Assalamualaikum.
Malam ini saya akan balik Semenanjung. Saya akan bercuti sehingga 29 hb Disember.
Sebelum bercuti ni, sepatutnya saya kena sediakan satu laporan, tapi otak saya tidak berjalan, kepala pun agak pusing sebab masih demam dan batuk, jadinya, saya hanya akan buat laporan itu sekembalinya saya daripada cuti nanti. Insyaa allah, semoga dipermudahkan.
Saya memang tidak boleh berfikir untuk membuat laporan, tapi otak tetap cergas untuk berfikir tentang kerja lain. Tentang bayaran yang perlu di buat, tentang follow up yang officers kena buat, tentang feedback yang mereka kena sediakan, etcs...yup....saya sahaja yang cuti, tapi ofis tetap perlu terus berjalan.
Hujan pulak, turun dengan lebatnya sekarang ni. Schedule kapal terbang kami pulak, telah dilewatkan daripada jam 9 ke jam 10 malam. Kami menjangkakan yang kami hanya akan sampai di rumah (Shah Alam) dalam jam 2.00 pagi.
Dannn...esok paginya kami perlu ke Bukit Mertajam, sebab ada kenduri. Semoga kami kuat...aamiin.
Ok...stop dulu ye. Kalau sempat, sebab saya bawa balik I-pad, saya akan update blog ini sewaktu di Semenanjung...chow dulu
No comments:
Post a Comment