macam sedih pulak hari tu)

Tapi sebenarnya kami happy juga sebab makanan yang dibeli adalah sedap semuanya. Puas hati. 

Sempatlah kami bertarawikh dua kali di surau seksyen 7 dan kami telah meneruskan perjalanan ke Ipoh pada hari Isnin (4 Julai 2016).

Bersambung di post seterusnya





Back in KK

Assalamualaikum.

Hari ini hari Ahad, 24 Julai 2016, Shawal yang ke 19. Sekarang ini jam 2.30 petang, kami sudah makan nasi jam 11.00 pagi tadi, makan nasi, ikan bakar dan sayur taugeh masak lemak putih tu dengan sambal belacan. Suami saya sudah lena sebab tv tiada siaran sebab KK hujan, alhamdulillah.

Saya minta maaf sebab sudah lama tidak mengupdate blog ini. Walau bagaimanapun, saya dapati bilangan yang datang melawat tetap ada di mana dalam seminggu ini lebih kurang 400 pelawat ada menjenguk. Mungkin mereka menjenguk dan mengharapkan ada post baru, tapi kecewa sebab penulis blog sudah di jangkiti penyakit M semula.

Saya cuba nak pick up balik cerita sebelum raya, sewaktu raya dan selepas raya sewaktu saya di Semenanjung. Sebenarnya masa yang saya ada juga adalah terhad kerana pada minggu hadapan, ada delegasi yang akan datang daripada HQ dan saya akan ada lawatan ke Sipitang dan Lahad Datu dan pada 5 Ogos, saya perlu balik ke Semenanjung kerana menghadiri kenduri nikah anak saudara di Kl. 

Semoga di permudahkan urusan saya, dan semoga semuanya berakhir dengan baik.

Sebagai penutup, saya nak letak gambar apa yang saya minggu lepas, juga gambar emak saya yang telah di hantar oleh anak sedara saya Athirah...

Pagi tadi (Ahad, 24 Julai 2016), saya telah buat ikan bakar, taugeh masak lemak dan sambal belacan. Kami buat brunch sekaligus.

Semalam, saya telah masak cucur udang+taugeh+kucai yang dimakan dengan kuah kacang yang telah di bawa oleh Mak Ngah tahun lepas.

Ohhh...pada hari Khamis malam (21 Julai 2016), suami saya telah cakap begini kepada saya "Cikbib esok kena masak bekal kan?"

Saya pun jawab "yup, nanti saya masakkkk....."

Suami terus cakap macam ini "saya sudah masak nasi lebih, esok Cikbib masak nasi goreng ye".

So, gambar di atas adalah gambar nasi goreng bekal yang sudah tinggal setengah. Suami saya kata dia rindu nak makan nasi goreng dan rindu juga nak makan sambil membaca surat khabar di dalam ofis.

Semalam (Sabtu, 23 Julai) anak sedara saya Athirah telah meletakkan gambar di atas di dalam group wassup keluarga di mana beliau telah membawa opah berjalan ke rumah opah Chu di Ipoh.

Saya tumpang gembira tengok gambar adik-beradik ni ceria

Menu nya, mereka beli aja di kedai...

Saya berhenti di sini dahulu dan post ini adalah muqaddimah kepada post-post yang seterusnya...




Friday, July 1, 2016

Hari Terakhir Berbuka Puasa di KK untuk Ramadhan 2016

Assalamualaikum.

Saya sedang duduk di meja makan setelah berbuka puasa sebentar tadi. Saya akan balik ke Semenanjung esok dan jiwa saya ada macam-macam perasaan yang bercampur baur. Ada perasaan teruja nak balik ke Semenanjung, ada rasa teruja untuk beraya dan ada juga secebis perasaan  sayu di hati kecil ini kerana sedih bulan Ramadhan hampir berakhir. 

Saya berasa sayu Ramadhan bakal berakhir kerana saya dapat merasakan sedikit perubahan diri pada sepanjang bulan Ramadhan. Saya dapat rasakan yang ada sedikit "improvement". Solat pun peratus kusyuk tu ada peningkatannya, bila baca quran pun, terasa manisnya, dan bila berdoa tu, rasa syahdu sangat. Semoga kita semua dapat mengekalkan perkara-perkara baik yang telah menjadi aktiviti rutin pada sepanjang Ramadhan ke bulan-bulan selepas Ramadhan, insyaa allah.

Saya juga tidak kisah dengan rutin bangun sahur, solat subuh serta menyediakan makanan untuk berbuka. Lagipun, makanan yang saya sediakan memang sangat simple sebab kami memang tidak berapa lalu makan dan kami takut sekiranya lebih banyak makanan yang disediakan, maka pembaziran akan berlaku. 

Kami ada juga berbuka di luar,  untuk bertukar selera. Kami tidak makan banyak, tapi seronok juga bila dapat tengok makanan lain selain apa yang saya masak kan...he he he.

Ehh, mari mulakan cerita mengenai hari ini di mana bila saya sampai sahaja di bilik ofis, saya dapati cahaya matahari memancar-mancar dan langit cerah. Saya tangkap gambo...


Pada waktu tengahari pun cantik...



Saya suka aja bila tengok daripada dalam ofis, tapi saya tahu sekiranya berada di luar ofis, pastinya cuaca adalah sangat panas.

Dan, saya juga kena mengaku yang hari ini saya tidak ada mood langsung untuk bekerja kerana mood saya sudah ke tempat lain. Walau bagaimanapun, saya tetap cuba menyelesaikan apa yang sepatutnya saya selesaikan sebelum saya balik ke Semenanjung. 

Balik rumah, seperti biasa, saya menyiapkan makanan untuk berbuka. Saya masak semua benda yang perlu dihabiskan kerana kami akan meninggalkan rumah selama 2 minggu nanti.

Ohhh...saya masak apa?



Hmmm...ikan kerapu goreng, sayur kailan+tomato tumis, sambal tumis hari apa ntah dan sambal belacan hari Rabu. Saya memang okay dengan lauk macam ini tapi tadi saya tanya juga kat suami macam ini "Shuk sedih ke bila saya masak macam ini sahaja?"

Suami saya jawab "Kalau bukan bulan puasa, saya menangis, tapi sebab bulan puasa dan saya tak larat nak makan, saya okay aja".

Well, sayur itu habis, sambal belacan itu habis dan ikan goreng separuh habis...alhamdulillah.

Orang Sabah sering kali menggunakan perkataan "Sungkai" untuk upacara berbuka puasa dan hotel-hotel di seluruh Kota Kinabalu sering sahaja penuh setiap malam pada sepanjang bulan Ramadhan. Selalunya hotel hotel akan menjual voucer berbuka puasa dan harganya tidaklah murah, satu kepala, memang dalam harga RM100 ke atas.

Pada hari Isnin, 27 Jun, kami berpeluang berbuka di Le Meridien KK. Mak aiii, punya lah ramai orang dan makanan yang dihidangkan juga adalah sangat pelbagai. Saya dimaklumkan yang ada lebih kurang 300 hidangan di sediakan. 

Tapi ye lah, banyak mana sangat yang kami bisa telan, tapi mata kami tetap gembira melihat pelbagai jenis makanan yang disediakan.

Pemandangan daripada meja kami duduk, tengok tu, punya lah ramai orang. Walau bagaimanapun, saya patut memuji sistem yang digunakan kerana tiada langsung masalah perlu beratur untuk mendapatkan makanan dan makanan yang habis di tambah semula secepat mungkin. Well done Le Meridien KK

Ini makanan berbuka kami, kira pembukaan lah. Kuih-kuih yang disediakan adalah sedap. Selain daripada kuih, saya ada ambil nasi putih yang dimakan dengan sotong masak petai. Saya kan peminat petai, jadi bila nampak petai, itu sahajalah yang menarik bagi saya, yang lain saya tidak tengok pun.


Yang ini gambar penutup...kami sudah makan dessert. Udang dan ketam goreng tepung tu kami sudah tidak lalu makan dan rasa menyesal sungguh sebab tamak, ambil makanan tu dan tak lalu makan...haih

Ini dessert saya, dua-dua adalah puding daripada kelapa

Pada hari Rabu pulak kami telah diturunkan cabaran blackout sewaktu bersahur. Hah, oleh kerana blackout, kami pun makan di bawah cahaya lilin lah..




Tengok tu, suami saya sempat buat thumb up waktu saya ambil gambar.

Sabah memang selalu blackout jadi kami memang perlu bersabar, lebih-lebih lagi sekiranya blackout berlaku sewaktu cuaca panas lit lit.


Menu di atas adalah menu kami pada hari Rabu.....ikan goreng, sambal belacan dan sup cendawan

KK juga adalah teramat sibuk pada hari Sabtu dan Ahad sehingga keadaan trafik seakan tidak bergerak. Sekiranya mahu keluar membeli belah, pastikan anda keluar pagi, sebelum waktu zohor.


Dan seperti biasa, ada banyak hiasan menarik di kompleks-kompleks membeli belah di sekitar KK. Gambar di atas di ambil di Imago...

Selepas ini saya mahu membasuh baju, mandi, solat dan mungkin mula mengemas barang-barang yang perlu di bawa balik. Selalunya, sekiranya balik ke kampung, saya tidak akan sempat untuk meletakkan apa-apa post di blog ini dan oleh kerana itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca. Semoga kita semua selamat dalam perjalanan balik ke kampung dan dapat menggunakan sepenuhnya peluang untuk meluangkan masa dengan keluarga tercinta.

Saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kata-kata/coretan yang telah mengguris hati anda. Walau bagaimanapun, saya percaya, sekiranya hati anda pernah terluka dengan coretan saya, tetapi anda masih terus membaca blog ini sekarang, pastinya anda mencintai blog ini dan saya sudah dimaafkan....betul? 

Dan pada pembaca-pembaca baru...welcome and please keep on reading ye.

Kita jumpa lagi di post yang seterusnya...assalamualaikum