Assalamualaikum.
Hari ini, 1 Disember 2015, genap 8 bulan kami di KK. Alhamdulillah, banyak perkara yang baik telah berlaku dan saya berdoa semoga keadaan pada masa hadapan akan bertambah baik. Aamiin.
Semalam, sebaik bangun dari tidur, suami saya memberitahu bahawa Yus Jambu telah kembali ke rahmatullah. Sedih saya...alfatihah.
Hari ini pula, Siti Nurhaliza telah memaklumkan bahawa dia telah keguguran. Begitulah perancangan Allah, insyaa allah ada rezeki di lain masa.
Semalam juga, saya merasa yang tekak saya agak sakit...
Hari ini pula, badan saya panas sikit, saya demam. Pastinya ini adalah cabaran daripada Allah kerana sesungguhnya saya memang mengharapkan kesihatan yang baik untuk menghadapi seminar pada 9 Disember nanti. Tapi ye lah, perancangan Allah adalah yang terbaik, maka saya kena redha dan tabah.
Sekarang ini, sudah jam 7.51 malam. Saya sudah dinner, solat isyak dan makan ubat. Sekarang, saya berhasrat untuk tidur/berehat dan semoga esok, saya akan bangun dalam keadaan yang sihat. Aamiin.
Oleh kerana tekak saya sedikit perit, saya telah buat Teh O (Teh Sabah bah) panas satu kole (lebih kurang 2 cawan lebih). Sedapnya minum kopi O....rasa lega tekak, alhamdulillah.
Okaylah people, stay positive dan jangan lupa senyum....
No comments:
Post a Comment