Friday, March 1, 2019

1 Mac 2019

Assalamualaikum

Semoga semua pembaca sihat walafiat dan pastinya lebih ceria sebab hari ini hari Jumaat dan esok cuti, he he.

Pagi tadi, sewaktu minum pagi, suami saya telah mengeluarkan pernyataan ini "Sepatutnya sekarang, Cikbib tengah mengadap HR di KL".

Ahaaaa....

Hmm, saya patut bersyukur kerana di beri peluang lagi untuk menikmati hidup di KK ni. Masih ada peluang untuk dihantar ke ofis oleh suami dan sempat minum pagi bersama.

Semalam, sewaktu mahu mandi dan solat Maghrib di sekitar jam 7.00 malam, saya terus teringat yang kami sudah makan malam dan urusan hidup memang hampir semuanya sudah selesai. Kami hanya perlu mandi, solat dan buat perkara-perkara lain untuk relax seperti tengok tv dan mungkin minum kopi. 

Sekiranya saya di KL pada jam 7 malam, saya  mungkin masih struggle di Federal Highway. Saya mungkin belum sampai di rumah, belum dinner, belum mandi...

Waktu pagi pula mesti terkejar-kejar...takut traffic jam, takut lewat nak punch card...

Tetapi, mereka yang bijak pandai ada berkata, yang lebih penting adalah cara kita menguasai suasana. Be the master of your problem. Saya perlu gali perkara ini, gali mengenai cara untuk saya menjadi lebih tenang, lebih gembira, walaupun dalam kehidupan yang lebih mencabar. I just wish that I own an apartment somewhere around KL Sentral...boleh berjalan kaki ke pejabat. 

Oh yee...semalam saya akhirnya telah menerima surat "extension" perkhidmatan saya di KK. Lega rasanya, sebab sudah ada satu arahan yang konkrit. Saya mungkin di panggil pulang bila-bila masa dan saya terpaksa bersedia dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan.

Ok, di sini dulu. Selamat berhujung minggu semua.


No comments:

Post a Comment