Monday, March 27, 2017

Balik Kampung Mac 2017, Saf dan Paksu

Assalamualaikum.

Saya sambung post mengenai percutian kami baru-baru ini. 

Pada hari Sabtu, 18 Mac 2017, saya telah menelefon Saf dan tanya sama ada dia boleh keluar jauh sikit daripada IJN. Pada mereka yang masih belum maklum, Saf ada lah rakan sekerja saya di KK dan dia telah berada di IJN untuk lebih kurang sebulan kerana menjaga anaknya Danial yang mengalami komplikasi jantung.

Danial adalah kanak-kanak istimewa yang telah di lahirkan dengan masalah jantung. Sewaktu dia masih bayi, dia telah menjalani pembedahan untuk jantung berlubang serta di masukkan bateri di India. Baru-baru ini bateri di jantung Danial mengalami masalah dan perlu di ganti baharu.

Pada masa kami pergi melawat, Danial sudahpun menjalani pembedahan, dan ditempatkan di wad separa ICU. 

Kami tahu Saf sedih, risau dan mungkin kurang tenteram sekiranya kami membawanya keluar jauh sedikit daripada IJN, dan atas sebab itu, kami pun bertanya dahulu bagi mendapatkan persetujuannya. Dia okay aja, lagipun kami hanya ke Jalan Bellamy untuk makan ikan bakar, bukannya jauh pun.

Kami tahu Saf suka ikan jadi Shuk ambil ikan cencaru, siakap dan sotong dua ekor. Saf ni orang Sabah dan suka makan ikan. Kami rasa dia happy makan sebab dia siap ambil nasi tambah...dia rindu KK.

Selepas makan, kami telah pergi melawat Danial. Danial yang saya kenal adalah seorang budak yang cergas, dan oleh kerana itu, menyaksikan kesakitan yang dialaminya menyebabkan saya mengalirkan air mata. Saya terpaksa keluar sebentar daripada bilik Danial untuk pergi mendapatkan tisu...hiks. 

Saf pula sangat kuat dan sentiasa mengulangi kata-kata "Danial strong, don't cry". Hah, aku lah pulak yang menangis mendengar kata-kata itu.

Kami tidak boleh mengambil gambar di dalam wad dan seperti pada hari ini (27 Mac 2017), Danial sudahpun berada di KK walaupun masih belum pulih sepenuhnya.

Pada sebelah petangnya pula, saya dan Shuk ke Putrajaya untuk melawat Paksu (bapa saudara Shuk) yang juga baru menjalani pembedahan. Kami sentiasa mengikuti perkembangan Paksu dari jauh dan mendoakan semoga dia bisa cepat sembuh seperti biasa.

Paksu kelihatan lebih sihat selepas pembedahan kali ini, alhamdulillah.

Haaa..Paksu berbaju tshirt. Yang lebih seronoknya, ada banyak makanan yang dihidangkan...yeah, ada bihun goreng serta kuih muih. Habis diet saya.

Kami kembali ke rumah pada waktu Maghrib dan tidak keluar ke mana-mana selepas itu. Melalui kumpulan wassup keluarga, kami telah dimaklumkan bahawa rumah abang saya di Sg Buaya sudah meriah dengan persiapan untuk majlis pertunangan Huda pada hari esoknya...

Gambar adik beradik Kak Ina bersama emak saya

Cik Ira sibuk membantu membuat hantaran.

Saya tengok sajalah dari jauh sebab saya tidak berkesempatan pergi pada malam itu, tapi tak pe, esok kita jumpaaa...

Saya sambung di post seterusnya ye you alls...

No comments:

Post a Comment