Assalamualaikum.
Sekarang ini waktu rehat untuk makan tengahari dan saya cuba untuk buat "short update" mengenai upacara meminang untuk anak saudara saya, Faiz yang telah berlangsung pada 18 Januari 2020. Nama pasangannya adalah Anis Syahirah.
Semasa kejadian berlaku, saya dan suami masih lagi di dalam keadaan homeless dan kami pada ketika itu tinggal di Hotel UITM Shah Alam. Sesungguhnya, tinggal di Hotel UITM adalah seperti satu impian yang menjadi kenyataan, walau bagaimanapun keadaan bilik di Hotel UITM adalah sedikit menyedihkan. Yup, mungkin kerana kekurangan dana, keadaan fizikal bilik hotel adalah usang. Tetapi, menurut suami saya, hidangan makanan pagi di kafe hotel tetap terbaik.
Pada malam sebelumnya, kami telah bermalam di Hotel Golden Roof Ipoh. Maklumlah, kami sudah tiada rumah lagi untuk menumpang tidur semenjak emak saya berpindah ke Shah Alam. Keesokan harinya, iaitu pada 18 Januari, hari Sabtu, kami telah terlebih dahulu singgah di rumah kakak untuk minum pagi sebelum bertolak ke Sungai Petani.
Saya nak kongsi satu menu istimewa setiap kali kami singgah makan di rumah kakak saya iaitu lepat labu. Lepat labu ini di beli daripada pasar Sungai Rokam dan rasanya adalah sangat sedap. Rasanya adalah sempurna, cukup manis, cukup lemak dan inti kelapanya juga adalah sempurna rasanya. Ada gambar...
Selepas sarapan, kami telah bertolak ke Sungai Petani dan kalau tidak silap jumlah kereta yang turut sama adalah sebanyak 6-7 buah kereta. Iman, anak Pijah telah menumpang kereta saya :
Sebab tiada kawan, Iman pun tidurlah di sepanjang perjalanan.
Jarak dari Ipoh ke Sg Petani tidaklah jauh sangat jadi kami telah singgah di salah satu RnR untuk menghilangkan lenguh-lenguh.
Ahaa, mereka yang melakukan perbincangan. Rombongan lelaki telah diketuai oleh Pakcik kepada Faiz bernama Nasir, yang duduk nombor dua dari kanan (beliau baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 Januari 2021, alfatihah). Rombongan lelaki pula diketuai oleh saudara yang berketayap putih tu.
Saya suka upacara meminang ni sebab santai dan kelakar. Yang pakai kopiah putih tu terror la, rasanya memang banyak pengalaman, tenang dan pandai berpantun. Sewaktu wakil lelaki dah suspens kerana dia berpantun, dia senyum aja.
Rupa-rupanya wakil lelaki pun terror juga, dia sudah text wife dia minta pantun. Jadi, waktu penutup tu, tetaplah ada pantun daripada pihak lelaki. Ohh ye, yang pakai baju kuning dan duduk di kiri sekali adalah bapa kepada bakal pengantin perempuan.
Selepas itu adalah upacara menyarung cincin
Tangkap gambar
Dan lepas tu makan. Sesi makannya adalah best sebab ada kari daging dan sambal belacan yang marvellous. Sangat sedap...
Sewaktu duduk-duduk dan makan, Faiz ada cakap dengan saya macam ini "Kalau ada ayah, mesti dia happy kan"...sebenarnya, kalau Faiz tak cakap pun, saya memang ingat perkara tu....sedih waktu tu. Tapi Cikbib setuju dengan Faiz, memang ayah lah yang paling gembira kalau dia ada pada hari itu Faiz.
Dan ini adalah gambar beramai-ramai membawa hantaran...biasalah tu kan.
Oleh kerana MCO dan sudah lama sangat perkara ini berlaku, saya masukkan lah sekali gambar Faiz kahwin.
Sepatutnya Faiz dan Ira berkahwin selepas hari raya puasa. Kami semua sudah excited dan sudah sewa homestay. Tapi ye lah, sebab MCO, tarikh terpaksa di tunda dan mereka akhirnya telah bernikah pada 9 Jun 2020. Saya share gambar lah ye, untuk kenangan.
Bersama emak Faiz, dan ayah serta ibu Ira.
Bersama-sama keluarga belah ayah Faiz.
Wakil keluarga Chemor, yang ini ajalah yang dapat hadir
Dengan Tiha. Kakak dan Abang Faiz, tidak dapat hadir.
Okay Faiz, Selamat Pengantin yang sudah tidak berapa nak baru....semoga dikurniakan kebahagiaan sehingga ke jannah.
Aamiin.
No comments:
Post a Comment