Wednesday, December 2, 2015

2 December 2015

Assalamualaikum.

Hari ini saya menerima lawatan daripada HQ lagi, recce untuk program 9 Disember 2015.

Kami pergi hotel, tengok lokasi dan berbincang. Panjang perbincangannya. Saya hanya balik ke rumah selepas Maghrib.

Sampai di rumah, sebagai seorang isteri yang solehah, saya telah masak untuk suami saya. Hikkksss...teka masak apa...masak sardin laaaa....ekekekeek.

Lepas tu, saya mandi, solat dan sekarang ni, lepak tengok tv.

Badan saya masih panas, saya masih demam. Tak pe, pelan-pelan, nanti sihat lah tu.

Ehh, hari Ahad baru-baru ini, ada peristiwa berdarah berlaku. Yup, sewaktu mengemas dapur, entah macam mana pisau telah terjatuh dan mencucuk kaki saya. Uiksss....banyak juga darahnya walaupun lukanya sikit sahaja. Alhamdulillah ada Tokbomo, maklumlah, being Tokbomo, dia tiup-tiup aja sikit, terus sembuh...hahahaahah.....nampak beno menipunya.

Luka itu masih ada sehingga sekarang sebenarnya. Saya pergi kerja pun tak pakai covered shoes sebab sekali tu, bila saya pakai, luka itu berdarah semula.

Dan, saya telah beli baju baru juga pada hari Ahad tu...warna merah lagi. Saya kat KK ni selalu kena attend dinner, tapi saya buat selamba aja pakai baju yang sama selama ni. Jadiii...boleh lah saya pakai baju merah ni juga untuk tambah collection...

nak letak gambo juga,,



ok people...nanti saya tulis lagi ye...bubaiiiii




No comments:

Post a Comment