Saturday, February 2, 2019

Sambung

Assalamualaikum.

Hari ini hari Sabtu, 2 Februari 2019. Hari ini genap umur emak saya 85 tahun. Happy bday emak. Semoga emak terus sihat fizikal, mental dan iman. Aamiin.

Sekarang adalah jam 6.34 pagi, kami sudah solat subuh, gunung Kinabalu juga jelas kelihatan. Kami tidak tidur semula kerana kami akan menaiki kapalterbang untuk ke Semenanjung pada jam 11.00 pagi nanti. 

Saya terpanggil untuk membuat satu post sebelum saya balik kerana apabila balik ke Semenanjung nanti, memang saya tidak sempat nak buat update lagi. Minggu lepas juga adalah minggu yang sibuk di mana kami ada program mini seminar yang tiba-tiba bertukar jadi seminar sebab bilangan participant sangat menggalakkan.

Selain daripada seminar, ada juga lawatan kilang dan makan malam. It was a hectic week indeed. Lepas tu saya dan suami telah ke Kundasang bersama-sama dengan Azhana...I will have a special post on this later.

Sebenarnya saya ingin bercerita mengenai satu status yang bermula pada bulan Julai/Ogos tahun lepas di mana saya telah menerima panggilan telefon daripada HQ yang memaklumkan bahawa saya perlu menamatkankan perkhidmatan saya di Sabah dan balik semula ke HQ dalam bulan September.

Saya terkejut sebab jangkamasa yang diberikan kepada saya adalah tidak sampai satu bulan. Saya juga tidak mahu balik lagi pada waktu itu sebab anak saudara saya Pijah akan datang pada bulan September. Mana boleh kan, tiket dan beli, hotel dah book...alaaa, I look forward sangat kedatangan anak sedara I dengan family dia tu.

Sooo....saya pun mohon di lambatkan sedikit masa untuk saya balik ke HQ dan telah mencadangkan supaya saya balik pada 1 Januari 2019 bagi memudahkan pegawai yang mengambil alih tempat saya nanti. Ye lah, senang nak menguruskan pertukaran sekolah anak dan lain-lain.

Saya juga mohon masa untuk adjust kepala otak saya ni untuk balik ke HQ. Frankly speaking I feel disconnected with my HQ after so long. Agaknya saya aja Pengarah Negeri yang rasa macam itu, orang lain steady aja saya tengok. Maybe this is also an indicator that I need to go back.

After that phone call, I received a letter informing me that I need to report back on 1 Mac 2019. Saya dan suami akur dan mula membuat persiapan sama ada daripada segi mental dan fizikal. Bila beli groceries, kami sudah mula fikir yang ianya akan menjadi pembelian terakhir kami. Beras sudah habis dan kami sudah fikir untuk tidak beli beras lagi, makan di luar sahajalah. Suami saya juga perlu ke Astro, nak minta terminate Astro. Saya juga telah memberitahu owner rumah yang bulan Februari adalah bulan terakhir kami menyewa rumah beliau...

Kami juga telah meminta quotation untuk mencari syarikat yang akan melakukan perpindahan dan kami juga telah cc semua email kami kepada bahagian yang berkenaan mengenai tindakan yang kami buat berdasarkan surat yang kami terima pada bulan September 2018.

Tiba-tiba, saya dimaklumkan yang saya kena sambung perkhidmatan saya sehingga ke bulan Disember 2019...

Yup, saya kena undo semua persediaan mental dan fizikal kami. Suami terus beli beras, ha ha ha, dan kami mengambil keputusan last minit untuk balik ke Semenanjung. Kami nak melawat emak emak  kami juga saudara mara, lebih-lebih lagi Abang Hatta yang tidak sihat.

Apa perasaan saya? Saya tidak pasti sebenarnya sebab saya sudah membuat persediaan mental untuk balik ke Semenanjung. Saya sudah buat bayangan macam mana saya kena bangun awal, pergi kerja awal, to decide whether to drive or to take the train to work, no more tidur semula lepas subuh, ahhhhhh.....panjang list nya.

Saya juga sudah agak lega kerana ada beberapa kerja di Sabah yang konon saya sudah boleh let go...saya sudah cakap yang perkara-perkara ini you all kena bincang dengan Pengarah Baru nanti. Saya juga sudah clearkan banyak barang di ofis. Saya juga sudah menerima ucapan-ucapan farewell daripada kawan-kawan di sini.

Ahaaa...kita berbalik lah kepada Allah mempunyai perancangan untuk saya dan pada masa sekarang, tinggal di KK untuk 11 bulan lagi adalah yang terbaik. Sekiranya ini adalah perancangannya untuk saya, saya terima.

Okay people, enjoy CNY holiday!




No comments:

Post a Comment